Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg
Showing posts with label persiapan. Show all posts
Showing posts with label persiapan. Show all posts

Budget Perkahwinan

Dalam proses merancang perkahwinan, perbelanjaan atau bajet menjadi perkara utama yang perlu dipikirkan. Kalau takde duit, camne nak buat majlis kawin, betul tak? Biasanya, pengantin lelaki la yang agak pening kepale bila pikir pasal bab2 kawin nie. Yelah, main angka berpuluh2 ribu… mana nak cari duit, beb

So, bagi mengelakkan sebarang krisis kewangan menjelang hari bersejarah tue, si lelaki nie hendaklah menabung awal2. Supaya nanti you all tak ler duk berhutang keliling pinggang…:-) Selain tue, semua bakal2 pengantin pun hendaklah membuat anggaran perbelanjaan mereka sendiri supaya senang mereka nak bajet banyak mana duit nak pakai nanti..

Ok, di bawah nie ada beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa membuat anggaran bajet untuk majlis perkahwinan:

1. Kursus kahwin

Kursus nie penting kerana jika takde sijil kursus kahwin, maka tak kawinlah anda! Rase2nya, skrang nie kos untuk kursus kawin – RM80 (kalu tak silap la).

2. Mas kahwin

Mas kawin nie adalah perkara wajib di dalam setiap majlis perkahwinan. Jumlahnya pun berbeza-beza ikut negeri masing2.

3. Wang hantaran

Biasanya ia menjadi punca ‘bebanan’ kaum lelaki terutamanya jika pihak perempuan meminta wang hantaran yang agak tinggi. Sebenarnya, kedua- dua belah pihak haruslah bertolak-ansur dan hendaklah mengikut kemampuan pengantin lelaki itu…. bak kata pepatah, ‘ukurla baju di badan sendiri’…

4. Upah juru nikah atau tok kadi

Korang jangan lupa lak untuk sediakan upah tok kadi yang mengahwinkan anda! Upahnya tak ler mahal sangat.. biasanya dalam RM80++… depends kepada negeri masing2 la.

5. Barang hantaran

Barang hantaran nie kadang2 akan memakan belanja yang agak besar. Mana tak nya jika masing2 berkenan barang2 yang mahal seperti ipod, digital camera, netbook dll. Barang2 hantaran nie biarlah berpada2 kerana ingat, banyak perkara lain lagi yang perlu dibereskan!

6. Gubahan hantaran

Setiap majlis pertunangan dan perkahwinan akan tampak lebih meriah dan berseri jika dihiasi dengan barang2 hantaran yang digubah indah! Untuk menjimatkan bajet, cuba gubah sendiri barang2 hantaran tue. Ataupun mintak tolong sedara mara ker. Sebaliknya, kalau ada bajet lebih, korang boleh mengupah orang luar untuk menghias barang2 hantaran tue.

7. Cincin atau barang kemas yang lain

Pilihlah cincin atau barang kemas yang sesuai dan di dalam range bajet anda. Jangan sebab nak menunjuk-nunjuk, wang pun tergadai sama! Ingatlah bahawa terdapat banyak lagi bende lain yang perlu dibuat sebelum anda bergelar suami isteri!

8. Pelamin

Terdapat bermacam2 harga untuk pelamin nie, ada yang murah dan ada yang mahal. It all depends kepada style dan hiasannya. Untuk pelamin yang in trend, mahal la sikit harganya. Kalau yang dah outdated sikit tue, murahlah skit. Ikut bajet masing2 la…yang confirm nya, korang hanya akan gunakan pelamin nie sekejap jer masa posing amik gambar … so, pikir2 la yer…

9. Baju pengantin

Biasanya, baju pengantin yang paling basic ialah baju untuk nikah dan sanding. Masa bersanding tue, tak yah la bersalin banyak2 baju. Dua persalinan baju lace dan songket tu pun kira dah cukup! Boleh cut cost sikit. Maklumlah, sewa baju pengantin nie bukannya murah beb! Biasanya baju pengantin nie dimasukkan sekali dalam suatu pakej perkahwinan..

10. Kad kahwin

Kad kawin nie pun ada yang macam2 jenis. Ada yang khas untuk VIP, ada yang bentuknya seakan-akan notebook, ada yang berbau wangi, dan bermacam2 lagi laTepuk dada, tanya selera masing2…:-) Gerenti anda akan rambang mata masa nak pilih kad jemputan nanti:-) Kosnya pulak, bergantung kepada spesifikasi dan design sesuatu kad tue. Sebelum pilih kad kawin, elok la jika korang survey2 dulu… sebab kengkadang tu, kita boleh dapat kad kawin yang cantik sgt2 dengan kos yang lebih murah!

11. Kenduri / jamuan

Untuk kenduri nie, better korang lantik sorang tukang masak yang berwibawa. Si dia nie akan arahkan segala barang2 dapur yang perlu dan berapa banyak yang nak dibeli seperti daging lembu, ayam, beras, dsb. lagi. Memang confirm korang tak yah pikir2 lagi bab nie…hanya keluar duitnya sajer…:-) Kalau buat majlis jamuan kat kampung, biasanya orang kampung akan bergotong royong, so bleh jimatla sikit… Cuma jangan lupa untuk bagi sikit ‘saguhati’ pada mereka yang telah menyumbangkan bakti nie! Sebaliknya, jika ada bajet lebih, better korang gunakan khidmat katering jer. Semernya fully complete dan anda tak payah dah nak pikir bab2 nak mengemas ke, membasuh ke selepas majlis selesai… kan senang tu…?

12. Khemah dan kelengkapan lain

Harga sesebuah khemah atau canopy nie bergantung kepada design nya.. ada canopy yang berbentuk gazebo, pyramid, arabian dsb. Dan ada jugak yang simple jer … Harga canopy nie yang paling murah adalah dalam beratus-ratus ringgit dan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Biasanya kalu ambik pakej canopy, ia termasuk sekali dengan accessory lain seperti kipas, scallop, meja, kerusi, lampu dll. Again, it’s all depends on the budget at hand….

13. Juru gambar

Tak salah jika korang ‘berhabis’ sikit untuk dapatkan khidmat juru gambar yang professional, berpengalaman dan pandai berinteraksi di dalam sesuatu majlis perkahwinan. Sekarang nie, kos untuk khidmat juru gambar paling minimum pun lebih kurang dalam RM450++.

