
1. Usia

SAYA baru berkahwin pada September 2011. Untuk makluman doktor sebelum berkahwin saya mengalami masalah senggugut yang sangat teruk.
Saya sering mengambil ubat tahan sakit apabila mengalami senggugut yang teruk semasa haid. Bagaimanapun selepas saya berkahwin saya kurang mengalami masalah sakit senggugut.
Saya ingin tahu mengapa darah keluar apabila saya bersama suami. Suami saya juga bimbang perkara ini memandangkan apabila kami bersama saja, darah keluar. Apakah punca keadaan ini?
DIANA,
Perak.
DUA masalah anda ini mungkin tidak berkaitan. Pendarahan selepas bersama sering berpunca dari kawasan yang disentuh sewaktu hubungan seks iaitu faraj dan permukaan pintu rahim (serviks). Anda dinasihati berjumpa doktor untuk pemeriksaan dalaman.
Menggunakan alat spekulum yang dimasukkan ke dalam faraj, doktor dapat melihat secara langsung keadaan permukaan faraj dan pintu rahim luar (ektoserviks) sama ada terdapat luka dan seumpamanya. Kadangkala ia disebabkan luka pada selaput dara sahaja, lebih-lebih lagi jika anda berasa pedih atau sakit apabila suami baru memulakan penetrasi zakar.
SAYA disahkan menghidap kanser otot sebesar 12 sentimeter dan kanser saya tidak boleh dibuang.
Adakah saya boleh hamil? Jika boleh, apakah ia akan memudaratkan diri saya dan kandungan?
CIK INTAN,
Kuala Lumpur
ANDA tidak menyatakan istilah perubatan bagi kanser anda. Saya jangkakan anda mengalami kanser jenis otot skeletal (rhabdomyosarcoma).
Anda pasti sudah berbincang dengan doktor anda mengenai hal ini. Malah, lazimnya sudah ada sekumpulan doktor pakar bidang tertentu yang merawat serta berbincang mengenai keadaan anda serta menjangkakan kemajuan anda.
Ini termasuk maklumat seperti jenis kanser, pering�kat kanser, tempoh sejak dikesan, sama ada kanser ini pertama kali atau berulang, lokasi kanser serta keadaan kesihatan anda sekarang.
Anda juga mungkin ada diberikan pilihan rawatan yang lain sama ada kemoterapi atau radioterapi serta bagaimana keadaan kanser atau respons setelah tamat rawatan terbabit.
Terdapat laporan pesakit kanser sebegini yang dikesan sewaktu mereka hamil, ada juga laporan pesakit yang sudah selesai menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi kemudian hamil serta selamat melahirkan.
Setiap kes kanser tidak semestinya sama dengan kes yang dilihat serupa.
SAYA berusia 34 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan berumur empat tahun. Untuk pengetahuan doktor, anak pertama saya lahir pada minggu ke-26 dan doktor memaklumkan kelahiran awal ini disebabkan jangkitan kuman. Saya diberitahu mempunyai GBS.
Anak kedua juga lahir awal iaitu pada minggu ke-24 de�ngan selamat tetapi memerlukan ventilator dan dimasukkan ke dalam inkubator. Bagaimana�pun, anak saya meninggal selepas enam hari kerana jangkitan dan pendarahan otak. Doktor memaklumkan kepada saya kelahiran awal kali ini disebabkan Cervical Incompetent. Untuk pengetahuan doktor saya tidak pernah menjalani prosedur D&C.
Saya ingin tahu punca keadaan terbabit dan perlukah saya menjalani HSG kerana doktor menyuruh saya membuat HSG untuk mengetahui keadaan rahim saya sama ada normal atau tidak.
Menurut doktor, jika tidak normal, ia boleh diatasi dengan melakukan pembedahan ke atas rahim supaya kandungan saya seterusnya tidak mengalami masalah yang sama.
FATIMAH,
Kuala Lumpur.
Anda tidak memberi maklumat lanjut mengenai kelahiran anak pertama, misalnya berat bayi, trauma kelahiran yang dialami, penggunaan alat bantuan seperti forceps dan sebainya. Ia mungkin berkaitan dengan penyakit yang diberitahu oleh doktor anda.
