Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg
Showing posts with label seksologi. Show all posts
Showing posts with label seksologi. Show all posts

5 Penyebab Yang Bikin Payudara Berubah Bentuk












1. Usia
Payudara adalah organ yang sangat dinamis dari tubuh manusia. Jika sejak muda sudah menggunakan bra yang tepat, maka payudara akan tumbuh dengan baik. Tapi jangan senang dulu.
Pasalnya, ligament cooper (urat yang mempertahankan bentuk payudara) pasti akan melemah seiring dengan bertambahnya usia.
2. Kehamilan
Selama hamil ada beberapa perubahan dalam ukuran payudara dan sebagian besar perubahan ini menjadi permanen. Payudara akan meningkat dan menunjukkan peningkatan ukuran cup.
3. Menstruasi
Ukuran payudara akan sedikit mengalami perubahan selama siklus menstruasi. Perubahan ukuran dari payudara ini biasanya disertai dengan perubahan bentuk puting dan areolanya.
4. Keturunan
Faktor keturunan memainkan peranan cukup besar dalam menentukan ukuran payudara. Biasanya hal ini ditentukan dari ukuran payudara sang ibu. Tapi tidak semua anak memiliki ukuran payudara yang sama dengan ibunya, karena faktor lain juga turut mempengaruhi.
5. Makanan
Beberapa makanan mengandung zat tertentu yang dapat meningkatkan ukuran payudara. Sebut saja kedelai, ginseng, akar dandelion, dan semua biji-bijian adas. Karenanya, beberapa wanita yang sering mengonsumsi makanan ini kemungkinan memiliki payudara yang besar.
* Sumber palingseru.com

Jangkitan pada vagina boleh memudaratkan



Oleh Hidayah Mohammad

RAMAI wanita malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau vagina. Keadaan seperti rasa gatal, keluar lendir, sering membuang air dan alat sulit berbau bukan perkara biasa yang dialami dan anda sebenarnya boleh mendapatkan rawatan bagi menangani berkenaan.

Malangnya ramai wanita menganggap keadaan berkenaan berlaku seiring dengan usia atau masalah biasa selepas kedatangan haid. Ada kalanya, keadaan itu boleh menjejaskan mutu kehidupan termasuk aktiviti harian tidak berjalan dengan lancar berikutan rasa kurang selesa.

Masalah jangkitan pada vagina sering kali berlaku pada wanita tanpa mengira latar belakang dan usia, sama ada bagi yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga yang masih remaja. Bagaimanapun masih ramai lagi wanita pada masa kini, kurang berpengetahuan mengenai punca gejala masalah itu dan sering mengabaikan cara rawatan yang betul.

Masalah ketidakselesaan pada vagina yang kering dan berlendir sehingga menyebabkan kegatalan selepas tindakan menggaru dan tidak mencuci dengan betul akan menjadikan kulit di sekeliling vagina lebih kering dan pedih. Punca itu berlaku ketika mengalami haid, di mana darah haid yang keluar terlalu banyak, berdarah beku, sakit akibat kedatangan haid, berdarah selepas melakukan hubungan seks, persekitaran kotor dan memakai pakaian dalam yang tidak sesuai.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damoran, berkata masalah jangkitan itu berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon berikutan mengalami tekanan mental, fizikal, emosi, kerja dan keluarga. Dengan itu, ia boleh menyebabkan berat badan semakin bertambah, berpenyakit kulit, gangguan pada kelenjar tiroid, gangguan prolaktin dan perimenopos.

“Apa yang perlu dititikberatkan ialah kebersihan pada vagina kerana ia boleh menyebabkan pelbagai jenis gangguan pada kehidupan seharian. Gangguan luar biasa pada vagina tidak bermakna anda mengalami jangkitan bakteria.

“Ia berkemungkinan berlaku daripada aktiviti harian seperti penggunaan deodoran dan semburan wangian, air laut, mandian pasir, pakaian dalam yang sering lembap dan basah, alah pada penggunaan kondom ketika mengadakan hubungan seks, penggunaan tampon yang tidak sesuai dan vagina kering berikutan menopous,” katanya ketika ditemupada majlis memperkenalkan produk pencuci vagina, PH Care di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir Pengurus Pemasaran Malaysia dan Singapura UNAM Corporation, Francis B. Puno. UNAm Corporation ialah pengedar bagi PH Care.

Jangkitan kandida pada vagina disebabkan oleh pertumbuhan berlebihan sel yis (Candida albicans) yang biasanya ada dalam vagina. Antara faktor yang dikaitkan dengan jangkitan vagina wanita termasuk kehamilan, penyakit diabetes mellitus yang tidak terkawal, pengambilan ubat secara oral, antibiotik dan menggunakan semburan pada vagina.

Justeru, tidak mustahil seseorang boleh dijangkiti lebih daripada sekali, tetapi kajian menunjukkan hanya 12 hingga 15 peratus pasangan akan mendapatkan pandangan pakar mengenai kegatalan dan pedih pada kemaluan.

Selalunya bagi pesakit yang mengidap jangkitan itu hanya perlu mendapatkan rawatan sekali saja dengan melakukan ujian untuk dikaji di makmal seperti pap smear, terapi oral, vaginal pessaries dan sapuan krim pada kulit yang mengalami jangkitan itu. Apa yang lebih penting, kedua-dua pasangan itu harus berjumpa doktor untuk mendapatkan pandangan sewajarnya.

Premitha berkata, jangkitan pada vagina juga disebabkan masalah Bacteria Vaginosis (BV) amat kompleks malah sesiapa saja terdedah kepadanya. Sebagai langkah awal, pesakit perlu mendapatkan diagnosis yang tepat dan memberikan rawatan yang betul lebih-lebih lagi bagi wanita mengandung atau mereka yang akan menjalani pembedahan pelvis.

“Tanda utama jangkitan BV ialah keluarnya lendir vagina homogen putih-kelabu yang cair seakan-akan susu tetapi tidak menyebabkan radang. Ia juga berbau hanyir dan ada kalanya menimbulkan kegatalan. Kajian menunjukkan, dalam proses diagnosis, terdapat langkah yang dikatakan menjamin ketepatan 90 peratus.

“Langkah itu membolehkan doktor mencadangkan rawatan yang berkesan untuk wanita. Diagnosis yang tepat dan rawatan yang berkesan juga dapat mengurangkan masalah kesulitan bersalin sebanyak 50 peratus. Kesulitan yang tinggi akan menyebabkan kemandulan dan kehamilan ektopia,” katanya.

Kajian terhadap trichomoniasis atau jangkitan sistem pencernaan oleh protozoa pula menunjukkan sebanyak 25 peratus wanita terkena jangkitan pada vagina serta sebanyak 50 peratus wanita yang mengalaminya tidak menunjukkan tanda awal. Ia juga disebabkan jangkitan selepas mengadakan hubungan seks dan juga boleh disebabkan perkongsian barang peribadi seperti tuala dan tempat buang air.

Pesakit perlu mendapatkan diagnosis dengan melakukan pap smear, memastikan kadar PH pada vagina yang tidak melebihi empat bagi mengelakkan bakteria aktif. Antara langkah untuk mengelak daripada menghidap jangkitan itu ialah memastikan kebersihan dan vagina sentiasa kering.

Bagi memastikan rawatan yang dibuat lebih berkesan, elak daripada melakukan hubungan seks sekiranya jangkitan belum sembuh sepenuhnya, nasihat pasangan supaya pergi mendapatkan rawatan, gunakan kondom ketika melakukan seks, kurangkan pengambilan gula, roti dan minuman keras.

“Sekiranya masih belum menemui jalan penyelesaian, manjakan vagina anda dengan menyapu sedikit yogurt atau memakan dadih kerana kajian menunjukkan keberkesanannya mengatasi jangkitan yis pada vagina amat memberangsangkan.

“Kajian itu mendapati, mereka yang menghidap jangkitan itu selepas memakan dadih yang mengandungi kultur hidup setiap hari selama enam bulan, tidak lagi mengalami jangkitan baru. Selain kajian berkenaan, banyak lagi kajian lain yang dibuat mengenai dadih dan berjaya membuktikan ia sememangnya makanan yang baik terutama khasiatnya dalam penjagaan kesihatan,” katanya.

Bagi mengelak daripada terkena jangkitan itu anda seharusnya kurangkan menjalin hubungan seks dan pastikan menggunakan pencuci vagina yang kini banyak di pasaran.

Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat dan berguna, kongsikan bersama rakan-rakan anda di Facebook dengan tekan butang biru like dibawah

layari-kehidupan-seks-secara-sihat

Sebagai pasangan suami isteri adakah anda menikmati kehidupan seks sepuasnya? Atau anda tidak pasti akan jawapannya sehingga kadang kala membuat perbandingan kehidupan seks anda dengan rakan anda.

Sebenarnya tindakan itu salah. Jangan sesekali membuat perbandingan tersebut kerana ia hanya mengundang padah dalam perhubungan suami isteri.