14. Hiburan

Biasanya hiburan nie termasuklah persembahan silat, tarian, kompang, karaoke dsb. Yang nie hanya untuk hiburan semata2… kalu takder pun orang tak marah…ikut suka ati korang la nak buat ke tak… Yang pastinya, kalau buat, korang kena berbelanja lebih sikit la…

15. Honeymoon

Haa…nie pun termasuk dalam bajet kawin:-) Biasanya lepas kawin, it’s time for honeymoon la plak…:-) Namun, ada sesetengah couple decide to postpone their honeymoon first. Mungkin sbb diorang busy atau kekurangan ‘modal’. Actually korang bleh jer pilih mana2 tarikh yang sesuai untuk berbulan madu. Kalu tak cukup bajet, pegi la kat tempat2 low-budget skit tapi gerenti romantic seperti Cameron Highlands ker, Bukit Merah ker, Pulau Perhentian ker.. Nie tidak, sebut honeymoon jer, mesti nak pi Paris la, Switzerland la, Canada la… :-)

Okla, artikel nie bukan untuk mengejutkan atau membebankan bakal pengantin semer… Cuma sekadar nak bagi gambaran tentang apa yang perlu dibuat dan berapa banyak yang perlu dibelanjakan untuk sesebuah majlis perkahwinan. Actually, bukan semer perkara di atas yang kena dibuat. Yang pentingnya, rancanglah dengan baik dan jangan membazir, ok…Good luck!

Perbelanjaan perkahwinan

Sudahkah anda menetapkan belanjawan untuk belanja perkahwinan anda? Jika belum mungkin senarai di bawah dapat membantu anda menghitung berapakah anggaran yang perlu disediakan untuk melangsungkan majlis perkahwinan anda.

  1. Wang hantaran (7,000)
  2. Barang hantaran
  3. Kad jemputan
  4. Katering (10,000)
  5. Kemah/kanopi
  6. Pelamin
  7. Baju pengantin
  8. Mak andam
  9. Jurugambar
  10. Hiasan bilik pengantin
  11. Bunga telur
  12. Kompang
  13. Sistem audio
  14. DJ
Mungkin jika dicongak, anda akan membelanjakan belasan ribu ringgit atau mungkin melebih 20 ribu ringgit. Adakah anda telah bersedia untuk perbelanjaan sebanyak itu?

Jangan Takut Kahwin (Awal)

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

Apa Itu Nikah Gantung?



Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.

Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.

Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat dan berguna, kongsikan bersama rakan-rakan anda di Facebook dengan tekan butang biru like dibawah

Barangan Kemas Pengantin



Wanita mana yang tidak sukakan barangan kemas, apatah lagi jika dihadiahkan pada hari perkahwinan. Aneka perhiasan menjadi idaman namun yang kerap menjadi pujaan ialah cincin bertatah berlian lantas ia melambangkan simbol ikatan kasih yang lebih romantik dan klasik.


Jika anda telah memutuskan untuk menghadiahkan si dia sebentuk cincin berlian, anda bolehlah mengintai-intai ke kedai permata untuk mencari yang sesuai. Sebelum itu, tentukan kos yang termampu kerana cincin bertatah berlian yang bermutu tinggi walaupun kecil, harganya kadangkala memeranjatkan.

Anda boleh memilih daripada pelbagai bentuk berlian seperti bulat gemerlapan, zamrud, empat segi, bujur telur, bentuk pir dan macam-macamlagi. Cincin bertatah sebutir berlian bulat gemerlapan kerap kalimenjadi pilihan paling anggun. Namun ada juga yang berkenankan cincin bertatah berbilang berlian. Walau apa jua keputusan anda, adalah lebih baik membawa si dia bersama ketika membuat pilihan.

Anda perlu berwaspada ketika memilih berlian kerana di pasaran ketika ini, terdapat pelbagai jenis batu berlian. Biasanya yang mahal ialah berlian tulen. Manakala berlian-berlian tiruan seperti zirkon, berlian amerika atau berlian russia lebih rendah harga dan mutunya. Anda juga dinasihatkan agar memahami faktor 4C yang menentukan nilai sebenar berlian. 4C ialah berat berlian dalam kiraan karat, potongan, kejernihan dan warna. Berlian yang paling baik ialah berlian yang lebih berat, dipotong dalam segi-segi yang dapat membiaskan cahaya pelangi dengan sempurna, jernih sejernihnya tanpa sedikit pun tanda-tanda dan tiada warna. Anda boleh melihat semua ini dengan bantuan kanta pembesar di kedai barangan kemas.

Sebelum anda memutuskan untuk membeli berlian, anda juga perlu memahami bahawa nilainya akan susut apabila anda bercadang menjual semula. Susut nilai berlian biasa berlaku terutama bagi berlian-berlian tiruan yang kadangkala tidak mengikut faktor 4C. Namun anda masih ada pilihan. Anda boleh membeli perhiasan emas semata-mata seperti rantai, gelang, rantai tangan dan sebagainya. Harga emas diniagakan di pasaran antarabangsa dan ia biasanya turun naik. Emas juga mempunyai pelbagai kelas seperti emas sepuluh atau emas tulen 999.9, emas singapura 916, emas paun, emas putih atau platinum dan banyak lagi. Pastikan anda melihat nombor emas dibelakangnya.

Bagi pengantin perempuan pula, jika berhajat anda boleh juga menghadiahkan pengantin lelaki dengan cincin suasa atau tembaga bertatah batu delima, akek, jade, lapis lazuli dan macam-macam lagi. Ia boleh dibeli mahupun ditempah. Tetapi pemberian barangan kemas untuk pengantin lelaki jarang diamalkan kerana ia hanya berfungsi untuk memeriahkan majlis manakala adat memberi barangan kemas untuk pengantin perempuan telah sebati dengan masyarakat sebagai kaedah membatalkan air sembahyang selepas akad nikah. Perlu diingat, kesemua ini semata-mata adat dan tiada kena mengena dengan agama.

Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat dan berguna, kongsikan bersama rakan-rakan anda di Facebook dengan tekan butang biru like dibawah

Peringatan untuk Wanita





1. Wanita solehah adalah lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh.
2. Wanita apabila melaksanakan solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatan diri serta taatkan suaminya, berpeluanglah ia memasuki mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.
3. Saidatina Aisyah r.a. berkata: "Saya pernah bertanyakan Rasulullah S.A.W tentang siapakah manusia yang terlebih berhak terhadap wanita?" Jawab Rasulullah S.A.W: "Suaminya". Bertanya pula Aisyah: "Siapa pula terlebih berhak terhadap lelaki?". Jawab Rasulullah S.A.W: "Ibunya".
4. Apabila kamu dipanggil oleh kedua ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
5. Sesiapa yang dikurniakan Allah wanita yang solehah, sesungguhnya ia telah dikurniakan separuh dari agamanya, maka yang separuh lagi hendaklah ia berbakti (bertakwa) kepada Allah.
6. Sebaik-baik wanita ialah yang tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan mustahak. Wanita apabila keluar akan dipersonakan (digoda) oleh iblis.
7. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika Rasulullah S.A.W bersama isteri-isteri baginda
(Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah S.A.W menyuruh kedua-dua isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah S.A.W?". Rasulullah S.A.W menjawab: "Bukankah kamu dapat melihatnya?."
8. Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan di hadapan orang sehingga terhidu baunya, ia adalah berzina yakni seperti perempuan zina.
9. Tidak memuliakan wanita melainkan orang yang mulia dan tidak menghina mereka melainkan yang hina.
10. Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.
11. Wanita itu boleh dikahwini dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Hendaklah kamu mendapatkan yang kuat agamanya, tentu ia akan memberi ketenangan kepada kamu.
12. Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinannya dan cepat pula kehamilannya dan ringan maharnya (mas kahwin).
13. Wanita yang taatkan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana ia masih taatkan suaminya dan diredhai (serta dipelihara akan sembahyang dan puasanya).
14. Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup 7 pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang disukainya dengan tidak dihisab.
15. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan rasa tersinggung hati suaminya, maka ia dimurkai Allah sehingga ia kembali bermanis muka dan tersenyum mesra terhadap suaminya.
16. Ibnu Umar berkata: Telah datang seorang kepada Rasulullah S.A.W lalu bertanya: "Apakah hak suami atas isteri?" Jawab baginda: "Tunaikan hajatnya sekalipun engkau di belakang unta, jangan berpuasa sunat melainkan dengan izin suami, jika engkau berpuasa juga maka pahalanya untuk suami dan dosa untuk isteri, jangan keluar melainkan dengan izinnya: jika keluar juga akan dilaknat oleh Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab sehingga kembali kembali engkau ke rumah."

