Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

Adat Perkahwinan Yang Selari Dengan Tuntutan Islam


Dalam kepesatan masyarakat menuju ke arah negara maju, masih wujud kekeliruan antara tuntutan agama dan adat yang menjadi pegangan kuat orang Melayu. Bahkan, ada pepatah mengatakan "biar mati anak, jangan mati adat". Ini menggambarkan betapa dalam sesuatu situasi adat mendahului kepentingan lain dalam hidup. Dalam masyarakat Melayu adat masih diamalkan terutama dalam majlis perkahwinan.




Perkahwinan merupakan perkara yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Perkahwinan dianggap sebagai tali penyambung dalam menghubungkan dua manusia secara halal sehingga mendapat zuriat.


Sistem perkahwinan orang Melayu secara dasarnya banyak menurut adat-adat masyarakat dahulu yang berkaitan dengan adat-adat orang Hindu. Namun dengan kedatangan Islam, banyak perubahan yang berlaku selaras dengan perubahan taraf kehidupan dan perubahan fikiran orang Melayu amnya.


Walau bagaimanapun, akibat daripada amalan yang sudah lama dituruti dan telah bersemadi dalam kehidupan orang Melayu, terdapat adat yang masih kekal dan diikuti tetapi sudah ada perubahan, ditambah atau diringkaskan untuk selari dengan ajaran islam.


Agama Islam adalah sebuah agama yang bersifat syumulliyah dan universal. Maka, agama Islam sememangnya merupakan agama yang bercorak konvensional iaitu yang boleh diterima umum. Kita perlu faham bahawa Islam bukanlah agama yang diwahyukan untuk bangsa Arab sahaja bahkan Islam adalah agama yang relevan untuk semua bangsa di dunia ini. Oleh itu, Islam bukanlah dilihat sebagai agama yang menghapuskan kebudayaan sesuatu bangsa jika bangsa tersebut memilih Islam sebagai agamanya.


Hal ini kerana, antara faktor yang menyebabkan agama Islam berkembang kepada setiap bangsa dan daerah adalah kerana Islam tidak menghapuskan budaya dan adat resam sesuatu bangsa atau negeri selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam. Begitulah juga halnya dalam soal upacara perkahwinan. Masyarakat Melayu sememangnya bebas untuk mengadakan upacara perkahwinan berdasarkan budaya dan adat mereka berdasarkan hadis sahih bukhari jilid iv:


 "Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW. melihat banyak wanita dan anak-anak kembali dari suatu pesta perkahwinan. Lalu beliau berdiri lama-lama degan gembira, seraya berkata: "Hai Tuhan! Kamu ini semua adalah termasuk orang-orang yang paling saya cintai" (Hadis Riwayat Bukhari)


Jelaslah disini bahawa islam tidak melarang mana-mana adat di dunia ini selagi ianya tidak melanggar hukum syarak.


Menurut Kamus Dewan (1997), adat bermaksud peraturan yang lazim dilakukan sejak dahulu kala. Manakala istiadat pula bermaksud berbagai-bagai adat yang diikuti. Jika dahulu masyarakat melayu hanya mengikut adat nenek moyang sahaja namun kini menteliti masyarakat melayu telah berubah seiring dengan perkembangan dan kemajuan yang dikecapi negara kita.


Persoalanya adakah adat perkahwinan dewasa ini selari dengan tuntutan syariat Islam?


Adat-adat perkahwinan yang biasa dilakukan oleh masyarakat Melayu ialah merisik, meminang, bertunang, majlis akad nikah, bersanding, dan walimatul urus iaitu majlis perkahwinan. Secara dasarnya perkahwinan orang Melayu dewasa ini selari dengan tuntutan Islam walau bagaimanapun, ada sebahagian upacara yang diadakan di dalam adat perkahwinan itu yang bercanggah dengan ajaran islam.


Adat Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan dan merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.


Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan.


Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan.


Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.


Menurut ustazah Marina Munira binti Abdul Muttalib dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) amalan bertunang di dalam islam dipanggil khitabah dan ianya sama sekali tidak bertentangan dengan syariat islam tetapi apa yang berlaku sekarang ialah ada segelintir masyarakat yang bakal pengantin lelaki itu sendiri yang menyarungkan cincin kepada pasangannya. Hal ini jelas bertentangan dengan ajaran islam kerana mereka berdua masih lagi bukan mahram.


Adat persandingan dilihat sebagai suatu perkara yang "wajib" bagi satu pasangan apabila berkahwin dari kaca mata kebanyakan masyarakat Melayu. Persandingan dalam masyarakat Melayu dapat ditakrifkan sebagai suatu perlakuan yang menempatkan pasangan suami-isteri yang telah diijab-kabulkan di atas pelamin yang dihias indah dengan mengenakan pakaian yang kemas dan cantik, berhias wajah serta dikipas oleh dua orang pengipas yang turut dikenali sebagai pengampit. Tujuan diadakan adat persandingan adalah untuk diperlihatkan pasangan pengantin tersebut kepada masyarakat setempat dan sebagai nostalgia manis dalam kehidupan pasangan pengantin tersebut selain bertujuan meneruskan tradisi nenek moyang secara turun-temurun.


Ustaz Syed Salim bin Syed hussin dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM berkata demi meraikan adat, Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan beberapa syarat iaitu hendaklah disandingkan secara tertutup di hadapan mahram atau keluarga terdekat dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat sahaja.


Walau bagaimanapun, jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan atau untuk mengisytiharkan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin atau para jemputan mestilah menutup aurat serta tidak berhias dengan keterlaluan kecuali perhiasan yang biasa dilihat.