Hakikat sebenarnya, sesebuah perhubungan kelamin suami isteri itu unik. Setiap pasangan mempunyai cara yang berbeza mengemudikannya.

Apa yang baik untuk orang lain tidak semestinya baik untuk anda. Ada beberapa panduan yang boleh digunakan sebagai ukuran adakah anda menjalani kehidupan seks yang sihat atau sebaliknya.

Tanda pertama – Perhubungan anda sihat

Pasangan suami isteri yang sihat, akan sentiasa berbicara tentang apa yang berlangsung dalam kehidupan mereka.

Mereka tidak membataskan diri tentang isi perbualan termasuk dalam isu perhubungan seks. Jika terdapat sesuatu yang tidak kena ataupun kepuasan seks yang dihajati tidak tercapai, mereka akan menyuarakannya.

Pasangan yang sihat juga lebih realistik dan memahami kemampuan pasangan masing-masing.

Tanda 2 – Eksperimen dalam bilik tidur

Pasangan suami isteri yang suka melakukan eksperimen dalam hubungan kelamin adalah tanda mereka berpuas hati dengan kehidupan seks mereka.

Jangan salah faham, apa yang dimaksudkan di sini bukanlah seks melampau yang tidak dituntut syarak.

Eksperimen yang dicadangkan cukuplah dengan mengajak pasangan sesekali menukar posisi, mencuba beberapa gaya terbaru atau boleh juga menukar lokasi seperti di kerusi atau sofa.

Katil bukanlah tempat yang wajib untuk hubungan seks. Dengan mencuba idea terbaru ini bukan sahaja mudah malah membuktikan kebahagiaan anda berdua.

Tanda 3 – Ikhlaskan hati untuk hubungan seks

Pernahkah anda terasa bahawa hubungan seks kini berbeza dengan ketika di awal perkahwinan?

Sudah bertahun kahwin, jadi seks itu umpama kewajipan asas suami isteri sahaja. Ia bukan lagi sesuatu yang dinikmati dengan penuh perasaan. Padahal seks adalah satu perkara yang anda dan pasangan lakukan dengan penuh keseronokan.

Pastikan anda menikmati puncak kenikmatan dan melakukannya kerana keikhlasan hati untuk pasangan anda.

Tanda 4 – Seks sebagai rutin dalam perhubungan

Bukanlah sesuatu yang pelik untuk meletakkan seks sebagai perkara terakhir dalam sesuatu perhubungan. Dalam situasi di mana anda mempunyai sebuah keluarga, anak-anak dan pekerjaan seks menjadi perkara yang sukar untuk dilakukan setiap hari.

Pasangan yang sentiasa cuba mewujudkan masa untuk hubungan seks sekerap mungkin adalah pasangan yang mempunyai perhubungan seks yang sihat. Jadilah lebih spontan.

Tanda 5 – Seks bukan sekadar hubungan, ia lebih dari itu

Seks lebih dari sekadar hubungan kelamin. Gurau senda dan sentuhan awal amat penting untuk hubungan seks yang sihat dan ceria. Pastikan anda lebih kreatif setiap hari supaya ada kejutan untuk pasangan anda.

Sebagai contoh, tinggalkan nota-nota indah atau boleh juga menghantar hadiah secara mengejut ke pejabat.

Tindakan ini boleh membuatkan pasangan anda teruja. Walaupun lepas seks berakhir anda masih romantik, itulah tanda hubungan seks anda sesuatu yang sihat. Jika salah satu tanda di atas ada menerangkan tentang kehidupan seks anda, maka anda boleh menikmati kehidupan seks yang sihat dan gembira.

Susunan NOOR FAZRINA KAMAL

Untuk Lelaki Sahaja – Mencumbui dan Dicumbui

Memainkan peranan penting di bahagian lain pada tubuh isteri anda seperti mencium, mengigit secara manja, membisik dan sebagainya. Pada mana-mana bahagian tubuh isteri anda yang disentuh oleh anda sendiri akan memberi rangsangan sepenuhnya kepada isteri anda terutama sekali menggunakan mulut anda. Apabila mencium isteri anda, ada beberapa tempat yang wajar dicium oleh anda dan kebanyakan daripada tempat-tempat ini tidak diketahui ramai.


Telinga

Bahagian telinga adalah bahagian yang sering diabaikan apabila ingin meningkatkan kepuasan isteri anda. Menggunakan mulut anda adalah cara terbaik untuk memberi stimulasi kepada isteri anda. Menggigit secara manja pada bahagian telinga isteri anda membolehkan isteri anda merasa berahi pada permulaan permainan anda berdua. Selain itu juga anda boleh menggesel mulut anda bahagian luar telinga isteri anda secara manja.

Bahagian Belakang Leher

Cara terbaik dan sangat berkesan untuk meningkatkan mood isteri anda sebelum melakukannya. Ia sangat berkesan apabila anda melakukannya secara kejutan setiap kali sebelum anda dan isteri anda memulakan permainan anda berdua. Apabila isteri anda sedang sibuk melakukan tugas bersendirian di dapur atau di mana-mana bahagian rumah anda, dekatkan diri anda pada bahagian belakang isteri anda secara senyap, selakkan rambut isteri anda lalu mencium isteri anda pada bahagian belakang lehernya. Isteri anda akan berasa terkejut lalu meminta anda melakukan perkara yang lebih romantis secara berdua.

Muka

Ada beberapa perkara yang lebih peribadi selain mencium isteri anda pada bahagian muka. Mulut anda yang berasa suam adalah sesuai untuk memberi ciuman lembut pada bahagian pipi, dahi, dagu, hidung dan mata isteri anda yang tertutup. Sangan romantis bukan? Walau apa pun bahagian yang anda akan cium pada wajah isteri anda, ingat seperkara. Jangan menjilat atau membasahi muka isteri anda! Isteri anda adalah seseorang yang patut anda layan dengan sempurna setelah seharian dia menjaga mahligai anda berdua sewaktu anda keluar berkerja.

Leher

Walaupun isteri anda sedang memakai baju, bahagian lehernya adalah salah satu tempat yang cukup seksi dan romantis untuk anda mencium isteri anda. Cumbuan yang diberikan oleh anda pada bahagian leher isteri anda akan membuatkan dirinya mahukan sesuatu yang lebih daripada anda. Jadi, mulakan ciuman anda pada bahagian lehernya sebelum anda berdua beralih melakukan ‘tugas’ seterusnya.

Pinggul

Bahagian pinggul isteri anda adalah bahagian yang paling sensitif dan tidak disangka sama sekali untuk mencium isteri anda di bahagian ini. Ini mungkin kerana ia adalah bahagian yang paling dekat dengan mahkota isteri anda. Walau apa pun sebabnya, mencium isteri anda pada bahagian ini akan memberikan satu getaran atau gegaran kepada isteri anda yang akan bermula daripada pinggul ke bahagian kepalanya, atau pun ke bahagian bawah sehingga ke bahagian kaki isteri anda.

Dada

Meletakkan mulut anda pada bahagian dada isteri anda adalah perkara paling seksi dan romantis anda boleh lakukan. Tetapi jika anda tersilap langkah, ia mungkin membawa padah kepada anda dan boleh menghilangkan mood isteri anda. Mencium dan memberi sedikit gigitan lembut serta manja adalah dibenarkan dengan syarat anda melakukannya dengan baik dan penuh kasih sayang. Bahagian dada isteri anda adalah bahagian yang paling dan sangat sensitif, jadi harus melakukannya dengan betul. Ingat, belai dadanya dan cium dengan penuh kasih sayang. Anda juga harus ingat bahawa bahawa bukan sahaja bahagian putting isteri anda yang memerlukan perhatian, seluruh dada memerlukan belaian dan ciuman yang menyeluruh. Gunakan mulut anda sebaik-baiknya pada bahagian dada isteri anda untuk efek yang maksimum.

Bahagian-bahagian Yang Dilarang

Walau dimana-mana bahagian pun anda mencium, ia akan membuatkan isteri anda berasa seronok. Walaubagaimana pun , ada beberapa bahagian yang tidak boleh anda cium kerana ia akan mengecewakan isteri anda. Jika anda ingin mencium bahagian-bahagian ini, pastikan anda mendapat kebenaran isteri anda. Bahagian-bahagian ini termasuk kaki dan punggung isteri anda. Pastikan anda tahu bagaimana hendak mencapai kehendak isteri anda sebelum memulakannya. Selamat berjaya.

STAILISTA – APRIL 2011

Misteri Tentang Selaput Dara



Menjadi suatu kebiasaan apabila kita dengar cerita-cerita yang menakutkan ketika malam pertama dikalangan para gadis sunti sebelum berkahwin. Berbanding halnya bagi lelaki, biasanya merekalah yang tak sabar-sabar untuk melalui detik malam pertama pengantin.

Cerita yang biasa kita dengar ialah di saat selaput dara si gadis yang masih perawan akan pecah lalu mengakibatkan pendarahan ketika hubungan intim kali pertama di malam pertama tersebut. Kalau tiada darah yang keluar, dikatakan gadis itu tidak perawan sebenarnya!