TIGA GOLONGAN DALAM NERAKA
(Dari sabda Rasulullah S.A.W)

Dari Ali bin Abi Talib: "Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahannam selama umur dunia tujuh kali, mereka ialah :
a- Orang yang gemuk tetapi kurus.
b- Orang yang berpakaian tetapi telanjang.
c- Orang yang alim tetapi jahil.

Orang yang gemuk tetapi kurus ialah mereka yang gemuk tubuhnya tetapi kurus ibadatnya. Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama (seperti berpakaian nipis hingga terbayang tubuhnya atau terlalu ketat). Orang yang alim tetapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan duniawi.

LARANGAN MELIHAT WANITA
(Dari sabda Rasulullah S.A.W)

Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika Rasulullah S.A.W bersama isteri-isteri baginda
(Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah S.A.W menyuruh kedua-dua isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah S.A.W?". Rasulullah S.A.W menjawab: "Bukankah kamu dapat melihatnya?."

Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat dan berguna, kongsikan bersama rakan-rakan anda di Facebook dengan tekan butang biru like dibawah

Solat Istikharah - Mengapa tunggu mimpi?

Baru-baru ini seorang duda datang mengadu. Dengan nada kecewa beliau menjelaskan bahawa pinangannya baru sahaja ditolak. Menurutnya, wanita yang ingin dijadikan pasangan hidupnya itu agak berusia tetapi masih lagi cantik, berpendidikan agama dan masih lagi dalam kategori `anak dara'.


Walau bagaimanapun perangainya agak sedikit pelik. Sebelum ini, bukannya tidak ada rombongan yang cuba untuk meminangnya, tetapi kesemuanya ditolak.


Alasannya mudah sahaja, tidak mendapat petunjuk Allah katanya. Beliau sudah mengerjakan solat istikharah, namun tidak mendapat alamat dalam mimpinya itu.


Persoalan yang ingin diperbincangkan di sini, apakah mimpi manusia biasa boleh dijadikan sandaran atau boleh menjadi isyarat kepada jawapan yang dicari? Benarkah solat sunat istikharah boleh menjadi medium atau pengantara untuk menentukan sesuatu keputusan seperti menentukan jodoh seseorang atau baik buruk takdirnya?


Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya.


Maka untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting.


Baginda bersabda, Apabila salah seorang di antara kamu menghendaki pekerjaan, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian ia berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui yang ghaib.

Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah Taala dalam keadaan lemah. Kelemahan yang ada pada manusia itu menyebabkan apa jua rancangan dan tindakan yang kita lakukan kadang-kadang sudah diyakini baiknya, tetapi belum tentu baik bagi Allah Taala. Begitu juga apa yang kita rancang dan kita lakukan sudah diyakini kesan buruknya, tetapi belum tentu buruk menurut penilaian Allah. Dalam hal ini kita harus mengakui bahawa daya fikir dan akal manusia sangat terbatas. Untuk itu kita dianjurkan beristikharah.


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216)

Sebenarnya amal ibadah yang mengandungi unsur-unsur tilikan dan bergantung kepada mimpi semata-mata bukanlah daripada ajaran Islam. Malah Nabi s.a.w. tidak pernah mengajar umatnya agar mencerap petunjuk Allah menerusi mimpi. Fenomena menilik nasib atau jodoh melalui mimpi di kalangan masyarakat kita, lebih-lebih lagi bagi sesetengah wanita perlu diperbetulkan semula. Amalan ini dikhuatiri boleh menyebabkan berlakunya dosa syirik kepada Allah s.w.t.


Hal ini kerana manusia bukanlah tuhan yang boleh meramal apa yang berlaku. Perbuatan meramal atau menilik mimpi adalah amalan dan budaya jahiliah yang sangat ditegah oleh Islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maidah: 90)


Perlu dijelaskan di sini bahawa tidak semua mimpi manusia itu benar. Mimpi manusia biasa pada kebiasaannya adalah mainan tidur yang berpunca daripada pengaruh iblis dan syaitan yang datang mengganggu.


Kita tidak boleh menyamakan antara mimpi manusia biasa dengan mimpi para nabi dan rasul-rasul. Mimpi bagi nabi dan para rasul adalah wahyu dari Allah Taala. Kisah Nabi Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah diperintah oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail a.s. yang datang melalui mimpi baginda. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Maka apabila anak itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah ayah akan mendapatiku daripada orang-orang yang sabar. (Al-Soffat: 102)


Kesimpulannya mimpi kita itu tidak mengandungi kebenaran mutlak. Kemungkinan kebenaran yang terlihat itu lebih berdasarkan kepada kebetulan sahaja atau unsur-unsur daripada mainan syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan manusia. Itulah sebabnya, jangan menyandarkan segala keputusan kepada mimpi. Sebaliknya berfikirlah dengan lebih rasional.


Dalam kes di atas, seandainya pertimbangan akal diletakkan pada tempat yang sewajarnya, maka memadai dengan sedikit soal selidik dan mengkaji latar belakangnya sudah dapat menentukan ciri-ciri pasangan yang menepati kehendak Islam. Maka ketika itu, dia tidak perlu lagi beristikharah dan terus menerus menunggu mimpi. Atau sekiranya beliau berada dalam situasi antara dua pilihan, yang satu berakhlak mulia sedang yang kedua kurang baik agama dan akhlaknya, maka pilihannya ketika itu sewajarnya kepada yang pertama. Kaedah pertimbangan dan penilaian seperti itu tidak perlu melalui solat sunat istikharah.


Mimpi itu bukanlah satu-satunya jalan yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t. Kadang-kadang petunjuk Allah Taala datang melalui buah-buah iman yang masuk menyerap ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa hati yang kuat melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara beberapa pilihan.