Terdapat beberapa upacara tertentu yang menimbulkan sedikit kontroversi dalam adat persandingan ini. Antara upacara tersebut ialah upacara menabur beras kunyit, membaca jampi mentera, berandam, berhias untuk dipamerkan (tabarruj), mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran, menjadikan wang atau hadiah sebagai suatu kemestian, mas kahwin dan hantaran yang mahal, dan lain-lain lagi.


Upacara-upacara yang sedemikian yang menyebabkan adat persandingan masyarakat Melayu ini dikaitkan dengan isu khurafat, tahyul serta pembaziran. Oleh itu, upacara persandingan dalam masyarakat Melayu perlu dijalankan berlandaskan lunas-lunas Islam agar ia tidak membawa kepada kemurkaan Allah. Islam bukanlah seperti pendapat yang dilahirkanan oleh Niccolo Macmeivili yang mengatakan konsep "niat menghalalkan cara".


Walaupun niat kita mengadakan upacara persandingan dengan niat yang baik iaitu untuk meraikan pasangan pengantin, namun sekiranya upacara itu dicemari oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan agama Islam, maka secara tidak langsung upacara tersebut salah disisi agama.


"Niat yang baik tidak akan menghalalkan yang haram"  menurut Prof. Yusof Qardhawi di dalam bukunya Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam, halaman 36.


Selain dari itu, upacara perkahwinan yang lazimnya dilakukan oleh masyarakat Melayu melibatkan perbelanjaan yang banyak dan besar. Situasi ini sememangnya mendorong kepada gejala pembaziran dalam masyarakat. Menurut Asma Farhana binti Anuar pelajar tahun akhir jurusan Usuluddin Universiti Malaya (UM) kebanyakan orang Melayu menganggap upacara walimah perlu dianjurkan secara besar-besaran kerana upacara ini hanya dilangsungkan sekali dalam seumur hidup. Oleh itu, perkara ini pada pandangan mereka tidak salah walaupun ia melibatkan isu pembaziran.


Gejala ini dari perspektif Islam sememangnya tidak dianjurkan. Hal ini kerana, selain mewujudkan gejala pembaziran, gejala ini juga mampu memberikan pelbagai implikasi yang negatif dalam kehidupan masyarakat. Contohnya sifat riak dan takbur mungkin akan berleluasa dalam diri masyarakat. Pepatah Melayu yang berbunyi "biar papa asal bergaya" sememangnya tidak sesuai dijadikan pendirian dalam kehidupan kita.


Islam merupakan agama yang mudah dan senang. Membicarakan isu walimah daripada konteks Islam adalah mudah. Isu Islam sebagai agama yang mudah dapat difahami berdasarkan hadis yang berbunyi :


"Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi saw bersabda: "Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Barangsiapa memperberat-berat, maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh kerana itu, kerjakanlah (agama itu) menurut mestinya, atau mendekati mestinya, dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala), serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam)" (Hadis Riwayat Bukhari)


Berdasarkan hadis ini, walimah daripada konteks Islam tidaklah memberati para penganutnya dalam urusan pelaksanaannya. Islam menggalakkan penganutnya untuk mengadakan walimah berdasarkan kemampuan. Walaubagaimanapun, Islam begitu mencela perbuatan yang membazir dalam setiap perkara yang dilakukan berdasarkan ayat Al-Quran:


"Berikanlah kepada kaum-kerabat haknya masing-masing dan kepada orang miskin dan orang musafir dan jangalah engkau membazir(pemboros) dengan melampau (Surah Al-Isra:26)


Di samping itu, perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui atau merubah kecantikan yang sebenar juga dilarang sama sekali dalam Islam malah ianya adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud:


"Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah."


Menurut Abu Thohib bin Ahmat 70 tahun, amalan andaman yang mengarut dan salah disisi syariat islam seperti menepung tawar dengan tujuan memelihara pasangan pengantin daripada gangguan mahkluk halus, bercukur yang melibatan percukuran bulu pada bahagian anak rambut, muka, leher dan tangan dengan tujuan untuk menaikkan seri muka, melangir iaitu menyapukan bedak sejuk yang dibasuh dengan air ke bahagian badan yang dicukur dan bermandi bunga dan limau dengan harapan untuk membuang sial tidak lagi diamalkan sekarang.


Walau bagaimanapun akhir-akhir ini telah timbul satu fomonena baru dimana juru andam atau lebih dikenali sebagai mak andam yang terdiri dari kaum lelaki lembut atau lebih glamour dipangggil 'mak nyah'. Hal ini jelas bertentangan dengan syariat Islam kerana aurat perempuan tidak boleh dipertontonkan kepada orang yang bukan mahram.


Berinai adalah salah satu amalan semasa perkahwinan. Inai bagi perempuan dibolehkan kerana tiada larangan dan wanita-wanita di zaman salaf berinai dan Nabi saw tidak menegahnya, malah menyuruhnya, dari Aisyah ra :


"Nabi melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, apakah ini tangan lelaki atau perempuan, maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi pun bersabda," jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dgn inai)." (Abu Daud, 4166) dan (an-Nasa'iy 5092)


Haji Mohd Yusof Abdul Ghani, Hakim Syarie, Mahkamah Tinggi Pahang berkata "memakai inai tidak salah selagi ianya tidak dipakai untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah". Walau bagaimanapun berinai dengan daun inai atau sebagainya, pada dua tangan dan kaki, bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram. Di antara dalil yang mengharamkan lelaki berinai ialah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim:


"Daripada Anas dia berkata: "Bahawa Nabi saw  melarang kaum lelaki memakai za'faran (kuma-kuma)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Za'faran (kuma-kuma) adalah sejenis daun tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan warna serta berbau harum. Dilarang memakai za'faran (kuma-kuma) bagi lelaki adalah kerana warnanya bukan baunya, kerana memakai benda yang harum bagi lelaki adalah disunatkan. Daun inai itu sama seperti za'faran dari segi mengeluarkan warna dan bau. Pada masa kini, majlis perkahwinan diserikan lagi dengan berbagai hiburan, hiburan di dalam islam dibolehkan berdasarkan hadis:


Dalam riwayat al-Bukhari daripada Aisyah bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda: Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan.