Lazimnya ‘inkompetens serviks’ berlaku dalam keadaan kehamilan berikutnya dapat bertahan sedikit lama sebelum mengalami keguguran/kelahiran. Ini berbeza dengan anda kerana kehamilan kedua berakhir lebih awal daripada kelahiran anak pertama. Walau bagaimanapun, langkah berjaga-jaga diambil doktor anda dengan memaklumkan kemungkinan penyakit tersebut supaya dalam kehamilan akan datang, prosedur minor dilakukan untuk ‘mengikat’ pintu rahim bagi membantu menampungnya sekiranya ia inkompetens serviks.
Terdapat beberapa punca lain keguguran/kelahiran yang berlaku dalam semester kedua kehamilan, ini termasuk jang�kitan kuman, keadaan tidak normal dalam rahim, penyakit dalaman dan sebagainya. Ujian HSG dapat memberi gambaran ruangan dalam rahim. Ia mudah, murah dan tidak memerlukan pembiusan. Pilihan lain adalah secara kaedah teropong (histeroskopi) untuk melihat secara langsung dan pada masa sama pembedahan merawat dapat dilakukan. Walau bagaimanapun, ia sejenis pembedahan yang memerlukan pembiusan dan memakan kos lebih tinggi.
SAYA sudah berkahwin dan mempunyai kumpulan darah B+, suami pula daripada kumpulan darah 0-. Adakah saya mempunyai risiko apabila hamil dan kesannya kepada kandungan kelak?
WATINA
Kuala Lumpur
BERLAINAN kumpulan darah (sama ada A, B, AB ataupun O) antara pasangan tidak memberi kesan kepada kesihatan kandungan.
Sebaliknya, berlainan jenis Rhesus boleh memberi kesan.
Terdapat pelbagai jenis antigen Rhesus, yang paling kerap adalah jenis ‘D’ dan ini dinyatakan dalam keputusan kumpulan darah seseorang sebagai ‘+’ ataupun ‘-’.
Contohnya seperti anda, kumpulan darah B+ bermakna kumpulan darah anda B dan Rhesus D anda adalah ‘+’.
Secara prinsip:
SAYA adalah ibu kepada tiga anak dan ketiga-tiga anak saya dilahirkan secara pembedahan. Setelah melakukan pembedahan ketiga, doktor menyuruh saya mengikat saluran peranakan. Saya dan suami bersetuju dan menandatangani borang untuk mengikat saluran peranakan terbabit.
Untuk makluman doktor, saya mempunyai masalah kitaran haid selepas saya melahirkan anak ketiga. Setiap dua bulan baru saya didatangi haid. Haid terakhir saya pada Mei lalu. Ini bermakna sudah tiga bulan saya tidak didatangi haid dan mula rasa loya.
Saya membuat ujian kehamilan dan ujian itu positif. Saya masih ragu-ragu dan kemudian pergi berjumpa doktor dan membuat imbasan. Doktor juga mengesahkan saya hamil. Adakah risiko kepada saya untuk pembedahan kali keempat disebabkan anak saya yang ketiga baru saja berusia setahun?
Adakah pernah terjadi kes seperti saya iaitu masih boleh hamil lagi setelah mengikat saluran peranakan? Saya harap doktor dapat memberi penerangan mengenai masalah saya ini.
MAS,
Ayer Keroh, Melaka
MEMANG ada kajian yang melaporkan kehamilan setelah menjalani prosedur pembedahan mengikat tiub fallopio. Antara puncanya tiub terbuka atau bercantum semula (bergantung kepada kaedah sama ada klip, cecincin, ‘potong dan ikat bahagian tengah’, ‘potong fimbria’ dan seumpamanya) serta tersalah mengikat organ lain yang menyerupai dan berhampiran iaitu ligamen bulat dan lain-lain.
Kebanyakan doktor akan menghantar bahagian tiub yang dipotong itu (jika ada) ke makmal histologi untuk pengesahan pembedahan dibuat ke atas tiub fallopio dan bukan yang lain.
Pertama, anda hendaklah berjumpa doktor untuk mengesahkan keadaan hamil anda. Kadangkala ujian air kencing boleh memberikan keputusan positif palsu.
Sekiranya disahkan hamil, sama ada secara ujian darah ataupun imbasan ultrabunyi, doktor akan memastikan lokasi kandungan terbabit. Ini kerana risiko kehamilan ektopik (luar rahim) lebih tinggi berbanding wanita yang tidak pernah menjalani pembedahan tiub fallopio.