Jika kita mempunyai kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu merupakan isyarat kuat daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah dan ketika itu pohonlah kepada Allah Taala moga pilihan kita tersebut tepat dan terbaik yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat. Hal ini diperjelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah doa yang bermaksud:


Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu. - (Riwayat Bukhari)

Hutang ~ Elakkan Berhutang untuk Berkahwin

Hutang pada kawan, pada ibu bapa, pada jiran tetangga, pada bank, pada MARA, pada PTPTN dan lain-lain, KALAU tak bayar, bersedialah untuk membayarnya di akhirat.

Nak bayar dengan apa ya di akhirat ? Bukannya ada duit, ada emas boleh bawa dari dunia ini di akhirat ? Kad kredit lagi lah tak laku kat sana.

Kalau kita berhutang, tak bayar di dunia, kita kena bayar pada orang yang berhutang dengan amalan kebajikan kita atau pahala kita.

Kalau pahala kita dah habis, maklumlah kat dunia ini sembahyang yang fardu saja, sedekah pun RM 10 je, nak bayar dengan apa ?

Kok dah habis pahala, kenalah dibayar dengan sistem barter. Amalan buruk atau dosa dari orang yang kita berhutang itu , kita akan pikul.

Jadi orang yang beri hutang kalau orang berhutang tak nak bayar jangan risau, kalau dah habis pahala dia kita ambil masih tak cukup nak bayar hutang, kita berikan dosa kita pada yang berhutang tadi.

Kepada yang berhutang, di dunia boleh lepas. Di akhirat nanti , 1 sen pun akan dikira.

Kepada sesiapa yang ada berhutang dengan saya, tolonglah tuntut sementara saya masih hidup ini. Kalau saya dah mati tolonglah tuntut pada waris saya. Kekadang kita terlupa kita ada berhutang , seringgit dua.

Kepada usahawan , professional dan ahli politik yang berjaya tapi liat nak bayar hutang MARA, hutang PTPTN dan sebagainya tak apa, kita tunggulah di akhirat nanti. Buatlah amal kebajikan banyak-banyak di dunia ini supaya boleh diberikan kepada orang yang menagih hutang di akhirat nanti atau orang yang menagih bantuan dan biasiswa.

Kepada bakal pengantin elakkan berhutang untuk berkahwin. Jika tidak mampu, buatlah seadanya jangan buat majlis perkahwinan lebih daripada kemampuan.

Perihal Hutang dalam Islam


Dan dalam hadith yang lain daripada Ibnu Umar Radiallahu Anhuma Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah :-
Maksudnya :
Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham.

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam selalu berdoa kepada Allah Subhanahu Wataala supaya terhindar dari berhutang.
Doa baginda itu :- Ertinya :
Ya Tuhanku, aku berlindung diri kepadamu dari bebanan hutang dan dari dikuasai orang lain.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam At-Termizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban :-
Maksudnya :
Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada menjelaskan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:-
Maksudnya :
Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambil dengan niat akan membinasakannya dengan tidak membayarnya maka Allah akan membinasakan dia.

penjagaan makanan

Snek pengantin baru...

Di waktu malam, saat menonton televisyen ataupun menghadap komputer, pasti terasa ingin mengunyah sesuatu. Jikalau bukan coklat, pastinya makanan ringan lain yang menjadi pilihan. Buat yang bakal mendirikan rumah tangga, adakah anda sudah terlupa dengan jadual diet anda? Jikalau tertekan dengan persiapan perkahwinan sekalipun, janganlah hilangkan tekanan dengan memakan snek-snek yang tidak berkhasiat. Bukalah diari diet anda semula. Semak
dengan teliti perkara-perkara yang sepatutnya anda lakukan untuk menurunkan berat badan.

♥ Apakah snek berkhasiat?
Pengambilan snek yang salah boleh mengundang kepada peningkatan berat badan dan mengganggu pola pemakanan harian. Namun, jika anda bijak mengambil snek dalam waktu yang betul dan sesuai, snek tersebut boleh memberikan tenaga yang berpanjangan. Pengambilan snek yang terbaik ialah dua jam sebelum waktu makan utama. Oleh itu, bakal pengantin di luar sana, rancanglah pemakanan yang baik untuk diri anda demi mendapatkan tubuh yang menawan di hari bahagia. Selain makanan ringan yang biasa dijadikan snek, cubalah makan makanan lain yang boleh dijadikan snek dan pastinya berkhasiat, sihat, dan seimbang.

♥ Biskut bijirin, anggur, dan keju
Saat mendengar jenis-jenis makanan ini pastinya terasa gerun hendak memakannya. Namun, tahukah anda, jika mengambil biskut bijirin, anggur, dan keju ini dengan kadar yang betul, anda boleh tampil sihat? Bijirin penuh atau lebih dikenali sebagai wholemeal seperti gandum mampu menurunkan kandungan gula darah dan juga kolesterol. Keju pula yang semestinya menjadi kegemaran ramai, mampu menambahkan unsur protein di samping menstabilkan gula, mengelakkan daripada cepat lapar, dan sebagai sumber kalsium untuk tulang.

♥ Sebiji epal sehari, menjauhkan kita daripada doktor!
Pernahkah anda mendengar pepatah tersebut? Hal ini ada kebenarannya. Amalkanlah pengambilan buah-buahan seperti epal kerana buah ini mengandungi kadar kandungan gula yang rendah. Selain kandungan gula yang rendah, buah epal juga mempunyai serat yang tinggi dan sesuai untuk pesakit diabetes. Namun, jangan pula anda ''melupakannya'', walaupun anda tidak mempunyai diabetes. Lebih elok jika sediakan payung sebelum hujan, bukan?

♥ Campuran sayursayuran segar dan yogurt
Sayur-sayuran segar dan mentah sememangnya kaya dengan pelbagai zat penting kerana tidak dimasak lagi. Oleh itu, untuk tambahan hidangan di malam hari, apa kata anda tambahkan menu sayur-sayuran segar seperti lobak merah dan brokoli. Kemudian, campurkan sayur-sayuran segar tersebut dengan yogurt
rendah lemak yang kaya dengan sumber protein. Dengan cara ini, perut akan lambat lapar selain tulang menjadi kuat.

Panduan
- Pilihlah makanan yang boleh dijadikan snek dan semestinya yang rendah lemak, gula, dan garam.
- Cubalah pilih snek daripada kumpulan karbohidrat kompleks serta tinggi serat, vitamin, dan mineral.
- Rancanglah pemakanan harian anda mengikut panduan piramid makanan. Piramid makanan akan membantu mengimbangkan antara snek dan menu utama anda.
- Snek boleh membantu anda mengelakkan diri daripada makan apa-apa sahaja yang anda lihat, namun mestilah snek yang berkhasiat.
- Ambillah snek ketika anda lapar dan bukannya apabila anda rasa bosan, gelisah atau tertekan.
- Hadkan pengambilan snek kurang daripada 250 kilokalori setiap kali ia diambil dan jika terlebih, lakukanlah senaman bagi menyeimbangkannya semula.