Dalam hadis yang bertaraf 'hasan' yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Tirmizi, baginda bersabda:


"Perbezaan antara yang halal dan yang haram adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan."


Berdasarkan dalil-dalil ini, dapatlah diketahui bahawa Islam tidak melarang bentuk hiburan. Hiburan dalam Islam dilihat sebagai suatu keizinan untuk menenangkan diri dan menghiburkan hati yang gundah-gulana. Dewasa ini, ramai juga yang mengundang kugiran atau deejay untuk tujuan hiburan, seringkali hiburan itu berlebihan dan sampai kepada peringkat melampau, bahkan yang lebih buruk lagi kadangkala terdapat juga yang menganjurkan joget lambak dan ada pula yang mengundang "mak nyah"! Hal ini jelas tidak sesuai dan haram.


Maka dengan itu, tiada sebarang sebab upacara perkahwinan dilarang dalam Islam, namun pelaksanaannya sahaja yang perlu berdasarkan lunas-lunas yang ditetapkan Islam.


Jelaslah, Islam bukan sesuatu agama yang memberati para penganutnya dalam melayari arus kehidupan di dunia ini. Islam secara mudahnya merupakan agama yang diwahyukan untuk semua jenis manusia yang terdapat di atas muka bumi ini. Justeru itu, Islam tidak pernah melarang sama sekali para penganutnya daripada mengamalkan kebudayaan dan kesenian yang terdapat dalam setiap bangsa.


Namun, perlu difahami bahawa setiap amalan yang dipraktikkan itu perlu selaras dan selari dengan syariat Islam. Begitu jugalah halnya dengan isu perkahwinan dalam masyarakat Melayu. Ia boleh dilakukan dan diamalkan selagi ia tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.









Cara Berkasih Sayang Mengikut Sunnah





1. Tidur satu selimut bersama isteri
2. Memakai wangi-wangian
3. Mandi bersama isteri
4. Menyikat rambut suami
5. Membantu isteri di dapur
6. Minum bergantian pada tempat yang sama
7. Membelai isteri
8. Tidur dipangkuan isteri
9. Memanggil dengan kata-kata mesra
10. Berjalan berpegangan tangan







Perkara Utama Untuk Kesejahteraan Rumahtangga



Secara umumnya, setiap isteri pasti ada keinginan atau keperluan yang amat penting dalam hidup mereka. Isteri biasanya memerlukan sesuatu daripada suaminya bagi melengkapkan hidupnya bersama suami dan seterusnya dapat melayari bahtera perkahwinan dengan bahagia. Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan tersebut dan bagaimanakah caranya seorang suami melakukannya?





Inginkan perhatian

Seorang wanita mungkin sudah mendapat perhatian dan didikan daripada saudara mara, anak-anak, adik-beradik dan rakan-rakannya. Walau bagaimanapun, perhatian sebegitu tidak bermakna dan tidak dapat memuaskan hatinya sebagaia seorang isteri selagi mana dia tidak mendapat perhatian sebegitu rupa daripada suaminya sendiri. Oleh hal yang demikian, suami mestilah menujukkan sikap prihatin dan didikan yang mantap kepada isteri, sama ada melalui tutur kata atau perbualan, tingkah laku, riak muka, gerakan dan juga perasaannya. Apabila suami memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada isteri, si isteri pasti akan berasa bahawa mereka mempunyai kedudukan yang istimewa dalam hidup suami. Keperluan inilah yang diperlukan dan amat didambakan oleh seorang isteri.


Ingin difahami

Suami perlu betul-betul memahami situasi dan keadaan isteri kerana reaksi sebeginilah yang akan mempengaruhi perasaan dan tingkah laku isteri. Hal ini kerana, isteri menganggap suaminya faham akan keperluan kewanitaannya dan faham situasi yang dihadapinya sebagai seorang wanita dan juga sebagai seorang isteri. Cara terbaik untuk seorang suami menghadapi keadaan ini adalah dengan membuatkan isteri berasa dihormati dan disanjungi. Suami tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan konflik atau krisis akibat daripada ketidakfahaman suami. Lebih-lebih lagi semasa isteri berada dalam situasi yang kurang stabil seperti masalah ketika datang haid, nifas atau penyakit-penyakit lain yang boleh mempengaruhi perilaku dan emosi seorang wanita. Suami juga dinasihatkan agar tidak meminta atau memerintah isteri untuk membuat sesuatu yang di luar kemampuannya. Cubalah untuk memahami dirinya dengan lebih mendalam.


Ingin haknya dipenuhi

Setiap insan pasti mempunyai hak untuk bersuara dan melakukan apa sahaja yang memang menjadi haknya setiap masa. Namun begitu, mengapa masih ada sesetengah suami yang melarang isterinya untuk mendapatkan hak tersebut? Bukankah isteri juga seorang manusia, yang juga mempunyai perasaan yang perlu diketahui oleh suami? Isteri harus memperoleh hak-hak tersebut walaupun kadangkala hak tersebut disekat dan dilarang oleh suami yang tidak mempunyai pengetahuan terhadap keperluan dan hak itu. Setiap pasangan suami isteri tidak boleh menyekat hak pasangan mereka apabila mereka sudah ditakdirkan untuk bersama dalam ikatan perkahwinan.