Sekiranya kehamilan berkenaan berada di dalam rahim dan anda bersetuju sekiranya doktor membuat keputusan selamat untuk meneruskannya, anda hendaklah mengambil beberapa langkah penting berikut:
Menjalani pemeriksaan antenatal secara berjadual.
Mengambil pemakanan berkhasiat dan suplemen bagi memastikan paras hemoglobin darah berada pada tahap optimum, sebaiknya melebihi 13g% bagi menampung sekiranya berlaku komplikasi kekurangan darah kelak.
Memilih untuk bersalin di hospital yang dilengkapi kemudahan kritikal �contohnya kelengkapan pembedahan kecemasan, bekalan darah, unit rawatan rapi ibu dan bayi dan seumpamanya.
Bersedia untuk �kemungkinan bersalin jauh lebih awal daripada yang �terdahulu, mungkin �selewat-lewatnya 36 minggu kehamilan atau lebih awal lagi serta risiko berkaitan kelahiran pramatang.
Mengenali atau �mengambil tahu �mengenai perubahan yang �memerlukan anda segera ke �hospital contohnya �kontraksi rahim yang kerap, pendarahan daripada faraj, sakit ari-ari, pergerakan janin dan seumpamanya.
SAYA menghadapi masalah payudara saya sangat kecil. Ini membuatkan saya malu apatah lagi jika saya mahu berkahwin dengan saiz payudara sebegini.
Adakah sebarang jalan penyelesaian untuk masalah saya ini?
GADIS TERTEKAN
Kuala Lumpur
FAKTOR keturunan dan pemakanan boleh mempengaruhi saiz payudara. Mempunyai payudara kecil tidak bermakna anda tidak dapat menyusukan anak kelak.
Saiz payudara boleh membesar sewaktu kehamilan dan menerusi pengambilan hormon tertentu.
Namun kesan negatif hormon ini untuk jangka masa panjang perlu difikirkan.
Begitu juga pembedahan ada ditawarkan, tetapi biarlah setelah mendapat penjelasan doktor pakar pembedahan plastik.
Lazimnya doktor akan bertanyakan tujuan sebenar pembedahan. Seseorang yang ingin mengubah keadaan atau saiz payudara sama ada ingin membesarkan atau sebaliknya mengecilkan payudara perlu berbincang dengan doktor mengenai tujuan dia ingin berbuat demikian.
Contohnya, pembedahan itu sebagai tarikan seks umum, mengembalikan perhatian seseorang, untuk keyakinan diri dan seumpamanya kerana terdapat kemungkinan saiz payudara yang diperoleh bukanlah seperti yang diharapkan, matlamat masih tidak tercapai serta keyakinan diri masih begitu. Anda juga mungkin ingin mendapat-kan pandangan ulama atau fatwa mengenai hal ini.
SAYA berusia 37 tahun dan sudah berkahwin selama sembilan tahun. Saya pernah menjalani rawatan kesuburan termasuk kaedah permanian berhadas (IUI) beberapa kali namun gagal. Kini saya hamil kali pertama dengan sendiri.
Usia kandungan saya sudah tujuh bulan dan dijangka ber-salin pada 30 November ini.
Kandungan saya didapati tidak bermasalah, tetapi saya bercadang untuk menjalani pembedahan Caesarean kerana bimbang risiko terhadap bayi jika bersalin biasa.
Bolehkah saya memilih tarikh bersalin selain daripada yang diberitahu oleh doktor?
Saya bercadang memilih sama ada 11 November atau 20 November. Adakah sebarang masalah jika saya memilih tarikh terbabit?
MISHA
Kuala Lumpur
MENJADI suatu trend sekarang ibu bapa memilih tarikh tertentu bagi melahirkan anak atas alasan tersendiri misalnya tarikh yang ‘cantik’ dan seumpamanya.
Isu ini perlu dibincang dengan doktor yang lebih mengutamakan keadaan janin serta kesediaan rahim ibu berbanding tarikh.
Lazimnya tarikh jangkaan bersalin dikira berdasarkan kitaran haid wanita 28 hingga 30 hari. Formula itu memberikan tarikh usia kandungan genap 40 minggu dari tarikh haid terakhirnya bermula.
Secara ringkasnya, istilah tarikh jangkaan bersalin (expected date of delivery atau EDD) digunakan untuk mencatat tarikh ini.
Walaupun begitu, EDD yang diberikan hanya sebagai panduan bagi memastikan janin yang dikandung tidak terkurang ataupun terlebih usia kerana ia boleh mengundang masalah.