Owh, tidak. Betapa salahnya anggapan tersebut. Ini merupakan suatu salah-faham sebenarnya.

Ok, sebelum kita menyelongkar dengan lebih mendalam tentang perihal selaput dara ini, mari saya kongsikan bersama anda tentang di manakah sebenarnya selaput dara seorang gadis itu terletak.

Selaput dara sebenarnya bukan terletak dalam vagina. Fakta telah menyatakan ianya terletak di bahagian organ kelamin luar faraj. Ia merupakan sebahagian dariapada vulva sebenarnya.

Selaput dara terletak di luar vagina yang juga merupakan lapisan nipis terdiri daripada jaringan sel-sel nipis menutupi lubang vagina si gadis yang belum pernah melakukan hubungan intim.

Ada diantara gadis yang mempunyai lapisan selaput dara yang agak tebal. Ini menyebabkan sedikit kesukaran untuk zakar suami menembusinya buat kali pertama. Oleh itu, suami perlulah bijak melakukan pelbagai teknik dan mencuba posisi yang sesuai bagi memudahkan persetubuhan untuk berlaku.

Ada kemungkinan tusukan pertama hanya berjaya mengoyakkan sedikit sahaja. Suami perlu terus mencuba di malam pertama tanpa mengenal erti ‘putus asa’.

Bakal-bakal isteri tak perlu risau sebenarnya dengan kesakitan. Kesakitan dapat dikurangkan jika suami melakukan penetrasi dengan perlahan dan disamping suami perlu main peranan penting merangsang bahagian-bahagian tubuh isteri yang lain dalam masa yang sama.

Bincanglah secara terbuka bersama suami untuk mengurangkan rasa fobia agar hubungan intim dapat dilakukan dengan lebih mesra.

Persoalan seterusnya yang biasa kita dengar ialah, jika tiada darah yang keluar ketika malam pertama, maka gadis tersebut tidak perawan.

Sebenarnya selaput dara bagi seorang gadis secara majoritinya (lebih 50%) adalah sangat nipis dan kurang kenyal. Adakalanya aktiviti yang sedikit lasak boleh menyebabkan selaput dara gadis tersebut terkoyak secara tidak sengaja.

Diantara aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan selaput dara terkoyak adalah seperti:-

Menunggang kuda
Menunggang basikal
Mendaki gunung
Berlari
Dan pelbagai lagi aktiviti lasak yang lain

Jika ditanya kembali, tentunya gadis tersebut tidak mampu untuk ingat bila saat sebenar selaput dara dia terkoyak akibat aktiviti-aktiviti tersebut.

Secara kesimpulannya, selaput dara seorang gadis yang masih perawan tidak semestinya boleh terkoyak dan menyebabkan pendarahan ketika malam pertama.

Yang penting, anda sebagai suami haruslah yakin dengan sepenuh hati kejujuran isteri anda. Bukankah saling percaya-mempercayai itu salah-satu teras hubungan perkahwinan yang kelak abadi?

Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat dan berguna, kongsikan bersama rakan-rakan anda di Facebook dengan tekan butang biru like dibawah

15 Petua Untuk Elak Lemah Tenaga Batin




Sebagai masyarkat Melayu yang mengamalkan adat dan mendukung teguh tradisi turun-temurun nenek-moyang kita, memang kita tidak dapat lari daripada pelbagai amalan dan petua dalam kehidupan seharian kita.


Untuk blog post kali ini, saya ingin berkongsi bersama anda 15 petua dan tips bagaimana anda sebagai Sang Pria mampu mengelakkan diri daripada masalah lemah tenaga batin.

Berikut adalah petua-petua tersebut. Owh ya, petua-petua ini lebih sesuai diamalkan oleh kaum lelaki yang ingin kekalkan dan tingkatkan tenaga batin mereka. Selamat Beramal:

Jangan terus minum air selepas makan nasi. Dinasihatkan tunggu hanya selepas 2 minit setelah selesai makan suapan nasi terakhir.

Elakkan minum air ketika badan sedang panas seperti sejurus selepas melakukan aktiviti seperti bersukan, berlari, aktiviti berat dan sebagainya. Rehat terlebih dahulu dan sejukkan badan. Kemudian bolehlah minum air.

Kurangkan memakan pisang embun.

Jangan bersetubuh bersama isteri ketika di dalam air. Contohnya seperti ketika berada di dalam kolam renang atau tab mandi (ketika air penuh).

Elakkan terus minum air selepas bersetubuh. Rehat dan tunggu selepas 15 minit, baru boleh minum.

Kurangkan amalan melancap (onani). Ianya suatu perlakuan yang memaksa air mani keluar. Kesannya boleh melemahkan zakar anda.

Jangan sesekali bersetubuh dengan isteri ketka dia sedang haid. Ianya akan mendatangkan penyakit. Malah hukumnya haram di sisi agama.

Jangan makan nasi dan minum air dalam masa yang sama. Melainkan anda tercekik.

Elakkan buang air kecil di atas tanah secara terus dan ketika sedang berendam dalam air.

Jangan makan nasi sejuk. Panaskan ia terlebih dahulu.

Jangan anda kerap minum air ais kerana ia mendatangkan kesan melemahkan zakar. Zakar akan menjadi sejuk dan lembik lalu akan menyebabkan batang zakar berasa ngilu ketika persetubuhan dengan isteri.

Elakkan zakar anda terlalu lama terendam dalam faraj isteri anda ketika setelah anda klimaks.

Elakkan menghembus keluar nafas ketika minum, tahan nafas anda ketika minum. Ini boleh membantu mengelakkan anda berasa letih dan lemah tenaga ketika persetubuhan.

Jangan amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk. Ianya boleh mengakibatkan air mani anda cair dan masalah pancut awal.

Jangan biarkan isteri menindih zakar anda ketika tidur. Aliran darah anda di zakar akan terganggu. Aliran yang sempurna amat penting ketika tidur supaya darah boleh terus dibekalkan kepada zakar dan mengelakkan zakar menjadi lemah.


Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat dan berguna, kongsikan bersama rakan-rakan anda di Facebook dengan tekan butang biru like dibawah

4 Cara Tingkatkan Stamina Di Ranjang Buat Suami


Tiada yang boleh mengecewakan diri dan pasangan anda selain anda mengalami ejakulasi pramatang. Salah-satu sebab kenapa anda mengalami ejakulasi pramatang adalah di sebabkan anda terlalu teruja atau tidak berupaya untuk mengawal daya fikiran anda supaya tidak mudah hanyut ketika asyik dibuai gelora asmara seks bersama isteri.

Bagaimanapun, artikel ini akan membincangkan teknik bagaimana hendak tingkatkan stamina anda di bilik tidur.

Lakukan foreplay dengan lebih lama

Foreplay penting untuk memanaskan badan anda berdua. Jika anda mulakan seks terus tanpa melakukan foreplay, anda pasti akan mengalami orgasm dengan lebih cepat. Jika anda lakukan foreplay dan panaskan badan anda. Mental anda akan lebih kuat semasa melakukan hubungan seks kemudian. Jadi, anda akan lebih lambat pancut.

Asah mental anda

Ketika anda ingin terpancut atau mempunyai perasaan terpancut, anda perlu ‘paksa’ mental anda untuk tahan lebih lama. Anda perlu yakin dan percaya anda akan tahan lebih lama. Cuba alihkan fikiran anda kepada perkara-perkara lain ketika di saat anda ingin berejakulasi. Contohnya, anda boleh fikir tentang kerja anda di pejabat, fikirkan soal ekonomi atau isu-isu semasa negara contohnya.

Tekan lidah pada lelangit mulut di belakang gigi hadapan anda

Ia adalah teknik kuno di mana anda menekan lidah anda pada lelangit mulut di belakang gigi hadapan anda. Tekanan pada bahagian tersebut boleh menyekat darah mengalir ke zakar anda. Jadi, ia boleh menghalan anda dari mengalami ejakulasi pramatang.

Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan 20 minit setiap sesi

Dengan aktiviti bersenam yang konsisten, peredaran darah anda dapat dipertingkatkan. Prestasi seksual anda diranjang memang ada kaitan rapat dengan tahap kecergasan anda. Kalau anda bukan jenis yang bersukan, jogging secara konsisten pun dah cukup.

Lagi sihat tubuh badan anda, lagi tinggi lah tahap prestasi anda diranjang nanti. Boleh lah anda ‘bertahan’ lebih lama lagi atas katil nanti.

Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat dan berguna, kongsikan bersama rakan-rakan anda di Facebook dengan tekan butang biru like dibawah

Adakah Saiz Zakar Penentu Kebahagiaan?


Post pada kali ini tentunya menjadi tumpuan buat sang teruna di luar sana. Pastinya ramai di kalangan kaum lelaki terutamanya yang belum kahwin masih ragu-ragu akan kemampuan masing-masing memuaskan pasangan masing-masing.


Mereka pastinya mengaitkan dengan saiz zakar. Makin besar saiz zakar, makin mudahlah untuk kita memuaskan pasangan kita.

Betul ke?