Senarai Semak

Perkahwinan Jadikannya Satu Realiti Terurus

Detik perkahwinan merupakan saat yang pa ling ditunggu-tunggu oleh semua tidak kiralah lelaki mahupun perempuan. Ketika itu, pelbagai perasaan sukar digambarkan dengan kata -kata dan segala persiapan tentang perkahwinan perlu disiapkan agar segalanya berja lan lancar sehinggalah tiban ya hari bersejarah itu. Kebiasaann ya, persiapan perkahwinan perlu dilakukan sekurangkurangnya lima hingga enam bulan sebelum tiba hari perkahwinan yang sebenar. Hal ini untuk mengelakkan berlakunya kelam-kabut di saat -saat akhir persiapan perkahwinan anda. Oleh yang demikian, bagaimana caranya untuk memulakan perancangan perkahwinan? Wajarkah sesuatu majlis perkahwinan ini dilakukan tanpa perancangan yang rapi? Pesona Pengantin menyingkap permasa lahan ini agar anda menjadikannya panduan sebelum tibanya hari bahagia.

♥ Buku nota jadi teman baik
Pertama sekali, ambillah buku nota dan pen yang boleh dijadikan peneman setia anda. Setiap kali hendak memulakan sesuatu perancangan, tulislah segala perancangan yang anda lakukan itu di dalam buku nota. Sertakan juga bajet, tarikh, masa, alamat, dan juga perkara yang ingin anda lakukan. Contohnya, jika anda mempunyai temu janji dengan butik pengantin, tulislah perancangan penuh tentang perkara yang ingin dilakukan. Bermula daripada pemilihan busana,
sehinggalah kepada ukuran badan yang diinginkan, pastikan semuanya ditulis di dalam buku nota tersebut. Hal ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti tersalah ukuran badan, ataupun tersalah tarikh tempahan!

♥ Tuliskan harga dan kos
Harga dan kos sesuatu barangan adalah sangat penting walaupun anda membelinya dalam kuantiti satu unit sahaja. Oleh yang demikian, tuliskan harga dan kos sesuatu barangan itu lebih-lebih lagi jika anda membelinya dalam kuantiti yang banyak seperti cenderahati dan kad undangan. Catatkan harga seunit barangan tersebut dan jumlahkan kesemua harga tersebut setelah anda membelinya. Dengan cara ini, segala perancangan perkahwinan anda terutamanya kewangan akan lebih terurus dan tidak ‘lari’ bajet. Walaupun kelihatan leceh dan rumit, sebenarnya cara ini mampu memberi kesan besar dalam pengurusan perkahwinan anda.

♥ Bajet yang diperlukan
Bajet merupakan perkara yang sangat penting dalam sesebuah perkahwinan. Jika tiada bajet yang secukupnya, agar sukar untuk mendapatkan perkahwinan yang terurus. Namun, jika anda bijak merancang, dengan bajet yang sedikit pun anda boleh merealisasikan impian untuk bergelar raja sehari. Agar semuanya terurus, dan tidak membazir setelah berakhirnya majlis perkahwinan yang berlangsung. Buatlah survey terlebih dahulu supaya anda mengetahui bajet yang sebenarnya diperlukan untuk sesuatu barangan. Jadi, jika bajet sudah dirancang, pastinya tiada masalah untuk anda meneruskan perancangan yang lain.

♥ Buatlah senarai semak
Masih ingat lagi senarai semak yang disertakan di dalam majalah pada keluaran lepas? Kami harapkan anda menggunakan senarai semak tersebut dengan sebaiknya. Jika tidak, buatlah senarai semak yang baru di dalam buku yang sesuai. Dengan adanya senarai semak ini, anda boleh menyemak semula perkara-perkara yang sudah pun selesai dilakukan. Contohnya, jika kad undangan sudah pun ditempah, buatlah catatan pada senarai semak itu bahawa kad undangan
sudah pun selesai dibuat tempahan. Senarai semak ini penting agar tidak ada perkara-perkara yang tertinggal berhubung perancangan perkahwinan anda.

♥ Senarai tugasan
Sebulan atau dua bulan sebelum tibanya hari bersejarah anda itu, pastikan anda telah merangka jadual untuk pembahagian tugas. Pembahagian tugas perlu dilakukan bermula daripada penyambut tetamu, pemberian cenderahati, sehinggalah kepada pengurusan makanan. Jika pihak katering yang menguruskannya, anda tidak seharusnya menyerahkan tugas tersebut sepenuhnya kepada mereka. Berilah seseorang untuk mengawal atau memerhati jika terdapat sebarang
masalah di saat-saat akhir. Pembahagian tugas ini bukan sahaja memudahkan tugas anda, malah dengan kerjasama daripada ahli keluarga yang lain, boleh
melancarkan lagi perjalanan majlis.


Bajet Nikah

Kawal perbelanjaan kewangan anda...

Hutang sememangnya tidak pernah habis dalam kehidupan seseorang. Hal ini bertambah rumit tatkala seseorang itu bakal mendirikan rumah tangga. Dalam hal ini, bukan bermakna perkahwinan itu menambah hutang atau menyusahkan, namun jika anda yang bakal berkahwin ini tidak pandai menguruskan kewangan, maka hutang yang sedia ada itu akan bertambah dan semakin bertambah. Tentunya hal kewangan ini merupakan aspek yang sangat penting di waktu ini iaitu di waktu ekonomi yang sedang berkembang.

Bagi yang bakal atau sudah mendirikan rumah tangga, pastinya perancangan kewangan terutamanya yang berkaitan dengan hutang menjadi topik utama dalam perhubungan anda dan pasangan. Hutang rumah, kereta, kad kredit, dan mungkin juga hutang perabot semuanya perlu dilaksanakan secepat mungkin. Namun, adakah anda bijak mengawal pendapatan bulanan dan juga hutang yang semakin berlipat-ganda? Tip di bawah ini pastinya membantu anda tatkala
sedang mencari jalan penyelesaian. Untuk mengetahui sama ada anda terlalu banyak hutang atau sebaliknya, buatlah nisbah pendapatan bulanan dengan pinjaman perumahan, bayaran kad kredit, dan juga ansuran pinjaman kenderaan anda. Dengan cara ini, pastinya anda boleh mengetahui nilai hutang daripada jumlah pendapatan anda sebulan.

Nisbah pendapatan / hutang:
Bayaran hutang bulanan (contoh: RM1000)
Pendapatan bulanan kasar (contoh: RM5000)
= RM1000 / RM5000
= 20%

Setiap bulan, pastikan anda mencatat setiap jumlah pendapatan dan juga hutang yang perlu dibayar supaya baki jumlah pendapatan boleh disimpan atau dibelanjakan. Dengan cara ini, anda akan lebih berdisiplin ketika menguruskan kewangan termasuklah pendapatan dan hutang anda.


Panduan

♥ Meminjam secara berhemat
Ketika membuat pinjaman, buatlah dengan kadar yang anda mampu. Jika anda mengira tahap kemampuan anda, sertakan sekali kos-kos tambahan yang kemungkinan besar ada. Contohnya, jika anda ingin membeli rumah, sertakan sekali perbelanjaan untuk mengubah suai rumah, perabot, dan yuran penyelenggaraan yang akan dikenakan.