Apabila keperluan yang didambakan isteri ini dipenuhi oleh suami, sudah pasti kehidupan berumahtangga pasti akan lebih berseri-seri dan menyebabkan isteri berasa begitu dihargai dan dihormati. Inilah yang menjadi impian dan harapan setiap insan yang bergelar isteri iaitu untuk memiliki seorang suami yang sanggup berkorban apa sahaja demi memenuhi keperluan dirinya.







3 Perkara Yang Diperlukan Oleh Suami

Suami merupakan seorang lelaki yang kelihatan kuat dan tegas dari luarannya, namun pasti ada sisi lembut atau sisi dalamannya yang memerlukan sesuatu daripada isterinya bagi memenuhi keperluan dirinya. Semua keperluan ini penting untuk setiap isteri tahu dan ambil berat agar suami dapat memberikan kasih sayang sepenuhnya dan tidak berbelah bahagi kepada mereka.


Kepercayaan

Suami amat memerlukan kepercayaan dan penghormatan daripada seorang isteri terhadap dirinya Hal ini kerana, semua pengorbanan yang dilakukan oleh suami adalah bertujuan untuk mendapatkan penghormatan dan kepercayaan daripada isterinya sendiri. Semua pengorbanan tersebut semestinya memerlukan masa, tenaga dan fikiran yang banyak daripada suami. Jadi, tiada salahnya untuk suami mendapat kepercayaan daripada isterinya sendiri. Namun, jika isteri masih tidak sedar akan keperluan untuk mempercayai suaminya sendiri, sudah tentu ini akan merosakkan semua rancangan suami yang menaruh harapan kepada isteri untuk mempercayainya.


Penghargaan dan pujian

Sebagai seorang suami, dia semestinya bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh bagi memenuhi keperluan kebendaan dengan anggapan bahawa dia melakukan semua ini hanyalah untuk isterinya. Semua pemberian ini yang diberikan oleh suami semata-mata untuk membahagiakan isteri dan keluarganya dengan sentiasa memberikan perhatian dan perlindungan kepada mereka sepatutnya diberikan penghargaan oleh isteri. Tunjukkanlah penghargaan dan pujian kepada mereka atas segala yang telah mereka lakukan. Seorang isteri perlu menunjukkan rasa terima kasih kepada suami, mengakui segala ucapan dan perbuatan suami dengan baik, serta menghargai pendapat, fikiran dan cadangannya. Jangan sekali-kali mengatakan bahawa dia langsung tidak pernah memberikan apa-apa dalam perhubungan mereka.


Sokongan dan kata-kata semangat

Seorang lelaki sebagai suami sentiasa mahu menjadi seorang ketua yang kuat dan tegas seperti yang diingini oleh isteri. Suami akan sentiasa berusaha untuk mempertahankan sifatnya ini di mata isteri. Namun, untuk mengekalkannya sifatnya itu, suami memerlukan sokongan dan kata-kata semangat daripada isterinya untuk mereka terus kuat dan tabah bagi mengurus dan mempertahankan keluarganya.   Dorongan semangat yang diberikan oleh isterinya akan menguatkan tekadnya untuk sentiasa tabah, mendorongnya dalam menghadapi segala rintangan dengan pendirian yang kuat untuk terus berjaya. Apabila suami menghadapi saat-saat kegagalan, teruslah berada di sisinya dan berkata kepadanya bahawa dia telah melakukan yang terbaik dan termampu untuk kebahagiaan mereka. Dengan sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh isteri, suami akan bertambah semangat dan gigih bekerja demi keluarga tercinta.


Oleh hal yang demikin, teramatlah penting buat seorang isteri untuk terus berada di samping suami tidak kira ketika senang atau susah. Berikanlah kata-kata semangat dan sokongan sepenuhnya dalam setiap perkara yang dilakukan suami. Mereka sangat memerlukan sokongan daripada isteri mereka sendiri kerana semua perkara yang dilakukan oleh suami hanyalah untuk kesempurnaan dan kebahagiaan perkahwinan mereka juga.






TANDA- TANDA AWAL KANSER RAHIM


Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Servik merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Barah pangkal rahim juga merupakan barah paling biasa dikalangan wanita usia biak ( reproductive age ).

Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi kepada human papillomavirus (kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin ( genital wart )). Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim ( cervix ), menyebabkan perkembangan barah. Jenis strain HPV dikaitkan dengan barah pangkal rahim (strain 16, 18 dan 31), bukanlah jenis yang menyebabkan ketuat kelamin.

Kedua-dua human papillomavirus jenis risiko tinggi dan risiko rendah mampu menyebabkan pertumbuhan sel luar biasa, tetapi hanya human papillomavirus jenis risiko tinggi mendorong kepada barah. human papillomavirus risiko tinggi, disebarkan melalui hubungan seksula termasuk jenis Sexually 16, 18, 31, 33, 35, 39, 45, 51, 52, 56, 58, 59, 66, 68, and 73 (4). Human papillomavirus jrisiko tinggi ini menyebabkan pertumbuhan pada pangkal rahim yang biasanya rata dan hampir tidak kelihatan, berbanding ketuat luaran yang disebabkan oleh jenis risiko rendah HPV–6 dan HPV–11. Jenis HPV 16 dan 18 bersama menyebabkan 70 peratus barah pangkal rahim (4, 5).

Adalah penting bagi menyedari bahawa kebanyakan jangkitan HPV risiko tinggi sembuh sendiri tanpa menyebabkan barah. [1] Terdapat lebih 100 jenis virus Human Papilloma (HPV), oleh itu pengambilan vaksin bagi Human Papilloma (HPV) jenis tertentu tidak menjamin perlindungan dari virus jenis Human Papilloma (HPV) yang lain.