Sebenarnya ada benar dan tidak benarnya juga dalam masa yang sama.

Sebelum tu, mari kita ketahui satu fakta:

Bahagian 1/3 dalam faraj wanita (dari luar) mengandungi banyak sel-sel tisu dan saraf yang amat sensitif terhadap sentuhan atau sebarang rangsangan.

Dari situ boleh lah kita simpulkan bahawa walaupun saiz zakar bagi sesetengah lelaki itu agak kecil seperti 9cm, ianya masih mampu memberi rangsangan yang berterusan dan memuaskan kepada wanita sehingga boleh membuatkan mereka klimaks.

Selain itu, kajian juga telah menunjukkan bahawa kebanyakkan wanita lebih mudah terangsang dan mencapai klimaks jika kelintitnya (klitoris) dirangsang secara berterusan berbanding G-Spot yang terletak pada bahagian dalam faraj 3cm dari luar. G-Spot merupakan titik ghairah wanita yang terletak pada bahagian langit faraj 3cm dari bahagian bukaan faraj.

Sentuhan dan geselan pada klitoris lebih mudah memberi kepuasan nikmat kepada isteri anda.

Oleh sebab itulah, walaupun anda mempunyai saiz zakar yang kecil (sekitar 9cm), anda masih boleh lagi memberi kepuasan kepada isteri anda nanti.

Ramai lelaki yang masih kurang yakin akan saiz zakar mereka tetapi pada hakikatnya mereka mempunyai saiz yang normal. Bagi lelaki Asia, saiz zakar yang normal dan mampu memberi kepuasan kepada pasangan ketika bersama adalah diantara 9-14cm (panjang) dan 9-13cm (bagi ukur lilit). Jika anda mempunyai ukuran seperti ini, usah risau, pasti ia dah cukup memadai untuk memberi kepuasan kepada isteri anda.

Tapi, bagaimana pula jika saiz zakar anda di bawah 9cm?

Untuk saiz zakar yang kurang daripada saiz zakar normal iaitu di bawah 9cm, memang anda akan mendapat sedikit cabaran untuk memuaskan isteri anda melalui hubungan penetrasi. Tetapi, seperti yang telah diterangkan tadi, anda masih boleh memberi rangsangan melalui geselan dan sentuhan klitoris isteri anda. Ia dah cukup.

Petua Bagaimana Elak Rasa Bosan Di Ranjang

PETUA 1
Perkara yang paling pertama dan harus anda amalkan ialah dari segi mind-setting dan pemahaman mengenai hubungan kelamin diantara suami-isteri. Pasti anda tahu kan bahawa dalam Islam sendiri telah menyatakan bahawa setiap kali kita melakukan hubungan seks sesama pasangan kita yang sah, kita akan mendapat ganjaran pahala?

Dari situ kita boleh lihat bahawa, seks juga merupakan salah-satu amal ibadah yang dituntut dilakukan oleh pasangan suami-isteri. Jika kita sentiasa berpegang pada konsep hubungan kelamin itu merupakan suatu ibadah, sudah tentu perasaan bosan tu tak kan timbul. Renung-renungkan dan selamat beramaaa….l ;-)

PETUA 2
Ubah suasana kamar anda. Mungkin anda boleh nyalakan lilin-lilin aromaterpi sambil menutup lampu bilik tidur anda sebelum anda ingin memulakan hubungan seks. Oh! romantik nye kan suasana tersebut.

PETUA 3
Cuba posisi-posisi seks yang berlainan tiap kali anda bersama suami/isteri anda. Jangan asyik-asyik posisi lelaki di atas, isteri di bawah. Tu memang lah bosan nanti lama-lama.

PETUA 4
Tukar masa ingin mengadakan hubungan intim bersama isteri. Jika selalu buat ketika malam, apakata lakukan ketika selepas subuh hari.

PETUA 5
Pelbagaikan adegan ketika foreplay dan panjangkan tempoh foreplay. Ingat konsep asas..foreplay paling minimum pun pastikan anda lakukan 45 minit. Jangan kurang.

Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat dan berguna, kongsikan bersama rakan-rakan anda di Facebook dengan tekan butang biru like dibawah

Adakah Dara itu Penting?

Isu dara merupakan isu yang paling jarang diperbincangkan
secara terbuka.


Ini mungkin disebabkan sikap masyarakat kita yang masih
menganggap ia sebagai isu peribadi yang boleh mengaibkan terutama kepada
golongan wanita.


Walaubagaimanapun, apa yang bakal dikupas di sini bukanlah
perkara yang berkaitan dengan kejadian biologi seorang gadis, tetapi isu
yang berkaitan dengan kesucian dan kehormatan seorang gadis.


Ini kerana, selain isu sosial, ia juga berkaitan dengan salah satu institusi
yang penting dalam Islam - perkahwinan.


Kecenderungan untuk merenung isu ini datang dari pengalaman peribadi
selama satu dekad.

Dalam Islam, ketika memilih calon isteri, seseorang pemuda digalakkan
mencari seorang gadis. Alasan yang diberikan adalah gadis lebih menghiburkan
dan sama-sama belajar bergurau senda. Sedangkan seorang janda sudah
mempunyai pengalaman dan memori dengan bekas suaminya dulu.


Hakikat ini diperkukuhkan lagi apabila peminangan seorang gadis berbeza
dengan cara peminangan seorang janda. Seorang gadis tertakluk atas nasihat
dan kawalan bapanya atau walinya sementara seorang janda dianggap mampu
berdikari dan membuat keputusan sendiri mengenai calon suaminya.


Namun begitu pada dasarnya tidak ada halangan untuk seorang pemuda
untuk memilih sama ada seorang gadis perawan atau seorang janda sebagai
bakal isterinya dan Islam sendiri tidak meletakkan syarat kepada
teruna untuk memilih gadis atau janda, Cuma digalakkan memilih gadis - dan
ini adalah isu hati lelaki semata-mata.


Dalam kehidupan realiti, bagaimanapun ada lelaki yang sangat menitikberatkan
soal dara. Bagi mereka, dara menjamin kebahagian dan kepuasan.
Pada hemat saya, lelaki jenis ini tidak arif tentang kedudukan yang sebenar.
Lelaki ini mementingkan nafsu dan menafsirkan dara sebagai satu kejadian biologi
pada jasad seorang perempuan. Menurut sumber ilmu kesihatan, kejadian selaput
dara ini sangat sensitif dan mudah pecah.


Kehilangan dara tidak semestinya seorang gadis itu telah melakukan hubungan.
Mungkin ada aspek lain seperti kemalangan atau sakit yang menyebabkan
seseorang itu kehilangan dara. Kehilangan dara dalam maksud ini tidak
melibatkan kehilangan kesucian atau kehormatan seorang gadis.


Oleh itu, tidak perlulah untuk memanjangkan aspek ini. Kita lebih cenderung
melihat dari sudut harga diri seorang gadis.


Terus terang kita nyatakan, isu dara dalam artikel ini maksudnya hubungan
seksual sebelum perkahwinan (zina) akibat meluasnya pergaulan bebas dalam
masyarakat kita. Oleh itu awal-awal lagi saya menyatakan isu ini adalah
isu sosial ;bukannya isu peribadi atau isu dikalangan wanita sahaja.


Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila batas pegaulan bebas di
kalangan remaja dan belia kita menjadi kian longgar.


Pada waktu yang sama, bagi menghadapi gejala seks sebelum nikah,
sudah kedengaran di kalangan lelaki teruna bahawa
'dara itu sudah tidak penting'. Yang penting bagi mereka ialah
kasih sayang, kesetiaan, kejujuran dan hormat menghormati antara suami
isteri.


Lagi pun apabila seseorang gadis yang pernah terlanjur sudah bertaubat
dan insaf, maka isu itu sudah tidak timbul lagi.

Saya percaya ramai orang bersetuju dengan hujah di atas. Oleh itu
kita akan tertanya-tanya perlukah lagi soalan 'apakah dara itu
penting?'.


Sekali lagi kita harus bersabar dan berfikir lebih halus dan
mendalam. Pandangan di atas samalah dengan pandangan lelaki yang
menafsirkan dara sebagai kejadian biologi pada perempuan.

Kedua-dua pandangan itu masih bersifat peribadi.

Isu sosialnya ialah apabila masyarakat (generasi muda) mula
menganut idea bahawa dara itu tidak penting maka secara tidak langsung
merebak pula idea seks sebelum nikah itu sesuatu yang boleh diterima.


Jika idea ini dianuti secara meluas, bukan isu dara yang perlu diatasi
tetapi isu zina dan pergaulan bebas.

Dalam masyarakat barat yang bebas pergaulannyasekurang-kurangnya
seperti yang digambarkan melalui filem atau novel remaja - soal dara
atau virginity sudah dianggap remeh.



Malah sebenarnya ia dianggap sebaliknya. Dalam masyarakat kita
atau masyarakat timur yang asal seseorang gadis yang tidak dara
(sudah melakukan hubungan seks) dipandang rendah dan dicemuh.