Malah, kebanyakan ibu hamil (sekitar 90 peratus) selamat bersalin sebelum tarikh jangkaan terbabit. Ini kerana apabila usia kandu-ngan mencukupi 38 minggu, ia sudah dikatakan matang dan selamat dilahirkan.
Sekiranya ibu hamil masih belum bersalin pada tarikh EDD berkenaan, doktor akan menilai semula sama ada kandungan benar-benar sudah 40 minggu, keadaan ibu dan kandungan sama ada selamat untuk diteruskan selama beberapa hari lagi ataupun terpaksa bersalin menggunakan kaedah yang dicadangkan atau dipersetujui.
Pilihan menjalani pembedahan Caesarean perlu dibincang secara teliti dengan doktor mengenai kebaikan dan keburukannya.
Begitu juga dengan pilihan tarikh bersalin ini.
Sekiranya kitaran haid anda antara 28 dan 30 hari dan EDD diberikan pada 30 November ini, kandungan anda baru saja matang (cukup bulan) pada 16 November.
Pada tarikh 11.11.11, kandungan anda baru saja berusia 37 minggu dua hari iaitu masih pramatang (belum cukup bulan) manakala pada 20.11.2011 pula, kandungan anda sudah matang (cukup bulan) iaitu 38 minggu 4 hari.
Kemungkinan ovulasi, persenyawaan dan pembentukan janin berlaku lebih lewat daripada lazim pada waktu itu perlu diambilkira kerana ini bermakna kemungkinan usia janin lebih pramatang. Anda semestinya sedia maklum mengenai komplikasi bayi pramatang.
SAYA berumur 34 tahun dan baru mendirikan rumah tangga pada Mac 2011. Saya mempunyai kitaran haid yang normal tetapi tidak hamil. Sebelum berkahwin, saya banyak mengambil ubat dan pil untuk menurunkan berat badan.
Adakah kerana pengambilan ubat-ubatan ini yang menyebabkan saya sukar mengandung?
ANIE,
Kuala Lumpur
ANDA tidak menyatakan berat badan anda dahulu dan kini. Perubahan berat badan secara mendadak sama ada menurun atau bertambah, boleh menyebabkan gangguan ovulasi juga memberi kesan kepada aturan haid.
Ubat-ubatan yang diambil lazimnya diproses serta dikumuh sama ada di dalam hati atau buah pinggang. Ujian darah fungsi hati dan buah pinggang dapat memberi gambaran keadaan organ berkenaan, tetapi kadangkala kesan negatif hanya dapat diketahui lambat. Bergantung kepada dos yang diambil, ia juga boleh memberi kesan negatif sehingga merosakkan organ berkenaan.
Semudah ubat yang biasa diambil, misalnya bahan paracetamol bagi meredakan demam juga boleh menyebabkan kerosakan hati sekiranya diambil lebih daripada dos yang disahkan.
Ubat-ubatan moden lazimnya mempunyai preskripsi yang turut menyenaraikan kesan baik yang dijangkakan serta kesan �sampingan yang boleh dialami selain mendapat �kelulusan badan pengawalan berkuasa sama ada tempatan mahupun antarabangsa, Kebanyakan produk lain pula hanya menyenaraikan kesan atau kemujarabannya saja bagi menarik minat pelanggan tanpa mengambil berat mengenai kesan negatifnya. Berhati-hatilah sebelum mengamalkan sesuatu bahan.
Dengan usia anda dan tempoh perkahwinan sedemikian, tidak salah jika anda ingin mendapatkan pemeriksaan kesuburan serta mencuba rawatan mudah dahulu, lebih-lebih lagi jika anda didapati mempunyai penyakit berkaitan kesuburan. Jika anda ingin menunggu lebih lama lagi, biarlah tidak sampai melebihi tempoh setahun perkahwinan.
SAYA berusia 21 tahun dan tidak pernah mengalami aliran haid yang teratur. Kadang-kadang, haid saya terhenti selama tiga bulan. Adakalanya haid saya berpanjangan sehingga melebihi 15 hari. Saya juga mengalami senggugut yang melampau. Sejak kebelakangan ini, haid saya terlalu kerap.
Jika dihitung dari hari pertama haid, haid yang seterusnya adalah 18 hari dan berhenti selepas 10 hari dan sekarang, alirannya tetap 18 hari.
Adakah haid yang seterusnya penyakit istihadah dan berbahaya kepada kesihatan?