Disebabkan oleh itu, wanita yang kerap bertukar-tukar pasangan berdepan risiko lebih tinggi mendapat kanser serviks yang disebabkan jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang hanya tersebar melalui hubungan seks. Selain itu, kanser serviks boleh disebabkan hubungan seks pada usia terlalu muda dan tabiat merokok.

Perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2001 menunjukkan, kira-kira 26 peratus saja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74 peratus lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser payu dara.

Pada tahun 2003, Daftar Kanser kebangsaan melaporkan bahawa kadar kasar kejadian barah pangkal rahim di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini merangkumi 12.9 peratus barah yang dihidapi wanita.

''Ini bermakna lebih 1,300 wanita didiagnosis menghidapi kanser serviks dan lebih 750 wanita mati akibat penyakit ini setiap hari.

Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara, ultra sound dan lumuran pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Wanita dinasihatkan untuk menjalani ujian lumuran Pap setiap tahun untuk memeriksa sel pra-barah, atau sebarang kelainan. Jika barah pangkal rahim dikesan awal, ia boleh dirawat tanpa mengganggu kesuburan.

Dalam barah pangkal rahim), sel-sel di pangkal rahim tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser.


Sumber

TANDA- TANDA AWAL KANSER RAHIM



TANDA- TANDA AWAL KANSER RAHIM Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Servik merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Barah pangkal rahim juga merupakan barah paling biasa dikalangan wanita usia biak ( reproductive age ).

Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi kepada human papillomavirus (kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin ( genital wart )). Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim ( cervix ), menyebabkan perkembangan barah. Jenis strain HPV dikaitkan dengan barah pangkal rahim (strain 16, 18 dan 31), bukanlah jenis yang menyebabkan ketuat kelamin.

Kedua-dua human papillomavirus jenis risiko tinggi dan risiko rendah mampu menyebabkan pertumbuhan sel luar biasa, tetapi hanya human papillomavirus jenis risiko tinggi mendorong kepada barah. human papillomavirus risiko tinggi, disebarkan melalui hubungan seksula termasuk jenis Sexually 16, 18, 31, 33, 35, 39, 45, 51, 52, 56, 58, 59, 66, 68, and 73 (4). Human papillomavirus jrisiko tinggi ini menyebabkan pertumbuhan pada pangkal rahim yang biasanya rata dan hampir tidak kelihatan, berbanding ketuat luaran yang disebabkan oleh jenis risiko rendah HPV–6 dan HPV–11. Jenis HPV 16 dan 18 bersama menyebabkan 70 peratus barah pangkal rahim (4, 5).

Adalah penting bagi menyedari bahawa kebanyakan jangkitan HPV risiko tinggi sembuh sendiri tanpa menyebabkan barah. [1] Terdapat lebih 100 jenis virus Human Papilloma (HPV), oleh itu pengambilan vaksin bagi Human Papilloma (HPV) jenis tertentu tidak menjamin perlindungan dari virus jenis Human Papilloma (HPV) yang lain.

Disebabkan oleh itu, wanita yang kerap bertukar-tukar pasangan berdepan risiko lebih tinggi mendapat kanser serviks yang disebabkan jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang hanya tersebar melalui hubungan seks. Selain itu, kanser serviks boleh disebabkan hubungan seks pada usia terlalu muda dan tabiat merokok.

Perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2001 menunjukkan, kira-kira 26 peratus saja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74 peratus lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser payu dara.

Pada tahun 2003, Daftar Kanser kebangsaan melaporkan bahawa kadar kasar kejadian barah pangkal rahim di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini merangkumi 12.9 peratus barah yang dihidapi wanita.

''Ini bermakna lebih 1,300 wanita didiagnosis menghidapi kanser serviks dan lebih 750 wanita mati akibat penyakit ini setiap hari.

Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara, ultra sound dan lumuran pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Wanita dinasihatkan untuk menjalani ujian lumuran Pap setiap tahun untuk memeriksa sel pra-barah, atau sebarang kelainan. Jika barah pangkal rahim dikesan awal, ia boleh dirawat tanpa mengganggu kesuburan.

Dalam barah pangkal rahim), sel-sel di pangkal rahim tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser.


Sumber

Kasut tumit tinggi coklat dijual


Kasut tumit tinggi coklat dijual



SEORANG pekerja pasar raya Seibu melihat sepasang kasut tinggi yang diperbuat daripada coklat di pasar raya Seibu, Tokyo semalam. - AFP


TOKYO - Sepasang kasut tumit tinggi yang diperbuat daripada coklat dan mempunyai hiasan daun keemasan telah dijual kepada orang ramai di sini.
Kasut tumit tinggi itu yang dipamerkan di pasar raya Seibu dijual pada harga AS$122 (RM395) bermula semalam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2ng5nOh8z 
Hakcipta terpelihara 