Lelaki teruna mengelak diri dari mengambilnya sebagai isteri.
Ibu bapa si gadis berasa sangat malu.


Gadis itu sendiri berasa bersalah dan berasa tertekan dan sedaya
upaya menyembunyikan rahsia itu sehinggalah ke saat akhir (seperti
kepada tunang atau suaminya). Tetapi masyarakat barat melihat soal dara
sebaliknya.

Sesiapa yang masih dara dianggap mentah dan naif. Seseorang
gadis yang pernah melakukan hubungan seks selalunya ketika berusia
belasan tahun dianggap matang. Gadis ini layak dianggap wanita (woman)
bukan lagi anak-anak perempuan (girl). Akibatnya, seseorang gadis yang
tidak mempunyai pasangan lelaki atau gagal memujuknya melakukan aktiviti
seksual mengalami tekanan perasaan dan penyisihan sosial remaja.



Secara sedar atau tidak apabila unsur budaya asing dan bahan
lucah tersebar dengan bebas, masyarakat kita kini sedang menganuti
idea yang sama.


Tiada siapa yang tahu. Hanya sekelompok remaja dan belia yang
mengetahui. Siapa tahu secara perlahan-lahan idea atau nilai generasi muda
erhadap dara sudah berubah mengikut idea remaja barat?


Secara kesimpulannya apa yang hendak disampaikan ialah
berkenaaan runtuhnya institusi sosial kita. Remaja terutama gadis tidak
lagi menghiraukan tentang kesucian diri mereka.

Gejala pergaulan bebas semakin berleluasa. Pihak media pula seakan jaguh
dalam memperkenalkan budaya yang tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan kita
sebagai seorang Islam.


Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini?

Marilah kita sama-sama memikirkan jalan penyelesaiannya. Mungkin
ada pendapat yang bernas dari netters yang lain??

Hukuman/denda dikenakan kepada yang melakukan persetubuhan (sah) di bulan Ramadhan

Salam..

Berhubung dengan persoalan yang telah saya kemukakan sebelum ini, saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hukuman atau denda yang dikenakan oleh Islam kepada orang yang melakukan hubungan intim (yang sah) semasa dalam puasa di bulan Ramadhan.

1) Apakah hukuman yang dikenakan kepada lelaki dan juga perempuan yang melakukan hubungan tersebut?

2) Macam mana hendak melakukan hukuman tersebut, contohnya yang melibatkan puasa 2 bulan.. macam mana niat untuk puasa tersebut?

3) Bolehkan wang digunakan sebagai ganti untuk secupak makanan asasi dan wang tersebut diberikan kepada pihak tertentu contohnya pihak masjid, majlis-majlis agama untuk mereka serahkan kepada fakir miskin atau senasib?

4) Adakah ada hukuman tambahan andai tidak sempat 'membayar' hukuman tersebut dalam tahun pertama membuat kesalahan, maksudnya telah sampai ramadhan yang kedua dan seterusnya (puasa yang ditinggalkan telah diganti cuma denda sahaja yang belum dilaksanakan)?

Jawapan :

Persetubuhan yang dilakukan dengan sengaja dalam keadaan berpuasa adalah dikenakan kaffarah iaitu :

- Memerdekakan seorang hamba jika mampu dan ada.

- Berpuasa 2 bulan berturut-turut

- Mengeluarkan 60 cupak beras jika tidak mampu berpuasa.

2. Niat puasa kaffarah hendaklah dilakukan pada malam hari kerana ia termasuk dalam puasa yang wajib.

Niatnya ialah :

" Sahaja aku puasa kaffarah esok hari kerana Allah".

3. Boleh diberikan kepada pihak masjid atau umpamanya jika saudara yakin kaffarah tersebut boleh disampaikan ke dada fakir miskin. Untuk lebih mudah bayar kepada Lembaga Zakat.

4. Seelok-eloknya hendak bayar kaffarah tersebut dengan segera dan diqada' sehari puasanya secepat mungkin seelum sampai tahun yang berikutnya. Jika melangkau ke tahun yang berikutnya maka dia wajib mengqada' sehari puasanya dan membayar secupak beras fidyah dan 60 cupak beras kaffarah.

Hubungan Seksual Suami Isteri

Pertanyaan:


Sebagaimana diketahui, bahwa seorang Muslim tidak boleh malu
untuk menanyakan apa saja yang berkaitan dengan hukum
agama, baik yang bersifat umum maupun pribadi.


Oleh karena itu, izinkanlah kami mengajukan suatu pertanyaan
mengenai hubungan seksual antara suami-istri yang
berdasarkan agama, yaitu jika si istri menolak ajakan
suaminya dengan alasan yang dianggap tidak tepat atau tidak
berdasar. Apakah ada penetapan dan batas-batas tertentu
mengenai hal ini, serta apakah ada petunjuk-petunjuk yang
berdasarkan syariat Islam untuk mengatur hubungan kedua
pasangan, terutama dalam masalah seksual tersebut?


Jawab:


Benar, kita tidak boleh bersikap malu dalam memahami ilmu
agama, untuk menanyakan sesuatu hal. Aisyah r.a. telah
memuji wanita Anshar, bahwa mereka tidak dihalangi sifat
malu untuk menanyakan ilmu agama. Walaupun dalam
masalah-masalah yang berkaitan dengan haid, nifas, janabat,
dan lain-lainnya, di hadapan umum ketika di masjid, yang
biasanya dihadiri oleh orang banyak dan di saat para ulama
mengajarkan masalah-masalah wudhu, najasah (macam-macam
najis), mandi janabat, dan sebagainya.


Hal serupa juga terjadi di tempat-tempat pengajian Al-Qur'an
dan hadis yang ada hubungannya dengan masalah tersebut, yang
bagi para ulama tidak ada jalan lain, kecuali dengan cara
menerangkan secara jelas mengenai hukum-hukum Allah dan
Sunnah Nabi saw. dengan cara yang tidak mengurangi
kehormatan agama, kehebatan masjid dan kewibawaan para
ulama.


Hal itu sesuai dengan apa yang dihimbau oleh ahli-ahli
pendidikan pada saat ini. Yakni, masalah hubungan ini, agar
diungkapkan secara jelas kepada para pelajar, tanpa ditutupi
atau dibesar-besarkan, agar dapat dipahami oleh mereka.


Sebenarnya, masalah hubungan antara suami-istri itu
pengaruhnya amat besar bagi kehidupan mereka, maka hendaknya
memperhatikan dan menghindari hal-hal yang dapat menyebabkan
kesalahan dan kerusakan terhadap kelangsungan hubungan
suami-istri. Kesalahan yang bertumpuk dapat mengakibatkan
kehancuran bagi kehidupan keluarganya.


Agama Islam dengan nyata tidak mengabaikan segi-segi dari
kehidupan manusia dan kehidupan berkeluarga, yang telah
diterangkan tentang perintah dan larangannya. Semua telah
tercantum dalam ajaran-ajaran Islam, misalnya mengenai
akhlak, tabiat, suluk, dan sebagainya. Tidak ada satu hal
pun yang diabaikan (dilalaikan).


1. Islam telah menetapkan pengakuan bagi fitrah manusia dan
dorongannya akan seksual, serta ditentangnya tindakan
ekstrim yang condong menganggap hal itu kotor. Oleh karena
itu, Islam melarang bagi orang yang hendak menghilangkan dan
memfungsikannya dengan cara menentang orang yang berkehendak
untuk selamanya menjadi bujang dan meninggalkan sunnah Nabi
saw, yaitu menikah.


Nabi saw. telah menyatakan sebagai berikut:


"Aku lebih mengenal Allah daripada kamu dan aku lebih
khusyu, kepada Allah daripada kamu, tetapi aku bangun malam,
tidur, berpuasa, tidak berpuasa dan menikahi wanita. Maka,
barangsiapa yang tidak senang (mengakui) sunnahku, maka dia
bukan termasuk golonganku."


2. Islam telah menerangkan atas hal-hal kedua pasangan
setelah pernikahan, mengenai hubungannya dengan cara
menerima dorongan akan masalah-masalah seksual, bahkan
mengerjakannya dianggap suatu ibadat. Sebagaimana keterangan
Nabi saw.:


"Di kemaluan kamu ada sedekah (pahala)." Para sahabat
bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah ketika kami bersetubuh
dengan istri akan mendapat pahala?" Rasulullah saw.
menjawab, "Ya. Andaikata bersetubuh pada tempat yang
dilarang (diharamkan) itu berdosa. Begitu juga dilakukan
pada tempat yang halal, pasti mendapat pahala. Kamu hanya
menghitung hal-hal yang buruk saja, akan tetapi tidak
menghitung hal-hal yang baik."


Berdasarkan tabiat dan fitrah, biasanya pihak laki-laki yang
lebih agresif, tidak memiliki kesabaran dan kurang dapat
menahan diri. Sebaliknya wanita itu bersikap pemalu dan
dapat menahan diri.