IDA,
Kuala Lumpur
MASALAH haid sedemikian lambat laun boleh memberikan kesan terhadap kesihatan am tubuh misalnya kekurangan darah (anemia) dan seumpamanya.
Senggugut juga boleh disebabkan penyakit kronik, selain itu ia mengganggu kehidupan serta tugas seharian seseorang. Haid yang normal datang sekali dalam setiap kitaran antara 25 hingga 35 hari.
Haid yang normal �berlangsung hanya sekitar seminggu saja dengan jumlah pendarahan yang sederhana (lazimnya sekitar 40 mililiter). Eloklah anda menjalani pemeriksaan doktor untuk rawatan sebelum ia memberikan kesan lebih teruk.
SAYA berusia 28 tahun dan mempunyai dua anak berusia tiga tahun lapan bulan. Sebelum saya hamil anak kedua, saya kerap mengalami sakit di bahagian payudara dan ketika menjalani pemeriksaan, didapati ada ketulan pada kedua-dua payudara saya.
Doktor menasihatkan agar saya menjalani pembedahan bagi mengenal pasti jenis ketulan sama ada fibroid atau kanser. Tetapi ia terpaksa ditangguhkan memandang�kan ketika itu saya disahkan hamil. Disebabkan bimbang dengan ketulan terbabit, doktor mengambil sampel tisu untuk dibuat ujian dan didapati ketulan itu adalah sejenis fibroid.
Setelah bersalin, saya mendapati ada ‘benjolan’ seakan-akan bisul di bawah ketiak tetapi benjolan itu tidak sakit. Apabila dipicit, ia me�ngeluarkan ‘isi’ dan mempunyai sedikit bau.
‘Bisul’ itu juga akan surut apabila dipicit tetapi bila dibiarkan, ia akan membesar semula. Oleh sebab itu, sehingga kini saya terpaksa memicit untuk mengosongkan isinya. Saya ingin mendapatkan penjelasan doktor berkenaan perkara terbabit.
ZILA,
Kuala Lumpur
ANDA tidak menyatakan sama ada anda menyambung rawatan susulan dengan doktor setelah bersalin menge�nai ketulan pada kedua-dua payudara anda dan pada masa sama mengutarakan persoalan ‘benjolan’ baru pada bahagian ketiak (yang juga masih kawasan payudara).
Mungkin apa yang didapati doktor pada sampel terbabit adalah berjenis fibroadenoma payudara. Anda juga tidak menyatakan apa perubahan yang dialami pada saiz ketulan terbabit, ia mungkin tidak mudah diagak pada payudara ibu yang menyusukan badan.
Benjolan baru itu mungkin hanya liang peluh yang tersumbat. Namun ia juga mungkin benjolan tisu payudara yang perlu diperiksa doktor.
SAYA berusia 27 tahun dan kini hamil anak pertama dengan usia kandungan 14 minggu. Sejak awal kehamilan sehingga kini, saya mengalami gatal-gatal pada hampir seluruh anggota badan seperti badan, payudara, kaki, tangan, belakang badan dan punggung sehingga meng�ganggu aktiviti seharian.
Saya ada berjumpa doktor, doktor hanya memberikan krim sapu tapi keadaan semakin teruk dan kulit saya menjadi seperti kudis dan mengandu�ngi nanah di sekelilingnya.
Apakah punca kegatalan ini dan mengapa ia hadir ketika kehamilan? Adakah ia akan memberi kesan kepada kandungan dan apakah cara rawatan terbaik?
NOR,
Pahang
KADANGKALA ibu hamil mengalami masalah kegatalan pada keseluruhan kulit badan. Kebiasaannya ia disebabkan ‘alahan’ mengandung atas pengaruh hormon.
Elakkan daripada menggaru kerana luka akibat menggaru ini boleh mengundang jangkitan bakteria yang sedia terdapat di permukaan kulit dan udara persekitaran pula.
Krim sapuan yang di�berikan boleh sama ada mengandungi bahan yang membantu kita berasa nyaman dan sejuk untuk mengurangkan kecenderungan kita menggaru.
Terdapat juga krim sapuan yang mengandungi bahan antibakteria sama ada bercampur dengan sedikit bahan steroid atau tidak. Pada masa sama, doktor juga mungkin akan men�jalankan ujian lanjut contohnya ujian darah fungsi hati bagi mengetahui paras bilirubin dalam badan anda.