Fwd: Majlis perkahwinan anak saudara bilionair


Majlis perkahwinan anak saudara bilionair

BEHL tiba dengan menaiki kuda pada majlis perkahwinan tersebut.- YOUTUBE


LONDON - Seorang anak saudara perempuan kepada bilionair terkenal India, Lakshmi Mittal berkahwin dalam majlis perkahwinan yang melibatkan kos £50 juta (RM263.26 juta) di Barcelona, lapor akhbar dalam talian, MailOnline semalam.
Anak saudara perempuan Lakshmi itu, Shristi Mittal, 26, mendirikan rumah tangga dengan Gulraj Behl yang merupakan seorang pelabur bank dalam majlis perkahwinan yang menyebabkan sebuah muzium di Barcelona ditutup baru-baru ini.
Seramai 200 pelayan terlibat dalam majlis perkahwinan tersebut.
Pengantin lelaki yang berusia 36 tahun itu tiba di lokasi majlis perkahwinan tersebut dengan menaiki kuda.
Shristi merupakan anak perempuan kepada adik Lakshmi iaitu Pramod yang juga terlibat dalam perniagaan besi.
Lakshmi merupakan seorang ahli perniagaan besi yang nilai kekayaannya dianggarkan £42.2 bilion (RM223.09 bilion) pada tahun 2008.
Dia juga Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ArcelorMittal iaitu syarikat perniagaan besi terbesar di dunia.
Lakshmi juga memegang kepentingan 34 peratus dalam kelab bola sepak Queens Park Rangers.
Keluarga Lakshmi turut menyewa sebuah helikopter untuk melihat pemandangan di Barcelona.
Cef-cef dilaporkan diterbangkan khas dari India dan Thailand untuk melayani 500 tetamu pada majlis perkahwinan tersebut.
Kek majlis perkahwinan itu pula dianggarkan seberat 60 kilogram.
Majlis tersebut berlangsung dari 5 hingga 7 Disember lalu dengan majlis perkahwinan mengandungi unsur-unsur Barat dan Hindu.
Pada hari terakhir, Muzium Seni Catalan Kebangsaan ditutup kerana ia merupakan lokasi majlis perkahwinan tersebut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2ng5eFIRG 
Hakcipta terpelihara 


Selesaikan Masalah Perkahwinan dengan Teknik Mudah

 
Semua perkahwinan pasti akan ada masalah. Jika anda sedang mencari bantuan dalam menyelesaikan masalah perkahwinan anda sendiri, penting untuk anda sedar bahawa anda tidak keseorangan. Ramai yang menghadapi masalah dalam perkahwinan seperti anda. Apabila melihat beberapa masalah yang kerap berlaku dalam perkahwinan, teknik-teknik yang mudah boleh dilakukan dalam kebanyakan kes untuk menghentikan masalah ini daripada terus berpanjangan.


Antara masalah yang paling biasa dan kerap berlaku dalam perkahwinan ialah masalah kewangan, tidak mempunyai masa bersama yang cukup antara satu sama lain, masalah komunikasi, perbezaan pendapat dalam membesarkan anak dan juga masalah pasangan kurang romantik. Apabila anda mengambil nasihat yang disenaraikan di bawah, anda akan mempelajari beberapa teknik mudah untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang kerap berlaku ketika ini.


Elakkan dari Pergaduhan Yang Tidak Adil

Tidak kira apa jua masalah yang berlaku dalam perkahwinan, ianya penting untuk anda membincangkannya dan menyelesaikannya dalam keadaan yang cukup bertolak-ansur dan saling memahami. Perselisihan pendapat dalam apa-apa hubungan dan hubungan pasti akan terjadi. Namun, perselisihan itu perlulah berlaku dalam keadaan yang terkawal. Anda tidak perlu terlalu bersikap pentingkan diri sendiri atau terlalu mempertahankan diri anda. Jangan sekali-kali mengungkit kembali kesilapan lalu pasangan anda. Fokus dan hanya berbincang isu yang sedang berlaku sahaja, bukannya isu-isu lama yang diungkit kembali. Anda juga tidak perlu mengkritik pasangan anda sama sekali.
Perselisihan dan perbezaan pendapat kadang-kala baik untuk perkahwinan sebagai asam garam kehidupan, tetapi berselisih pendapat dalam keadaan yang tidak adil dan mengikut nafsu amarah hanya akan membawa perasaan buruk dan fikiran negatif terhadap pasangan anda. Apabila anda berbincang dengan aman dan adil, komunikasi antara pasangan akan lebih terbuka dan masing-masing akan sedar akan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan, dan seterusnya dapat mencari penyelesaian bersama.


Sentiasa Memaafkan dan Melupakan Kesalahan Lalu

Bila-bila masa anda berhujah atau berselisih faham dengan pasangan anda, anda harus cuba untuk menyelesaikannya, memaafkan dan melupakan masalah tersebut. Berbincang masalah semasa sahaja, bukan terbawa-bawa dengan masalah lampau dan cubalah untuk saling berfikiran terbuka semasa berbincang. Setelah penyelesaian telah dipersetujui, lupakan masalah tersebut dan amalkan untuk saling memaafkan antara satu sama lain.


Jangan Mungkir Janji

Janji yang terungkap di bibir selalunya indah-indah dan manis-manis belaka, tapi apabila tiba masa untuk menunaikan janji-janji tersebut, anda gagal untuk melakukannya!  Percayalah bahawa anda telah melakukan kesilapan besar dan jika tidak ditangani dengan betul, masalah ini akan mengganggu kesejahteraan perkahwinan anda. Jadi, penting untuk kita tepati janji walaupun janji tersebut sekecil-kecil janji seperti berjanji ingin keluar makan bersama. Perlu diingat bahawa janji-janji kecil yang tidak ditepati juga boleh mengakibatkan kemusnahan hubungan anda.


'Dating' Bersama Pasangan

Salah satu kaedah yang sangat berjaya dalam menyelesaikan masalah biasa dalam perkahwinan adalah dengan mengatur 'dating' semula dengan pasangan anda seolah-olah pertemuan pertama dahulu. Teknik ini akan mengimbas kembali kenangan anda ketika anda mula-mula jatuh cinta. Anda akan ingat bagaimana rasanya untuk bersama-sama apabila anda pertama kali bertemu dan anda selalu bercakap tentang kegembiraan anda bersama pasangan. Bercakaplah tentang kehidupan bersama pasangan anda. Luahkan segala perasaan anda terhadapnya. Amalan sebegini pasti akan memberi perbezaan yang besar dalam perjalanan perkahwinan anda yang bahagia.