Karenanya diharuskan bagi wanita menerima dan menaati
panggilan suami. Sebagaimana dijelaskan dalam hadis:


"Jika si istri dipanggil oleh suaminya karena perlu, maka
supaya segera datang, walaupun dia sedang masak." (H.r.
Tirmidzi, dan dikatakan hadis Hasan).


Dianjurkan oleh Nabi saw. supaya si istri jangan sampai
menolak kehendak suaminya tanpa alasan, yang dapat
menimbulkan kemarahan atau menyebabkannya menyimpang ke
jalan yang tidak baik, atau membuatnya gelisah dan tegang.


Nabi saw. telah bersabda:


"Jika suami mengajak tidur si istri lalu dia menolak,
kemudian suaminya marah kepadanya, maka malaikat akan
melaknat dia sampai pagi." (H.r. Muttafaq Alaih).


Keadaan yang demikian itu jika dilakukan tanpa uzur dan
alasan yang masuk akal, misalnya sakit, letih, berhalangan,
atau hal-hal yang layak. Bagi suami, supaya menjaga hal itu,
menerima alasan tersebut, dan sadar bahwa Allah swt. adalah
Tuhan bagi hamba-hambaNya Yang Maha Pemberi Rezeki dan
Hidayat, dengan menerima uzur hambaNya. Dan hendaknya
hambaNya juga menerima uzur tersebut.


Selanjutnya, Islam telah melarang bagi seorang istri yang
berpuasa sunnah tanpa seizin suaminya, karena baginya lebih
diutamakan untuk memelihara haknya daripada mendapat pahala
puasa.


Nabi saw. bersabda:


"Dilarang bagi si istri (puasa sunnah) sedangkan suaminya
ada, kecuali dengan izinnya." (H.r. Muttafaq Alaih).


Disamping dipeliharanya hak kaum laki-laki (suami) dalam
Islam, tidak lupa hak wanita (istri) juga harus dipelihara
dalam segala hal. Nabi saw. menyatakan kepada laki-laki
(suami) yang terus-menerus puasa dan bangun malam.


Beliau bersabda:


"Sesungguhnya bagi jasadmu ada hak dan bagi keluargamu
(istrimu) ada hak."


Abu Hamid Al-Ghazali, ahli fiqih dan tasawuf dalam kitab
Ihya' mengenai adab bersetubuh, beliau berkata:


"Disunnahkan memulainya dengan membaca Bismillahirrahmaanir-
rahiim dan berdoa, sebagaimana Nabi saw. mengatakan:


"Ya Allah, jauhkanlah aku dan setan dan jauhkanlah setan dari
apa yang Engkau berikan kepadaku'."


Rasulullah saw. melanjutkan sabdanya, "Jika mendapat anak,
maka tidak akan diganggu oleh setan."


Al-Ghazali berkata, "Dalam suasana ini (akan bersetubuh)
hendaknya didahului dengan kata-kata manis, bermesra-mesraan
dan sebagainya; dan menutup diri mereka dengan selimut,
jangan telanjang menyerupai binatang. Sang suami harus
memelihara suasana dan menyesuaikan diri, sehingga kedua
pasangan sama-sama dapat menikmati dan merasa puas."


Berkata Al-Imam Abu Abdullah Ibnul Qayyim dalam kitabnya
Zaadul Ma'aad Fie Haadii Khainrul 'Ibaad, mengenai sunnah
Nabi saw. dan keterangannya dalam cara bersetubuh.
Selanjutnya Ibnul Qayyim berkata:


Tujuan utama dari jimak (bersetubuh) itu ialah:


1. Dipeliharanya nasab (keturunan), sehingga mencapai jumlah
yang ditetapkan menurut takdir Allah.


2. Mengeluarkan air yang dapat mengganggu kesehatan badan
jika ditahan terus.


3. Mencapai maksud dan merasakan kenikmatan, sebagaimana
kelak di surga.


Ditambah lagi mengenai manfaatnya, yaitu: Menundukkan
pandangan, menahan nafsu, menguatkan jiwa dan agar tidak
berbuat serong bagi kedua pasangan. Nabi saw. telah
menyatakan:


"Yang aku cintai di antara duniamu adalah wanita dan
kewangian."


Selanjutnya Nabi saw. bersabda:


"Wahai para pemuda! Barangsiapa yang mampu melaksanakan
pernikahan, maka hendaknya menikah. Sesungguhnya hal itu
menundukkan penglihatan dan memelihara kemaluan."


Kemudian Ibnul Qayyim berkata, "Sebaiknya sebelum
bersetubuh hendaknya diajak bersenda-gurau dan menciumnya,
sebagaimana Rasulullah saw. melakukannya."


Ini semua menunjukkan bahwa para ulama dalam usaha mencari
jalan baik tidak bersifat konservatif, bahkan tidak kalah
kemajuannya daripada penemuan-penemuan atau pendapat masa
kini.


Yang dapat disimpulkan di sini adalah bahwa sesungguhnya
Islam telah mengenal hubungan seksual diantara kedua
pasangan, suami istri, yang telah diterangkan dalam
Al-Qur'anul Karim pada Surat Al-Baqarah, yang ada
hubungannya dengan peraturan keluarga.


Firman Allah swt.:


"Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa, bercampur
dengan istri-istri kamu; mereka itu adalah pakaian bagimu,
dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui
bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu,
Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka
sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah
ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah kamu, hingga
jelas bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar.
Kemudian, sempurnakanlah puasa itu sampai malam, (tetapi)
janganlah kamu campuri mereka itu, sedangkan kamu beriktikaf
dalam masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu
mendekatinya ..." (Q.s. Al-Baqarah: 187).


Tidak ada kata yang lebih indah, serta lebih benar, mengenai
hubungan antara suami-istri, kecuali yang telah disebutkan,
yaitu:


"Mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah
pakaian bagi mereka." (Q.s. Al-Baqarah 187).


Pada ayat lain juga diterangkan, yaitu:


"Mereka bertanya kepadamu tentang haid, katakanlah: Haid itu
adalah suatu kotoran. Oleh sebab itu, hendaklah kamu
menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah
kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka
telah suci maka campurilah mereka itu di tempat yang
diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai
orang-orang yang bertobat dan menyukai orang-orang yang
menyucikan diri.


Istri-istrimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok
tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok tanammu itu
dengan cara bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah
(amal yang baik) untuk dirimu, dan takwalah kamu kepada
Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemuiNya. Dan
berilah kabar gembira bagi orang-orang yang beriman." (Q.s.
Al-Baqarah: 222-223).


Maka, semua hadis yang menafsirkan bahwa dijauhinya yang
disebut pada ayat di atas, hanya masalah persetubuhan saja.
Selain itu, apa saja yang dapat dilakukan, tidak dilarang.


Pada ayat di atas disebutkan:


"Maka, datangilah tanah tempat bercocok tanammu dengan cara
bagaimanapun kamu kehendaki." (Q.s. Al-Baqarah: 223).


Tidak ada suatu perhatian yang melebihi daripada disebutnya
masalah dan undang-undang atau peraturannya dalam
Al-Qur'anul Karim secara langsung, sebagaimana diterangkan
di atas.


Kewajipan Bersetubuh Suami Isteri

Agama Islam telah menetapkan kewajipan suami iaitu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya. Kewajipan nafkah zahir itu umpamanya memberinya makan, minum, pakaian, perhiasan dan sebagainya. Sedang nafkah batin adalah mengisi dan memuaskan keperluan seksual isteri.


Bagi suami yang mempunyai isteri lebih dari satu maka berkewajipan menggilir isterinya itu menurut kesepakatan mereka bersama. Dan kesempatan itu tidak boleh diingkari. Dengan ketentuan seperti itu menunjukkan bahawa suami mempunyai kewajipan memenuhi hajat seksual isterinya.


Begitu juga sebaliknya, seorang isteri pun mempunyai kewajipan melayani hajat seksual suaminya. Isteri tidak boleh menolak bila pada suatu saat ia diperlukan suaminya untuk berhubungan kelamin. Dan ini memang tugas bagi setiap isteri, sebagai imbalan jerih payah suami yang telah dengan sukarelanya memenuhi kewajipan yang dibebankan kepadanya dalam perkahwinan.


Dengan adanya kewajipan yang timbal balik antara suami isteri maka dapatlah di penuhi kewajipan seksual masing-masing dengan bersetubuh. Dengan demikian tidak akan terjadi kesimpang siuran di dalam memenuhi hajat mereka berdua. Seperti halnya pada suatu waktu suami mengajak isterinya bersetubuh. Akan tetapi ajakannya itu ternyata ditolak.


Demikian pula ada kalanya seorang isteri mengajak suaminya berhubungan kelamin, tetapi ajakan itu ditolaknya. Kalau hal ini berterusan, pasti terjadi kekecewaan dari pihak isteri.