♥ Urus kad kredit dengan bijak
Sebelum berkahwin, pastikan anda tidak menggunakan kad kredit jika tidak bijak mengawalnya. Jika anda memilih untuk menggunakannya, cubalah jelaskan baki anda setiap bulan untuk mengelakkan daripada dikenakan faedah. Sebenarnya, caj faedah kad kredit lebih tinggi berbanding dengan jenis pinjaman yang lain.

♥ Kurangkan hutang anda
Memang benar, hutang tidak boleh dielakkan. Namun, kurangkanlah jumlah hutang yang ada jikalau boleh. Apa salahnya jika anda mempunyai wang tambahan, kurangkanlah caj faedah yang akan dikenakan.

♥ Buatlah belanjawan
Bukan negara sahaja yang memerlukan belanjawan kewangan. Oleh yang demikian, buatlah belanjawan bulanan dan catatlah di dalam buku nota untuk mengetahui pembayaran hutang, dan jumlah perbelanjaan. Dengan cara ini, kewangan anda akan lebih teratur dan tersusun.

♥ Mulakanlah simpanan
Buatlah pelan simpanan anda bagi mengurangkan keperluan untuk sebarang pembelian kecil. Pelan simpanan ini juga berguna pada waktu kecemasan atau kesusahan, seperti untuk menampung hidup anda jika anda kehilangan kerja. Mungkin juga untuk kehidupan keluarga dan anak-anak setelah berkahwin nanti.

Tiada modal besar untuk perkahwinan? Jangan jadikannya penghalang...

Perkahwinan merupakan satu ikatan yang suci, yang dibina atas rasa cinta dan kasih antara lelaki dan juga perempuan. Saat diijabkabulkan adalah saat yang paling menggembirakan dan akhirnya meninggalkan kenangan yang terindah antara anda dan juga pasangan. Namun, segala penat lelah dan keperitan yang diharungi untuk mengadakan majlis perkahwinan ini juga turut meninggalkan kesan pada pasangan. Dengan itu, segala kepayahan itu telah memberikan satu mimpi yang ngeri kepada pasangan yang lain untuk mendirikan rumah tangga. Alasannya ialah, tiada modal atau wang yang banyak untuk mengadakan majlis perkahwinan. Lantas, ada pasangan yang sanggup membuat pinjaman semata-mata untuk mengadakan majlis perkahwinan yang gah dan gemilang. Bagaimana untuk mendapatkan perkahwinan tanpa mengeluarkan modal yang besar? Tip berikut pastinya membuatkan anda tersenyum lebar.

♥ Gotong-royong lebih meriah!
Aktiviti gotong-royong sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan merupakan satu aktiviti yang sangat meriah. Dengan kehadiran jiran-jiran dan juga saudara-mara, pastinya majlis perkahwinan yang anda idamkan akan berlangsung seperti yang dirancang. Jika anda memilih
untuk membuat majlis perkahwinan secara bergotong-royong, sebenarnya anda boleh menjimatkan hampir 45% daripada bajet perkahwinan anda. Oleh itu, jika anda inginkan aktiviti gotong-royong ini, buatlah persediaan awal iaitu kira-kira dua bulan sebelum majlis. Buatlah mesyuarat untuk membahagikan tugas penting seperti memotong bawang, sayur-sayuran, dan juga membersihkan bahan mentah yang lain. Cara lain, boleh juga tuliskan di dalam kad jemputan semasa anda mengedarkannya.

♥ Lebih puas jika masak sendiri
Ada kalanya, ibu bapa kita lebih gemar meminta pertolongan saudara-mara atau sahabatnya sendiri yang sudah berpengalaman untuk memasak di majlis perkahwinan. Oleh yang demikian, untuk menjimatkan kos memasak lauk-pauk ini, anda boleh mengesyorkannya kepada saudara atau sahabat yang sudi untuk memasak di majlis perkahwinan anda nanti. Namun, jangan pula
anda kedekut untuk memberikan sedikit sagu hati kepada tukang masak dan juga pembantunya. Memadai jika anda memberikan RM300- RM400 kepada mereka.

♥ Halaman rumah untuk kanopi
Menyewa dewan atau hotel untuk mengadakan majlis perkahwinan sememangnya menelan belanja yang banyak. Dengan kos sewaan yang mahal, pastinya akan memerlukan kos yang besar untuk majlis perkahwinan. Oleh itu, gunakan ruang halaman rumah anda sendiri untuk memasang kanopi. Kos yang diperlukan adalah lebih murah berbanding menyewa hotel ataupun dewan. Sekiranya anda tinggal di kampung, hal ini lebih memudahkan diri anda dan juga yang lain. Halaman yang luas sudah cukup untuk membuatkan perkahwinan impian anda sesuatu yang sukar dilupakan. Namun, jika anda yang tinggal di kawasan perumahan terancang seperti taman ataupun rumah pangsa, buatlah surat kepada majlis daerah di tempat tinggal anda bagi meminta kebenaran menggunakan jalan di hadapan kediaman sebagai tempat untuk memasang kanopi.

♥ Tidak perlu sewa kanopi yang banyak
Kanopi sangat penting tidak kiralah jika anda membuat majlis perkahwinan di mana-mana pun selain dewan ataupun hotel. Oleh yang demikian, tidak perlulah menyewa kanopi yang terlalu banyak jika anda mahu menjimatkan kos perbelanjaan perkahwinan. Memadai jika anda hanya menggunakan tiga hingga empat kanopi sahaja memandangkan tetamu yang hadir bukanlah secara serentak. Kebiasaannya, tetamu yang hadir adalah pada jam 12 tengah hari sehingga 2 petang dan waktu itulah antara waktu kemuncak. Selepas jam itu, tetamu akan berkurangan dan sangat merugikan jika anda menyewa sehingga sepuluh kanopi khusus buat tetamu yang hadir.

♥ Gunakan jurugambar yang sedia ada
Memang benar, perkahwinan adalah sekali seumur hidup dan anda pastinya ingin merakamkan saat-saat terindah bersama-sama dengan si dia tatkala hari bersejarah. Namun, harus diingat, sama ada anda menggunakan perkhidmatan yang mahal mahupun yang murah, kualiti gambar yang diinginkan tetap sama. Jika anda tidak mempunyai kos yang banyak untuk perkhidmatan fotografi, tidak ada salahnya jika anda menyuruh saudara mara atau adik-beradik yang lain mengambil gambar dengan menggunakan kamera sendiri. Selepas itu, bolehlah ‘dicuci’ di kedai-kedai gambar dengan harga yang lebih murah. Terdapat pelbagai cara untuk anda menjimatkan kos perbelanjaan bagi majlis perkahwinan anda. Jangan jadikan alasan ‘perkahwinan sekali seumur hidup’ atau ‘biar papa asal bergaya’ semata-mata untuk merealisasikan perkahwinan yang diimpikan. Nyata sekali, terdapat banyak lagi kegunaan yang lebih diperlukan selepas berumah tangga. Oleh yang demikian, ‘ukur baju di badan sendiri’ supaya anda tidak menyesal di kemudian hari.