Dua nasihat untuk bakal pengantin.

 
Sekarang ramai pasangan berkahwin tetapi tidak nampak seperti sedang berkahwin. Ini terjadi kerana mereka sebenarnya tidak bersedia untuk  berkahwin tetapi ingin berkahwin. Untuk elakkan perkara yang tidak di ingini berlaku pada anda dan pasangan anda selepas berkahwn, artikel ini akan beri anda dua nasihat.

Nasihat pertama : Kenal siapa pasangan anda sebenarnya.

Bercinta dan berkahwin adalah dua fasa yang berbeza. Apabila bercinta, anda lebih nampak luaran dia berbanding dalaman dia manakala ketika berkahwin, anda berdua akan hidup bersama. Jika anda tidak kenal siapa sebenarnya pasangan anda, anda akan rasa sukar untuk menerima dia ketika hidup bersama nanti. Anda perlu tahu apa kebaikan dan keburukan dia secara serentak, barulah anda akan boleh terima dia seadanya.

Selain itu, bagaimana anda hendak cari keserasian jka anda tidak kenal siapa pasangan anda. Anda perlu kenal dia, baru anda akan rasa serasi.

Nasihat kedua : Perlu ada komitmen.

Perkahwinan bukannya perkara main – main. Anda perlu ada komitmen untuk menjayakannya, barulah anda berdua akan bahagia. Jika anda tidak memberi komitmen yang sepatutnya, hubungan anda berdua pasti akan di landa ombak besar. Anda perlu tahu sepenuhnya tanggungjawab anda apabila berkahwin kelak. Apabila pasangan anda minta komitmen dari anda, anda perlu beri.


Kedua – dua perkara di atas penting untuk memastikan permulaan perkahwinan anda berdua dapat di jalani dalam keadaan bahagia dan tenteram.

Empat cara untuk kekalkan tarikan seksual antara suami isteri.

 
Jika hilang tarikan seksual antara suami isteri, hilanglah seri rumah tangga kerana tiada lagi tarikan antara satu sama lain. Untuk elakkan perkara ini dari berlaku, anda boleh amalkan enam cara berikut untuk kekalkan tarikan seksual antara satu sama lain.
Cara pertama : Bersenam.
Apabila anda selalu bersenam, badan anda akan jadi lebih sihat dan minda anda juga akan sentiasa cerdas. Jadi, mood anda untuk seks sentiasa ada kerana anda sentiasa dahagakan sensasi dari hubungan seks. Ini kerana akibat dari bersenam, prestasi anda di ranjang juga hebat dan anda akan ketagih padanya.
Cara kedua : Sentiasa fokus untuk puaskan pasangan anda.
Semasa bersetubuh, anda fokus untuk puaskan pasangan anda atas dasar cinta. Jadi, hubungan anda akan lebih nikmat dan tarikan seksual sentiasa ada.
Cara ketiga : Jaga penampilan diri supaya sentiasa tampil seksi pada pasangan anda.
Ketika di rumah, anda pakailah pakaian yang boleh merangsang pasangan anda. Jika di luar rumah pula, jagalah penampilan supaya pasangan anda sentiasa suka dengan anda. Biasanya pandangan mata akan turun ke hati dan akhirnya persaan ingin berseksual itu sentiasa ada pada pasangan masing – masing.
Cara keempat : Jangan anggap diri tua.
Sentiasa anggap diri anda muda untuk melakukan hubungan seks. Ada di kalangan pasangan yang hilang tarikan seksual antara satu sama lain kerana mereka rasa mereka sudah tua untuk melakukan hubungan seks. Seks tidak terhad pada umur, anda boleh lakukannya pada bila – bila masa anda suka. 

cara menghormati pasangan anda sebagai insan yang anda cintai.



1. Sentiasa berada di belakang pasangan anda ketika dia sedang gembira atau ketika dia sedang sedih. Jangan sesekali tinggalkan pasangan anda keseorangan. Sentiasa berikan bantuan ketika dia perlukan dan berada di sisi dia apabila dia perlukan anda.
2. Anda tidak ceritakan hal keluarga anda pada orang lain. Semua masalah keluarga anda, anda hanya cerita pada pasangan anda dan hanya anda berdua yang selesaikan masalah tersebut tanpa melibatkan pihak ketiga.

3. Anda tidak izinkan adik beradik atau ibu bapa anda menyakiti pasangan anda. Sentiasa back up pasangan anda. Jangan benarkan orang luar buat keputusan untuk perkahwinan anda.

4. Sentiasa luangkan masa untuk pasangan anda tanpa dia meminta daripada anda. Anda luangkan masa kerana anda hormat pada pasangan anda dengan tunaikan hak – hak dia sebagai pasangan anda.

5. Sentiasa berbual dengan pasangan anda tanpa mengira topik. Apabila anda selalu berbual dengan pasangan anda, anda sebenarnya menganggap dia sebagai teman hidup anda dan itu adalah penghormatan buat pasangan anda.

6. Sentiasa berkongsi apa sahaja perkara yang berlaku dalam hidup anda dengan pasangan anda. Apabila anda berkongsi cerita peribadi anda pada pasangan anda, pasangan anda akan rasa diri dia sangat penting buat anda.

7. Tidak mengutuk pasangan anda di hadapannya dengan kata – kata yang tidak elok. Paling penting, jangan mengumpat perangai pasangan anda pada pihak ketiga.

8. Sentiasa minta maaf jika anda lakukan kesalahan dan sentiasa maafkan pasangan anda jika dia lakukan kesalahan. Selain itu, sentiasa ucapkan perkataan terima kasih pada pasangan anda.