SAYA berusia 35 tahun dan mempunyai seorang anak berusia enam tahun.
Masalah saya ialah bengkak pada dinding alat kelamin seakan bisul.
Pada mulanya ia bengkak kemerahan dan terasa amat sakit. Saya sudah berjumpa doktor dan dia memberikan saya antibiotik cloxacillin, parpase, asid mefenamic dan krim germacid.
Setelah ubat habis, bengkak masih belum hilang, tetapi rasa sakit sudah berkurangan. Saya berjumpa doktor sekali lagi dan dia hanya memberi antibiotik yang sama.
Hingga sekarang bengkak terbabit masih belum hilang tetapi ia merebak di luar bibir alat kelamin saya.
Untuk pengetahuan doktor, saya membuat tiga kali ujian Pap smear dan ujian terbaru pada Februari 2011. Saya harap doktor dapat membantu masalah saya ini, saya risau dan amat runsing sekali.
LINA
Gombak
ELOKLAH anda berjumpa pakar sakit puan berhampiran untuk kepastian. Kadangkala bengkak yang disangka bisul adalah bengkak lain dan lain pula rawatannya.
Ujian Pap smear hanya menguji keadaan pintu rahim kita, bukannya pada dinding faraj atau bibir kemaluan. Sekiranya ia bisul, doktor sepatutnya sudah boleh mengambil contoh nanah (kerana bisul lazimnya mengandungi nanah) dan dihantar untuk ujian kultur kuman pada kali kedua anda datang mendapatkan rawatan.
SAYA mengambil pil hormon iaitu pil Mercilon sejak berumur 18 tahun kerana masalah haid yang tidak teratur dan pendarahan yang berterusan.
Setelah berjumpa pakar sakit puan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, dia mengesyorkan saya mengambil pil terbabit. Kini saya sudah berumur hampir 24 tahun dan sudah berkahwin.
Saya ingin bertanya, adakah saya akan mengalami masalah sukar hamil? September lalu adalah bulan terakhir saya mengambil pil terbabit dan saya merancang untuk menghentikan pengambilan pil berkenaan mulai Oktober.
Jika masalah haid saya kembali, adakah saya perlu mengambil pil berkenaan semula?
HUMAIRA
Kelantan
JENIS ubatan yang diberikan doktor mengambil kira keadaan semasa seseorang.
Anda diberikan ubat pil perancang kerana pil terbabit mengandungi hormon yang menyerupai hormon kitaran haid wanita, maka diharapkan pengambilannya akan membantu mengatur kembali kitaran haid anda.
Di samping itu, doktor juga lazimnya memeriksa punca masalah kitaran haid anda, sama ada ia berkaitan dengan gangguan pengeluaran telur (dinamakan anovulasi) ataupun masalah lain. Sekiranya ia disebabkan oleh anovulasi, tidak mustahil masalah ini masih ada dan memberi kesan kepada kesuburan anda, bukannya disebabkan oleh pil berkenaan.
Lazimnya kesuburan seseorang kembali kepada tahap asalnya sebelum menggunakan pil perancang dalam masa enam bulan berhenti, jarang ia berlanjutan selama setahun.
Pil terbabit pula tidak mengubati anovulasi, ia hanya menjadikan kitaran haid seseorang teratur. Tidak salah jika anda ingin mendapatkan pemeriksaan doktor mengenai tahap kesuburan anda.
SAYA ingin tahu mengenai air kencing saya yang berbau busuk, berwarna kuning dan kadangkala ia berwarna coklat dan pernah juga berwarna hitam.
Keadaan ini berlaku sejak pertengahan tahun ini. Walaupun tidak berasa sakit pada bahagian pundi kencing, saya ingin tahu jika ia tanda sesuatu penyakit.
ALIN
Sarawak
SEDIKIT sampel air kencing boleh diuji kandungannya, secara pengamatan mikroskopik dan juga analisis bahan. Ujian ini dinamakan UFEME.
Selain itu, ujian kultur air kencing juga akan dilakukan untuk mengesan kehadiran kuman yang lazimnya bakteria serta ubat yang sesuai. Anda sepatutnya sudah pun menjalani pemeriksaan terbabit berbulan dahulu.
SAYA berusia 32 tahun dan kini hamil tujuh minggu. Saya mempunyai dua anak hasil daripada perkahwinan pertama dan tidak mempunyai sebarang masalah sebelum ini.
