Wanita India mendahului senarai golongan paling tertekan di dunia
manakala wanita Malaysia berada pada kedudukan ke-16, menurut satu kaji
selidik baru-baru ini mengenai tahap tekanan perasaan yang dihadapi
wanita.
Wanita di India hidup dan bekerja dalam suasana penuh
tekanan, menurut kaji selidik terbaru yang disediakan oleh syarikat
media dan maklumat Nielsen. Kajian itu menyelidiki corak membeli dan
tingkah laku sosial wanita-wanita di seluruh dunia.
Kaji selidik
yang dijalankan di 20 negara membangun dan ekonomi yang baru muncul di
dunia, mendedahkan bahawa wanita di seluruh dunia berasa tertekan dengan
wanita di negara-negara yang dikatakan baru muncul berdepan dengan
tekanan yang hebat berbanding wanita di negara-negara maju.
Wanita
India adalah golongan paling tertekan (87 peratus), diikuti oleh Mexico
(74 peratus) dan wanita Rusia (69 peratus). Di negara-negara maju,
tahap tekanan perasaan tertnggi dihadapi wanita Sepanyol (66 peratus),
Perancis (65 peratus) dan Itali (64 peratus).
Wanita Malaysia
(44 peratus) berada pada kedudukan ke-16 dengan wanita di Thailand (45
peratus) berada pada tempat ke-15 dengan Korea Selatan (45 peratus).
Wanita Asia lain iaitu Jepun (52 peratus) berada pada kedudukan ke-12
dan wanita di tanah besar China (51 peratus) pada kedudukan ke-13.
Menurut
“Economic Times” India, antara sebab tahap tekanan tinggi yang dihadapi
wanita di negara-negara perindustrian baru (NIC) boleh dianggap sebagai
contoh, sejak kebelakangan ini sektor korporat dan pekerjaan di India
telah berkembang pesat sedangkan corak peranan tradisional masyarakatnya
tidak berubah.
Wanita kerap berhempas pulas dengan norma-norma tradisional dan peranan mereka di zaman moden.
Walaupun
wanita di seluruh dunia perlu menjalankan peranan yang berbeza, faktor
penentu bagi tahap tekanan yang tinggi yang dihadapi itu disebabkan
kekurangan wang, menurut satu ulasan yang dibuat oleh wanita dalam
pasaran negara yang berkembang.
Satu sikap yang khusus mengenai
wanita India ialah walaupun mereka mempunyai tekanan yang maksimum,
mereka membelanjakan wang untuk diri sendiri berbanding di negara-negara
lain. Lebih dua pertiga wanita India mengaku mereka membeli produk
kecantikan sedangkan 96 peratus menyebut bahawa mereka banyak berbelanja
untuk pakaian.
- Bernama
No comments:
Post a Comment