Mengapa sampai terjadi hal seperti itu? Ada dua penyebabnya yang tidak difahami oleh suami isteri iaitu:


a) Kerana suami atau isteri tidak mengetahui tanda-tanda bila biasanya masa berahi keduanya datang. Suami tidak mengetahui tanda dan masa berahi isterinya. Demikian pula isteri tidak mengetahui tanda dan masa berahi suaminya.


b) Suami atau isteri tidak mengetahui kemampuan bersetubuh dari ‘partner’nya masing-masing. Suami tidak mengetahui kemampuan bersetubuh isterinya. Begitu juga isteri tidak mengetahui kemampuan bersetubuh suaminya.


Apabila kedua penyebab itu dapat diketahui oleh kedua belah pihak, maka tidak akan terjadi kesalahfahaman antara keduanya; kerana tidak ada unsur paksaan atau perasaan terpaksa di dalam setiap hubungan seks. Kedua unsur itu dapat menjadi hambatan dalam mencapai keharmonian dalam rumah tangga.


Berapa kalikah suami mampu mengadakan hubungan seks dalam seminggu atau sebulan? Tidak ada jawapan yang tepat mengenai soal ini. Semua orang yang tergolong ahli dalam bidang seksual tidak ada yang menyimpulkan secara tepat. Sesungguhnya bilangan yang normal tidak ada, semuanya berbeza-beza antara satu dengan yang lain. Ada orang yang melakukan hubungan seks sekali pada setiap malam. Ada yang melakukannya dua hari sekali, ada yang setiap tiga hari sekali, ada yang melakukannya sekali dalam seminggu, bahkan ada yang melakukannya 3-4 kali dalam sebulan.


Tegasnya tidak ada bilangan yang tetap dalam hal ini kerana kemampuan seksual tidak boleh diukur dari wujud fizik, umpamanya ukuran zakar. Akan tetapi bergantung dari kemampuannya memprodusi air mani, kesihatan badan, makanan yang cukup vitamin, cukup istirehat, perasaan selalu gembira, pengaruh rangsangan-rangsangan yang erotis dan sebagainya. Kesemua itu dapat mempengaruhi kemampuan bersetubuh seseorang.


Begitu juga kemampuan seksual menjadi menurun bila terjadi gangguan penyakit, dalam keadaan lapar, bekerja berat, dalam penderitaan, ketegangan-ketegangan perasaan dan lain sebagainya. Oleh sebab itu tidak ada ketentuan waktu yang boleh digunakan sebagai jadual bersetubuh.


Agama Islam membenarkan kahwin dengan empat orang wanita. Ketentuan itu tentu erat sekali hubungannya dengan kemampuan seksual seseorang. Kerana empat orang wanita yang dikahwininya itu tentu menuntut nafkah batin kepada suaminya. Dengan demikian, ia wajib menggilir isterinya itu selama empat hari dalam seminggu. Jadi melihat peraturan Islam yang demikian, kemungkinan besar secara alamiah rata-rata manusia itu mempunyai kekuatan atau kemampuan senggama empat kali dalam seminggu.


Mengenai bila datangnya masa berahi wanita, pengetahuan ini memang perlu diketahui oleh setiap wanita sebab mengajak isterinya bersetubuh di saat-saat ia tidak ada ghairah seksual, hasilnya tentu tidak memuaskan kerana hubungan seks yang dilakukan keduanya atas dasar suka sama suka dan saling hajat-menghajatkan. Ertinya di dalam batin isterinya tidak ada kehendak untuk menolak. Di sinilah perlunya seorang suami yang dapat mengetahui masa berahi isterinya.


Menurut Marshall dalam Physiology of Reproduction, dia menulis “Masa bangkitnya nafsu berahi wanita pada umumnya sehabis menstruasi (haid)”. Sedang menurut Ellis adalah sebaliknya iaitu sebelum datangnya masa haid, hanya kadang-kadang saja nafsunya memuncak sehabis haid.


Pada tahun 1918 Marie Stopes dalam bukunya yang popular Married Love mengatakan bahawa rata-rata nafsu seks wanita menjadi naik dan mencapai puncaknya dua kali dalam sebulan. Iaitu satu kali dalam dua minggu, sedang pada waktu haid nafsu itu turun serendah-rendahnya. Dari ketentuan-ketentuan yang diberikan oleh Marie Stopes itu, maka pada tahun 1919 Dr Havelok Ellis membuat kesimpulan sebagai berikut:


i.Pada wanita memang ada gelombang syahwat yang teratur, yang sejalan dengan gelombang haid.

ii.Ada dua puncaknya yang tertinggi pada gelombang itu.


Dari berbagai pendapat di atas itu, kiranya ada satu pendapat yang agaknya bersesuaian dengan firmah Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:


“Maka apabila mereka telah suci (dari haid) maka datangilah mereka dengan cara yang diperintahkan Allah kepada kalian”.


(Al-Quran, Surah Al Baqarah Ayat 222)


Tatasusila Bersetubuh Suami Isteri

Lelaki wanita yang hidup dalam perkahwinan tentu mengharapkan anak dari hasil hubungan seks antara suami isteri. Tentunya anak yang sihat, cerdas dan berbakti kepada orang tuanya serta taat menjalankan ibadah kepada Allah Taala. Anak yang demikian ini disebut anak yang soleh yang menjadi dambaan bagi setiap orang tua.


Terbentuknya anak menjadi orang yang soleh di samping unsur pendidikan, juga perilaku orang tuanya sewaktu melakukan persetubuhan akan menentukan corak keperibadian anaknya. Oleh sebab itu agama Islam telah memberi tuntutan yang sangat tepat baik ditinjau dari segi kesihatan ataupun moral.


Bimbingan Islam itu antara lain adalah:


Mandi terlebih dahulu bagi suami. Faedahnya adalah membersihkan badan dari semua kotoran dan bau yang kurang sedap, di samping untuk menguatkan syahwat. Cara ini sungguh sangat hygenis kerana badan telah dibersihkan dari segala macam bibit penyakit terutama pada bahagian alat kelamin.
Dari hadis riwayat Abu Daud telah disebutkan dan bererti:


“Sesungguhnya Rasullulah s.a.w. telah mengitari (menggilir) isteri-isterinya dalam suatu malam. Maka beliau mandi pada setiap isterinya satu kali. Kemudian saya bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana sekiranya engkau mandi satu kali sahaja?” Lalu beliau menjawab. “Demikian inipun lebih bersih dan suci’.


b) Berwuduk sebelum bersenggama. Berwuduk ini dilakukan setelah mandi, gunanya adalah untuk membersihkan hadas kecil. Orang yang bersetubuh dalam keadaan suci lahir dan batinnya, lebih tenang dan tenteram daripada bersetubuh dalam keadaan kotor. Wuduk ini lebih ditekankan lagi sewaktu melakukan hubungan seks untuk yang kedua atau ketiga kalinya dalam satu malam. Faedahnya juga untuk menguatkan kelamin dan kebersihan. Sebagaimana tersebut dalam hadis riwayat Muslim yang bersumber dari Abu Said al Khudri, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya, kemudian ia berkehendak mengulangi lagi, maka hendaklah ia berwuduk”.


c) Sewaktu mendekati isterinya ucapkanlah salam sebagai tanda kasih sayang. Salam mesra ini amat berpengaruh dalam jiwa isteri untuk membangkitkan ghairah seksnya serta perasaan menyerah setulus hati.


d) Ucapan salam harus disambut isterinya dengan ucapan mesra pula sebagai dorongan agar suaminya benar-benar dapat melaksanakan tugasnya dengan baik serta memuaskan.


e) Selepas kedua-duanya saling mengucapkan salam, suami boleh meneruskan acara itu dengan membelai rambut isterinya serta menciumnya tiga kali sebagai ciuman kasih sayang seraya mengucapkan selawat nabi tiga kali. “Allahumma Shalli `Alaa Muhammad”. Ucapan selawat ini sebagai satu usaha agar persetubuhan ini mendapat berkat dan diredhai Allah. Sebagaimana disebutkan dalam hadis Qudsi yang bersumber dari Abdur Rahman bin Auf, Allah telah berfirman kepada Rasulullah s.a.w. yang ertinya: “Barangsiapa mengucapkan salam kepadamu, nescaya Aku (Allah) memberi kesejahteraan kepadanya Dan barangsiapa membaca selawat kepadamu, nescaya Aku memberi rahmat kepadanya”.


f) Menjelang akan dilakukannya persetubuhan suami hendaklah membaca doa puji-pujian kepada Allah agar dianugerahi anak yang soleh, taat kepada Allah dan mahu berbakti kepada orang tuanya.


g) Hendaklah mandi selesai bersetubuh. Tidak seperti mandi ketika bersetubuh, mandi terakhir ini hukumnya wajib, baik mengeluarkan mani ataupun tidak. Kewajipan mandi ini sungguh merupakan tindakan kebersihan dan kesihatan sebab keletihan dan kelelahan badan waktu bersetubuh perlu penyegaran kembali.