Sebelum ini saya keguguran anak daripada perkahwinan kedua.
Ketika itu saya muntah teruk dan langsung tiada selera untuk makan atau minum lalu dimasukkan ke wad selama empat hari.
Beberapa botol air dimasukkan ke badan dan akhirnya saya keguguran. Doktor mengesahkan bayi saya ‘tidak menjadi.’
Saya menjalani cucian dilation & curettage (D&C) dan kini setelah dua tahun peristiwa itu berlalu, saya hamil lagi. Kini, saya mula muntah teruk hingga tidak berdaya bangun.
Baru-baru ini saya ke hospital dan dimasukkan sebotol air. Saya cuma ditahan di wad selama dua jam dan pulang ke rumah, kemudian saya kembali muntah. Saya sangat bimbangkan kandungan dan keadaan diri saya. Apakah pandangan doktor mengenai hal ini?
SITI NOR
Seksyen 32, Shah Alam
MUNTAH-MUNTAH lazimnya berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan (trimester pertama) kerana pada waktu itu terdapat peningkatan paras hormon BhCG.
Ia juga memberi petunjuk kepada doktor bahawa kemungkinan janin dikandung masih bernyawa lagi. Jika kandungan mengalami keguguran, paras hormon BhCG akan menurun, ini diikuti dengan pengalaman loya atau muntah yang berkurangan atau berhenti.
Berkemungkinan keguguran yang anda alami dahulu tidak berkaitan dengan keadaan muntah jika ia berkait dengan hormon BhCG.
Dalam keadaan muntah teruk, boleh berlaku dehidrasi dan anda mengalami kekurangan air serta garam galian di dalam tubuh. Ini perlu diganti sekiranya ujian air kencing serta ujian darah menunjukkan kehadiran bahan keton.
Bentuk gantian boleh sama ada meminum (sekiranya seseorang masih boleh minum dan makan) yang dicampur dengan garam rehidrasi atau menyalurkan menggunakan kaedah intravena ke dalam salur darah (sekiranya muntah hampir setiap kali makan atau minum) serta mengambil ubat penahan muntah.
Vitamin B juga ada digunakan untuk membantu keadaan ini. Doktor juga akan melakukan ujian tambahan untuk mengecualikan penyebab lain keadaan muntah-muntah ini.
SAYA disahkan hamil lapan minggu. Masalahnya, mengapa saya tidak mengalami sebarang alahan seperti orang lain yang alah pada awal kehamilan?
Adakah ia perkara normal untuk tidak mengalami alahan? Adakah kandungan saya bermasalah?
YANG KELIRU,
Petaling Jaya, Selangor
SEKIRANYA anda sudah menjalani pemeriksaan kandungan dan doktor me�ngesahkan kandungan anda ‘sihat’, usahlah bimbang.
SAYA mempunyai ibu yang berumur 70-an. Masalah ibu saya ialah peranakannya sudah terkeluar daripada faraj dan ibu saya mengalami kencing yang tidak dapat dikawal.
Untuk pengetahuan doktor, ibu saya tidak mempunyai sebarang penyakit dan mencuba memakai ‘ring’ yang diberikan doktor tetapi ia kerap tercabut.
Apakah risikonya sekira�nya ibu saya mahu membuat pembedahan untuk membuang rahimnya?
ZURA,
Kuantan, Pahang
IBU anda mengalami keadaan prolaps rahim serta prolaps pundi kencing (dinamakan cystocele). Pesari (ring) yang digunakan mungkin kecil dan kurang sesuai dengan ibu anda.
Terdapat beberapa saiz pesari, lazimnya doktor akan mengukur secara manual untuk mengagak saiz pesari yang sesuai. Terlalu besar mengakibatkan tekanan ke atas faraj sehingga boleh menyebabkan ulser, terlalu kecil pula boleh menyebabkan ia asyik jatuh.
Pemakaian pesari ini hanyalah bersifat sementara sahaja. Ia cuma menampung atau menongkah dinding faraj yang sudah pun sedia prolaps. Apabila dicabut atau tercabut, faraj (bersama rahim, pundi kencing dan usus rektum yang ditampungnya) akan jatuh atau prolaps.
Pembedahan adalah jalan penyelesaian bagi prolaps vagina. Ia dilakukan melalui faraj dan pada masa sama bahagian faraj juga akan dipotong sedikit bagi membaiki keadaan cystocele.