8 PERKARA PERLU DIAMBIL KIRA DALAM Memilih Jurusolek

Memilih jurusolek yang tepat dan yang terbaik untuk hari bahagia tidak semudah yang disangka. Dalam menentukan siapakah yang seharusnya dipilih untuk menyolekkan wajah anda, anda memerlukan cadangan daripada teman atau ahli keluarga yang sudah berpengalaman. Selain itu, satu senarai khas perlu dibuat dalam memastikan setiap perkara yang penting diberi keutamaan. Antaranya termasuklah bajet, harga atau pakej yang ditawarkan, hasil solekan, pengalaman, dan karakter jurusolek.

1. Sebahagian daripada anda berpendapat, karektor seorang jurusolek sangat penting, apatah lagi jika anda seorang yang agak cerewet manakala jurusolek pula memiliki karakter yang bertentangan. Keadaan ini sebenarnya hanya akan menyukarkan kedua belah pihak. Oleh itu, isu yang berkaitan dengan karektor jurusolek sebenarnya amat perlu untuk dititik beratkan.

2. Pemilihan jurusolek perlu dilakukan seawal enam bulan sebelum majlis. Lebih-lebih lagi jika anda mengimpikan jurusolek kegemaran, sudah terkenal atau mempunyai ‘nama’. Kebiasaannya mereka akan ditempah lebih awal oleh bakal pengantin terutama sekali jika majlis dibuat pada musim cuti persekolahan. Jika tempahan dibuat di saat-saat akhir menjelang hari majlis, maka sudah pasti anda akan mendapat jurusolek yang kurang berkenan di hati.

3. Buat pilihan tepat. Selain memerlukan waktu tempahan seawal enam bulan, pemilihan jurusolek juga perlu dibuat dengan teliti. Sila pastikan agar jurusolek anda tidak menerima tempahan selain diri anda seorang pada tarikh majlis yang sama kerana bimbang dia akan terkejar-kejar dan memberikan hasil yang kurang memuaskan. Bukan sahaja anda tidak berpuas hati, malah sudah pasti penampilan anda tidak kena gaya.

4. Bersikap cerewet juga merupakan satu perkara yang baik kerana hari bahagia tersebut adalah milik anda, bukan orang lain. Namun begitu, biarlah kena pada tempatnya. Anda juga hendaklah mempunyai ilmu yang tinggi dalam memastikan kehendak anda dituruti. Sebagai contoh, anda boleh bersikap cerewet terutama ketika memilih warna solekan dan juga jenis hiasan sanggul mahupun cara pemakaian tudung.

5. Nyatakan secara terus terang perkara yang anda suka dan perkara yang anda tidak suka. Ini amat memudahkan jurusolek untuk merealisasikan penampilan anda seperti yang dikehendaki. Bukan sahaja anda akan berpuas hati, malah jurusolek juga pasti gembira apabila melihat anda gembira. Oleh itu, perbincangan yang telus perlu dibuat sepanjang masa.

6. Bagi menambah ilmu kecantikan di dada, anda perlu banyak membaca dan melihat pelbagai contoh gambar sama ada di Internet mahupun di majalah. Ia pastinya akan memudahkan perbincangan antara anda dan jurusolek.

7. Anda perlu rajin mencari dan membuat perbandingan agar pemilihan anda adalah tepat dan bertepatan dengan kehendak dan sudah semestinya bajet anda.

8. Sebaik-baiknya, cubalah melakukan cubaan solekan dengan jurusolek yang bakal menyolekkan anda. Walau pun terpaksa mengeluarkan duit lebih, sekurang-kurangnya ia pasti berbaloi.

Penanda arah mudahkan tetamu

Kad undangan sudah pun diberikan kepada semua tetamu. Pastinya harapan yang menggunung tinggi diletakkan pada tetamu yang bakal hadir ke majlis perkahwinan nanti. Hadir ataupun tidak? Walaupun kad undangan yang diedarkan sudah diletakkan peta, namun masih lagi terdapat tetamu yang sesat kerana tersalah jalan. Tetamu yang sesat ini bukan kerana mereka tersalah jalan, tetapi petunjuk pada peta tersebut adalah kabur dan tidak jelas. Mengapa hal ini boleh berlaku dan apakah jalan penyelesaiannya? Ikuti tip hebat berikut yang pastinya sangat berguna untuk anda.

Sesat? Bagaimana ini boleh terjadi?
Peta ke lokasi perkahwinan sudah pun dilukis dan dicetak untuk diletakkan pada kad undangan. Hal ini bertujuan untuk memudahkan tetamu yang bakal hadir ke majlis perkahwinan anda. Di mana jua majlis akan diadakan, pastinya peta ke lokasi sudah pun dilampirkan. Namun, ada juga sesetengah tetamu yang pastinya akan sesat walaupun sudah berpandukan pada peta yang diberi. Para tetamu yang hadir, sesat dek kerana peta lokasi yang kabur dan tiada informasi yang betul. Hal ini pernah terjadi tatkala kad undangan siap dicetak. Tatkala membelek kad undangan yang sudah siap, tiba-tiba mata tertumpu pada peta lokasi. Terdapat beberapa kesalahan yang ditunjukkan pada peta lokasi. Hati terasa ingin marah, namun, apakan daya. Semuanya sudah terlambat. Jalan penyelesaiannya pula apa?

♥ Penunjuk arah boleh membantu
Setiap kali tibanya ‘musim’ orang berkahwin, pernahkah anda melihat tiang-tiang lampu di tepi jalan penuh dengan papan tanda dan bunga manggar? Oleh yang demikian, itulah jalan penyelesaiannya. Letakkan papan tanda arah untuk ke rumah atau lokasi perkahwinan anda. Buat dan letakkan papan tanda ini sekurang-kurangnya 2 km sebelum tibanya ke lokasi perkahwinan anda. Oleh itu, dengan penunjuk arah yang betul, maka tetamu yang akan hadir pastinya melihat papan tanda itu dan selamat sampai ke lokasi perkahwinan anda tanpa sesat.

♥ Penunjuk arah perlu ada maklumat
Penunjuk arah dengan kertas kosong di samping beberapa penunjuk arah yang lain, pastinya mengelirukan tetamu yang akan hadir nanti. Jadi, maklumat yang akan diletakkan pada penunjuk arah tersebut perlulah betul dan tepat supaya tetamu tidak keliru atau bingung. Antara maklumat yang diperlukan ialah nama pengantin, nama ibu bapa, dan juga tarikh majlis berlangsung. Kadang-kala, ada pengantin yang hanya meletakkan nama mereka sahaja dan bukan disertakan nama ibu bapa. Harus diingat, tetamu yang hadir nanti bukan sahaja daripada kalangan teman anda, malah teman-teman ibu bapa anda. Jadi, mungkin ada antara tetamu yang hadir nanti tidak mengenali anda, namun mengenali ibu bapa anda. Oleh itu, jangan lupa sertakan sekali nama ibu bapa anda pada penunjuk arah!