Biasanya setelah malam harinya melakukan persetubuhan, maka pada pagi harinya badan terasa lesu, malas dan timbul berbagai perasaan yang bukan-bukan. Timbulnya kelesuan badan itu tiada lain kerana keletihan saraf-saraf di seluruh badan akibat keluarnya air mani dari dalam tubuh yang memerlukan tenaga. Sehubungan dengan itu, Islam telah mewajibkan kepada umatnya untuk mandi setiap kali mengeluarkan air mani atau sehabis bersetubuh. Maka terasalah badan segar kembali, timbul vitaliti baru, hilang rasa ngilu, fikiran berjalan normal seperti sediakala dan sebagainya.


Mengenai perintah mandi wajib setelah bersetubuh itu tersimpul dalam hadis nabi riwayat Bukhari dan Muslim yang bersumber dari Abu Hurairah iaitu bermaksud:


“Apabila ia duduk di antara empat anggotanya (dua tangan dan dua kaki) kemudian ia kerjakan dia (perempuan) maka sesungguhnya wajiblah mandi”.


Selanjutnya timbul pertanyaan pada kita apakah boleh melihat aurat semasa melakukan persetubuhan?


Pengertian aurat dalam Islam ialah bahagian-bahagian tubuh baik lelaki mahupun perempuan yang haram dilihat oleh orang yang bukan muhrimnya atau suami isteri sendiri. Aurat orang lelaki terdapat di bahagian tubuh antara pusat hingga lutut. Sedang aurat perempuan meliputi seluruh tubuhnya. Bahagian-bahagian aurat ini sama sekali tidak boleh dilihat oleh sesiapapun kecuali oleh muhrimnya atau suami isterinya sendiri. Kerana aurat tidak boleh dilihat, wajiblah aurat itu ditutup dengan pakaian yang sopan.


Aurat mempunyai pengaruh tersendiri pada pandangan mata. Ia punya daya rangsangan yang boleh membangkitkan nafsu berahi seseorang. Hanya dengan melihat aurat, orang lelaki boleh tegang batang zakarnya. Begitu pula orang perempuan timbul nafsu berahinya kerana melihat aurat orang lelaki. Begitulah aurat yang agama Islam sangat dihormati, yang harus ditutup dari pandangan mata kecuali oleh suaminya, isterinya atau muhrimnya sendiri.


Firman Allah Taala:


“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”.


(Al Quran Surah An Nur Ayat 30)

Lagi firman Allah Taala:


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka”.


(Al Quran, Surah An Nur Ayat 31)


“Tidaklah boleh orang lelaki melihat aurat orang lelaki dan tidak boleh orang perempuan melihat kepada aurat orang perempuan. Tidak boleh pula orang lelaki berselimut dengan orang lelaki dalam satu kain. Tidak boleh orang perempuan berselimut dengan orang perempuan dalam satu kain”.


(Hadis riwayat Muslim dari Abu Said r.a)


Sabda Rasulullah s.a.w.:


“Janganlah kamu perlihatkan pehamu, dan janganlah kamu melihat peha orang hidup dan jangan pula peha orang mati”.


(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)


Jelaslah, melihat aurat antara sesama jenis atau lain jenis dilarang oleh agama kecuali yang melihat itu muhrimnya atau suami isterinya sendiri, bagi suami isteri yang ingin meningkatkan ghairah seksualnya dalam cumbu rayu, tentu melihatnya diperbolehkan.


Walaupun demikian ada batasan bagi suami isteri melihat aurat iaitu faraj atau vagina, maka melihatnya dilarang. Bahkan di dalam hadis disebutkan alasan mengapa dilarang melihat vagina (kemaluan wanita). Rasulullah s.a.w. bersabda yang ertinya:


“Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka janganlah ia melihat faraj (kemaluannya) kerana sesungguhnya yang demikian itu menyebabkan buta”.


Adakah maksud melihat faraj itu menyebabkan kebutaan? Kiranya belum ada ketentuan yang pasti secara ilmiah yang membenarkannya. Sebab betapa pun jorok faraj itu, akan tetapi faraj tidak mengeluarkan zat atau gas-gas yang boleh membutakan. Jadi secara medis melihat faraj itu tidak membahayakan mata.


Mengapa hadis menyebutkan begitu? Allahlah yang Maha Mengetahui. Akan tetapi yang jelas faraj merupakan anggota kelamin wanita yang sangat dihormati, siapa pun wanitanya. Bahkan wanita primitif-primitif yang belum mengenal kebudayaan pun tidak lupa menutup kemaluan mereka walaupun anggota-anggota badan lainya tetap dibiarkan terbuka bebas. Mereka mempunyai perasaan malu jika kemaluannya dilihat orang lain.


Secara alamiah memberi petunjuk betapa kemaluan wanita itu merupakan anggota kelamin yang terhormat, yang tidak boleh dijadikan tontonan dan dipertontonkan.


Hendaklah ingat, bahawa wanita mempunyai sifat pemalu, lebih pemalu daripada lelaki. Malu sebagai salah satu unsur penghalang timbulnya dorongan seksual. Jadi kalau suami akan bersetubuh kemudian merayu isterinya sambil melihat kelaminnya pastilah ghairah seksual isterinya akan turun secara drastik kerana didesak oleh rasa malunya. Oleh itu tidak berfaedah sama sekali usaha merayu isterinya yang justeru mengharapkan kepuasan dalam hubungan seks.


Di samping itu melihat kelamin wanita atau isterinya biasa menimbulkan akibat lain. Iaitu kemungkinan nafsunya akan cepat terangsang sehingga menimbulkan hajat yang tidak terbendung lagi. Jadi belum lagi ia merayu isterinya yang belum siap melakukan hubungan seks, ia sudah terburu-buru memaksa isterinya untuk melayani nafsunya. Sehingga benar-benar butalah hatinya, ia tidak lagi memikirkan keperluan seks isterinya melainkan hanya keperluan dirinya yang dikejar untuk mencapai kepuasan. Memang benar-benar buta ia iaitu buta hatinya.


Dengan kenyataan seperti di atas, maka kemungkinan besar larangan melihat kelamin wanita yang terdapat dalam hadis di atas merupakan tindakan moral saja agar setiap orang tidak begitu gelabah melihat kelamin wanita. Jadi buta yang dimaksudkan di dalam hadis tentunya dapat diertikan sebagai buta hati, bukan buta mata yang sesungguhnya.


Islam telah menuntut umatnya ke jalan yang benar, hidup yang benar, hubungan kelamin yang benar, dalam redha Allah. Yang demikian itu dimaksudkan agar semua umatnya selalu memegang prinsip yang benar dalam semua segi kehidupannya, termasuk kehidupan seksnya.

Rahsia Seks Wanita

Meskipun bernafsu untuk seks tetapi tidak ramai wanita yang sanggup meluahkan hasrat tersebut. Sifat malu yang menebal dalam diri wanita menyebabkan mereka mengharapkan suami ‘faham-faham’ sendiri kehendak ini. Namun realitinya, sungguhpun lama hidup berumahtangga suami ataupun kaum lelaki kadangkala masih tidak dapat meneka bila isteri mahukan hubungan seks. Para suami, jangan biarkan ini berlaku, baca artikel di bawah untuk mengetahui bila situasinya isteri menginginkan hubungan seks.

BILA BERJAUHAN DENGAN PASANGAN

Apabila suami meninggalkan isteri berhari-hari untuk ke luar daerah, masa tidur di ranjang bersendirianlah yang akan membangkitkan ghairah isteri untuk berjimak. Ketika ini isteri mungkin akan teringat-ingat waktu dirinya sedang bermesra dengan suami, yang seterusnya akan membuatkan nafsunya untuk seks membuak-buak. Tidak hairanlah bila suami pulang, isteri akan melakukan sesuatu yang akan membawa suami mereka terus ke ranjang.

WAKTU SUBUR
Setiap wanita punya waktu suburnya iaitu hari ke-14 selepas kedatangan haid. Ketika itu waktu subur atau ovulasi, nafsu wanita terhadap seks memang tinggi. Tanpa rangsangan syahwat yang hebat sekalipun isteri akan tetap terangsang untuk seks, malah mungkin ada isteri yang terlebih dahulu memulakan langkah merangsang suami untuk berasmara denganya. Pihak suami tidak perlulah hairan dgn situasi ini atau menganggap isteri ‘buang tebiat’ kerana ini sememangnya sudah menjadi kitaran semulajadi kaum wanita. Apa yang perlu dilakukan cuma mengambil kesempatan terhadap waktu ini.

Mencari G-Spot

Bagaimanakah caranya mencari G-Spot? Inginkan panduan? Sila rujuk di sini atau sila baca artikel G-spot ini (18sx* - untuk mereka yang sah di sisi undang-undang untuk melayari laman ini sahaja).

Foreplay

Apakah wilayah yang penting sebagai pembangkit kehangatan sebelum menikmati hubungan intim?

  • Dahi - Minta teman anda menghembuskan nafas sehingga terasa kehangatannya. Cium dengan penuh romantis

  • Leher - Mulakan dengan mencium dagu, kemudian dengan belaian cium leher belakangnya.

  • Telinga - Usap telinga pasangan anda dengan lidah.

  • Bibir - Cium perlahan-lahan dan dengan lama.

  • Mulut - Beri ciuman french kiss yang mengejutkan!