Doktor bius pula mungkin akan mengesyorkan kaedah pembiusan epidural. Ibu anda perlu diperiksa terlebih dahulu bagi menentukan tahap kesihatannya sebelum disahkan selamat menjalani pembedahan.
SAYA disahkan hamil sebulan dua minggu. Untuk pengetahuan doktor, saya sememangnya sering mengalami masalah gastrik dan angin dalam perut. Kebanyakan waktu saya
perlu bergantung pada ubat yang diberi doktor setiap kali saya mengalami keadaan demikian. Masalah saya adalah bebanan kerja yang adakalanya memerlukan saya meluang�kan lebih masa kepada kerja sebelum mengambil makanan keperluan seharian. Tetapi sebelum memulakan kerja, saya mengambil sarapan pagi.
Dalam keadaan disahkan hamil ini, saya curiga dan takut untuk mengambil ubat yang diberikan doktor sekiranya saya mengalami gastrik dan angin kerana risau kesan sampingan pada kandungan saya kelak.
Adakah sebarang kesan sampingan sekiranya saya berterusan mengambil ubat itu bersama vitamin untuk ibu hamil seperti ubat loya, asid folik dan ubat tahan muntah?
Masalah ini semakin serius setelah saya mula mengalami muntah dan loya. Saya faham ia salah satu gejala ibu hamil tetapi saya juga rasa sebu, malah doktor turut mengatakan ia gejala ibu hamil.
Saya risau mengenai pengambilan ubat-ubatan itu, harap doktor dapat memberikan nasihat.
AISYA,
Kuala Lumpur
LAZIMNYA ubat gastrik selamat digunakan sewaktu kehamilan. Bagaimanapun anda hendaklah bertanyakan doktor anda ataupun mendapat maklumat mengenai nama bahan ubat terbabit sebelum menyemak�nya. Saya tidak dapat menjawab tanpa berpandukan kepada jenis bahan ubat berkenaan.
Namun, perkara yang lebih penting adalah tabiat pemakanan anda sebagai ibu hamil. Tiada cara lain untuk berkongsi tanggungjawab memberi nutrisi kepada janin kerana ia bergantung kepada anda sahaja dan bukannya orang lain.
Anda perlu meluangkan masa untuk itu sama ada membawa bekal tambahan (tidak perlu meluangkan masa ke kantin) atau snek ringkas yang boleh dimakan ketika bekerja.
Majikan atau rakan sekerja lazimnya memahami keperluan pemakanan ibu hamil. Tubuh kita unik. Sekira�nya keperluan makanan tidak mencukupi misalnya kekurangan glukosa, tubuh akan menyalurkan kepada organ yang lebih penting seperti otak. Tidak mustahil jika tubuh turut mengetepikan bekalan kepada janin.
Kehamilan juga boleh menyebabkan pedih ulu hati seperti gastrik. Ini kerana kesan hormon progesteron terhadap perut. Jagalah pemakanan anda.
SAYA disahkan menghidap sakit buah pinggang dan sudah menjalani rawatan hemodialisis hampir tiga tahun. Adakah saya boleh hamil?
Jika benar saya boleh hamil, adakah keadaan itu akan memudaratkan diri saya dan kandungan?
FIZA,
Kedah
SAYA pasti anda sudah bertanyakan doktor anda mengenai hal ini. Anda tidak menyatakan tempoh anda berkahwin ataupun sama ada anda baru merancang ingin berkahwin.
Seeloknya anda mendapat�kan pemeriksaan terlebih dahulu daripada beberapa doktor berkenaan, contohnya doktor bahagian perbidanan dan doktor bahagian perubatan dalaman nefrologi.
Anda juga tidak me�nyatakan jenis penyakit buah pinggang yang di�alami sehing�ga menyebabkan kegagalan buah pinggang dan memerlukan dialisis darah.
Tiada penyataan umum yang menghalang kehamilan bagi setiap pesakit buah pinggang. Ia perlu dinilai secara individu.
Kehadiran penyakit darah tinggi, jangkitan kuman dalam air kencing, kehadiran protin dalam air kencing, risiko tambahan bagi pembekuan darah (DVT) dan banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan sebelum anda membuat keputusan ingin hamil.
Selain itu, kemungkinan keperluan ubat suntikan pencegah pembekuan darah, ubat steroid, kemoterapi dan seumpamanya juga perlu dibincang mengenai kesannya ke atas janin dikandung.