9. Manjakan pasangan anda dengan hati yang ikhlas. Jangan kedekut untuk keluarkan wang untuk memanjakan pasangan anda. Beri apa yang pasangan anda mahu.

10. Mencintai pasangan anda seadanya. Jangan  paksa pasangan anda untuk ubah peribadi dirinya.

Lima rahsia untuk kekalkan rasa cinta dalam alam perkahwinan.


Berikut adalah lima rahsia yang anda boleh amalkan untuk kekalkan rasa cinta dalam alam perkahwinan anda.
Rahsia pertama : Sentiasa mencintai pasangan anda.
Jangan sesekali anda tukarkan perasaan cinta kepada perasaan benci atau beri cinta anda kepada orang lain. Teruskan mencintai dirinya. Apabila anda terus mencintai dia, kebahagiaan dalam perkahwinan anda akan kekal.
Rahsia kedua : Sentiasa berkomunikasi dan berkongsi impian.
Apabila anda sentiasa berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan lebih kenal dia secara dalaman. Jadi, anda akan rasa bertambah sayang pada dia. Komunikasi juga akan membuka hati anda berdua untuk saling berkongsi impian. Apabila anda berkongsi impian, anda berdua akan lebih percaya antara satu sama lain dan rasa cinta juga akan meningkat.
Rahsia ketiga ; Sentiasa bersatu hati.
Lakukan semua perkara dengan suami anda walaupun perkara itu kecil dan mudah untuk di lakukan. Pasangan anda perlu tahu apa yang anda sedang usahakan dan anda juga perlu ambil tahu apa yang pasangan anda sedang usahakan. Apabila anda berdua bersatu dalam semua perkara, cinta akan sentiasa ada.
Rahsia keempat ; Jangan lupa untuk cium pasangan anda.
Pastikan hari – hari anda di penuhi dengan ciuman dan pelukan dengan pasangan anda. Saling menggoda secara fizikal akan menambahkan rasa cinta dan kekuatan cinta akan bertambah apabila tarikan seskual antara anda berdua adalah kuat.
Rahsia kelima : sentiasa gembira dengan pasangan anda.
Jika dia bersedih, anda perlu  cepat – cepat gembirakan pasangan anda. Anda juga perlu sentiasa gembira dengan pasangan anda. Apabila anda berdua gembira, cinta akan sentiasa ada.

Empat tips untuk kekal intim dengan pasangan anda.

 
Intim bermaksud hubungan yang sangat rapat. Jika anda mahu kekal intim dengan pasangan anda, anda boleh ikut empat tip di bawah.
Tips pertama : Intim secara fizikal dan mental.
Jangan hanya intim secara fizikal dengan pasangan anda, anda juga perlu intim secara mental. Berikan dia kasih sayang dan ambil berat akan dia. Cintai dia sepenuhnya tanpa berbelah bahagi. Sentiasa menyentuh dia dengan sentuhan yang penuh kasih sayang.
Tips kedua : Jangan sembunyikan perasaan.
Jika anda marah, anda jangan pendam. Sebaliknya anda mengadu kenapa anda marah pada pasangan anda. Dengan ini, anda berdua akan lebih intim kerana dia memahami anda.Jangan sembunyikan perasaan. Sentiasa luahkan apa yang anda rasa pada pasangan anda. Apabila masing – masing tahu mengenai perasaan sebenar masing – masing, anda berdua akan rapat.
Tips ketiga : Jadi pendengar yang setia.
Anda akan rapat pada orang yang sedia mendengar apa yang terbuku di dalam hati anda. Jika anda mendengar apa yang pasangan anda ingin sampaikan, anda akan rapat dengan dia. Dia juga pasti akan mencari anda untuk meluahkan apa yang dia rasa.
Tips keempat : Luangkan masa untuk pasangan anda.
Lupakan kerja, lupakan kawan – kawan anda dan lupakan hobi anda. Lebih luangkan masa bersama  dengan pasangan anda. Masa adalah sangat berharga. Jika anda luangkan masa bersama dengan pasangan anda, anda berdua akan lebih rapat dan sentiasa intim.

Tiga cara pikat hati suami anda

 
Bagi anda yang tidak tahu bagaimana hendak memikat hati suami anda, berikut ada tiga cara untuk anda jadikan panduan.
Cara pertama : Jaga emosi suami anda.
Jika anda pandai jaga emosi suami anda, anda pasti akan berjaya memikat hati dia. Jika suami anda sedang marah, anda jangan marah dia. Sebaliknya, anda tenangkan dia dengan kebijaksanaan. Jangan lakukan sesuatu yang boleh mengundang kemarahan dan perasaan kurang senang suami anda. Gembirakan suami anda dengan sentiasa membuatkan dia untuk mencintai diri anda.
Cara kedua ; Tunjukkan rasa cinta pada suami anda.
Sekarang, anda sudah berkahwin. Jadi, anda boleh tunjukkan rasa cinta melalui pelbagai cara. Pelukan, ciuman, urutan dan rabaan adalah antara cara untuk anda tunjukkan rasa cinta kepada suami anda. Selain itu, anda juga boleh layan suami anda seperti sang raja sebagai tanda anda mencintai dia. Tunjukkan pada dia bahawa dia sangat penting dalamhidup anda.
Cara ketiga : Tarikan secara seksual.
Ketahui bagaimana nafsu seks suami anda dan jadilah seperti mana yang dia mahu. Jadi seseorang yang boleh merangsang nafsu suami anda. Jika suami anda bernafsu pada anda, pasti dia akan menyayangi anda dengan sepenuh hati dia tanpa  berbelah bahagi.
Ketiga – tiga cara di atas sangat sesuai untuk di praktikkan bagi memikat hati suami anda. Cubalah, nescaya anda akan nampak hasil yang positif.