Semua perkahwinan pasti
akan ada masalah. Jika anda sedang mencari bantuan dalam menyelesaikan
masalah perkahwinan anda sendiri, penting untuk anda sedar bahawa anda
tidak keseorangan. Ramai yang menghadapi masalah dalam perkahwinan
seperti anda. Apabila melihat beberapa masalah yang kerap berlaku dalam
perkahwinan, teknik-teknik yang mudah boleh dilakukan dalam kebanyakan
kes untuk menghentikan masalah ini daripada terus berpanjangan.
Antara masalah yang
paling biasa dan kerap berlaku dalam perkahwinan ialah masalah kewangan,
tidak mempunyai masa bersama yang cukup antara satu sama lain, masalah
komunikasi, perbezaan pendapat dalam membesarkan anak dan juga masalah
pasangan kurang romantik. Apabila anda mengambil nasihat yang
disenaraikan di bawah, anda akan mempelajari beberapa teknik mudah untuk
menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang kerap berlaku ketika
ini.
Elakkan dari Pergaduhan Yang Tidak Adil
Tidak kira apa jua
masalah yang berlaku dalam perkahwinan, ianya penting untuk anda
membincangkannya dan menyelesaikannya dalam keadaan yang cukup
bertolak-ansur dan saling memahami. Perselisihan pendapat dalam apa-apa
hubungan dan hubungan pasti akan terjadi. Namun, perselisihan itu
perlulah berlaku dalam keadaan yang terkawal. Anda tidak perlu terlalu
bersikap pentingkan diri sendiri atau terlalu mempertahankan diri anda.
Jangan sekali-kali mengungkit kembali kesilapan lalu pasangan anda.
Fokus dan hanya berbincang isu yang sedang berlaku sahaja, bukannya
isu-isu lama yang diungkit kembali. Anda juga tidak perlu mengkritik
pasangan anda sama sekali.
Perselisihan dan
perbezaan pendapat kadang-kala baik untuk perkahwinan sebagai asam garam
kehidupan, tetapi berselisih pendapat dalam keadaan yang tidak adil dan
mengikut nafsu amarah hanya akan membawa perasaan buruk dan fikiran
negatif terhadap pasangan anda. Apabila anda berbincang dengan aman dan
adil, komunikasi antara pasangan akan lebih terbuka dan masing-masing
akan sedar akan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan, dan seterusnya
dapat mencari penyelesaian bersama.
Sentiasa Memaafkan dan Melupakan Kesalahan Lalu
Bila-bila masa anda
berhujah atau berselisih faham dengan pasangan anda, anda harus cuba
untuk menyelesaikannya, memaafkan dan melupakan masalah tersebut.
Berbincang masalah semasa sahaja, bukan terbawa-bawa dengan masalah
lampau dan cubalah untuk saling berfikiran terbuka semasa berbincang.
Setelah penyelesaian telah dipersetujui, lupakan masalah tersebut dan
amalkan untuk saling memaafkan antara satu sama lain.
Jangan Mungkir Janji
Janji yang terungkap di
bibir selalunya indah-indah dan manis-manis belaka, tapi apabila tiba
masa untuk menunaikan janji-janji tersebut, anda gagal untuk
melakukannya! Percayalah bahawa anda telah melakukan kesilapan besar
dan jika tidak ditangani dengan betul, masalah ini akan mengganggu
kesejahteraan perkahwinan anda. Jadi, penting untuk kita tepati janji
walaupun janji tersebut sekecil-kecil janji seperti berjanji ingin
keluar makan bersama. Perlu diingat bahawa janji-janji kecil yang tidak
ditepati juga boleh mengakibatkan kemusnahan hubungan anda.
'Dating' Bersama Pasangan
No comments:
Post a Comment