♥ Penunjuk arah lain daripada yang lain
Tatkala tibanya ‘musim’ orang berkahwin, lebih-lebih lagi di kawasan perumahan yang sama, pasti banyak penunjuk arah yang akan ditampal atau dipacakkan di tiang-tiang lampu. Oleh yang demikian, buatlah penunjuk arah yang agak berbeza daripada yang lain. Caranya, cetak penunjuk arah dengan warna yang berlainan seperti kuning, merah, biru, dan sebagainya. Jika anda buat pilihan untuk menggunakan kertas berwarna putih, buatlah corak yang sepadan dengan corak yang terdapat pada kad undangan anda. Jika ada tetamu yang terlupa untuk membawa kad undangan mereka, pastinya mereka akan ingat majlis yang akan dihadiri jika terlihat corak yang sepadan pada penunjuk arah anda itu.

♥ Sediakan payung sebelum hujan
Hujan yang turun pastinya sedikit sebanyak mengganggu perjalanan majlis yang bakal dilangsungkan. Begitu juga dengan penunjuk arah. Hari yang hujan akan merosakkan penunjuk arah yang dilakukan. Oleh itu, buatlah penunjuk arah yang disertakan dengan plastik atau dikenali sebagai ‘laminate’. Dengan ini, jika hujan turun dengan lebat sekalipun, penunjuk arah yang telah anda buat itu pastinya tidak akan terjejas dan tetamu masih lagi boleh nampak dengan jelas arah ke lokasi majlis perkahwinan.

♥ Tulisan dan penunjuk arah beri kesan
Tulisan dan penunjuk arah memainkan peranan yang sangat penting. Buatlah tulisan dan penunjuk arah iaitu kiri dan kanan yang agak besar saiznya supaya tetamu boleh melihatnya dari jauh. Jika tulisannya kecil, pasti mereka akan berasa sedikit sukar untuk melihatnya sambil memandu kereta. Selain itu, pilihlah warna yang kontras dengan kertas agar mereka dapat menilainya sebelum menuju ke arah tersebut.

♥ Letaklah di tempat yang betul
Ada sebahagian daripada bakal pengantin meletakkan penunjuk arah sesuka hati tanpa memikirkan haluan yang betul. Bagi memudahkan tetamu, letaklah penunjuk arah sebelum memasuki simpang atau beberapa meter sebelum tiba di simpang yang sepatutnya mereka masuk. Dengan cara ini, mereka boleh bersedia daripada awal sebelum memasuki simpang dengan memberi isyarat sama ada ingin memasuki simpang ke kiri atau ke kanan.

sumber : pengantin

Persiapan Utama Berumahtangga

MEMILIH ISTERI DENGAN BAIK

"Dan, kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang (berkahwin) dari hamba-hambanya sahayamu yang lelaki dan hamba-hambanya sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah (SWT) akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan, Allah (SWT) Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (An-Nur : 32 )

Ciri-ciri isteri solehah yang telah ditetapkan dalam sunnah Rasulullah saw:

Menjalankan perintah agama, wanita yang cantik, yang kaya, yang baik keturunannya dan beriman.

1- Wanita solehah, seperti hadis Rasulullah saw bahawa dunia ini seluruhnya adalah kesenangan. Tetapi sebaik-baik kesenangan di dunia adalah isteri yang solehah.

2- Membantu suami ke jalan kebaikan, Rasulullah saw bersabda "Hendaklahnya kalian memiliki hati yang selalu bersyukur, lidah yang selalu berzikir, dan isteri mukminah yang menolongnya melakukan urusan akhirat.”

3- Wanita penyayang dan berketurunan, Rasulullah saw bersabda "Nikahilah wanita yang penyayang dan berketurunan atau boleh melahirkan zuriat, sebab aku akan membanggakan kalian di hadapan para nabi kelak di hari kiamat".

Rasulullah saw menjelaskan jika wanita solehah adalah satu perkara yang membawa kebaikan dalam hidup seorang lelaki, maka wanita yang buruk (jahat) adalah salah satu dari empat perkara yang mendatangkan penderitaan, seperti yang disebutkan dalam hadith sahih yang bermaksud:

"Di antara yang mendatangkan kebahagian itu ialah perempuan solehah yang jika kamu melihatnya maka akan membuatmu terhairan-hairan, dan jika kamu meninggalkannya berpergian maka dia akan menjamin keamanannya pada dirinya dan hartamu. Dan di antara yang mendatangkan penderitaan ialah wanita yang jika kamu melihatnya akan bersikap buruk padamu dan melontarkan kata-kata yang kasar kepadamu, dan jika kamu meninggalkannya berpergian maka kamu tidak akan merasa aman pada dirinya dan hartamu.”

Peranan Mak Andam Di Majlis Perkahwinan

Melangkah ke alam perkahwinan bagi kebanyakan bakal pengantin ia adalah sesuatu yang mendebarkan. Malah, semakin hampir tarikh yang ditetapkan, semakin itulah kencangnya debaran di hati apabila menantikan saat itu.


Menyedari perkara itulah pada zaman dulu, mak andam adalah antara individu yang sangat penting di dalam sesebuah majlis perkahwinan orang Melayu. Sebut saja hal perkahwinan mesti ada mak andam yang bertanggungjawab secara menyeluruh; daripada menjaga protokol majlis hinggalah kepada kesempurnaan penampilan pengantin termasuk, menjaga pengantin secara rohani dan jasmani.


Apa yang pasti, pengisian rohani bagi bakal pengantin yang akan menaiki jinjang pelamin oleh mak andam dilihat begitu penting dijaga agar mempelai berasa lebih tenang, tidak gemuruh dan yakin khususnya ketika bersanding di atas pelamin.


Begitu juga dengan penjagaan jasmani supaya pengantin kelihatan cantik, berseri dan sopan. Detik itu, pengantin akan dilihat mulia apabila dijaga oleh mak andam dan ia ibarat Mak Inang yang menjaga puteri raja.


Lebih unik dan menariknya, bagi masyarakat Melayu zaman dulu, adat untuk mengandamkan anak dara yang bakal dikahwinkan dibuat lebih kurang tiga hari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan.


Anak dara yang akan memasuki alam perkahwinan akan diandam oleh juruandam dan sudah dikenali memang kerjanya mengambil upah menjadi ‘emak pengantin’.


Juruandam, Meriam Sedit atau lebih dikenali sebagai Kak Yan, berkata walaupun adat berandam jarang dilakukan hari ini, ia sewajarnya dikekalkan sebagai persediaan awal bakal pengantin menghadapi segala kemungkinan hari bersejarah iaitu pada hari perkahwinannya.


Kak Yan, berkata ramai daripada kalangan kita yang tidak mahu berandam kerana menganggapnya kerja remeh dan lebih-lebih lagi kebanyakannya sibuk dengan urusan harian serta sering diburu masa walaupun hari perkahwinan sudah semakin dekat.


“Ada juga yang tidak mempercayai mengenai adat berandam ini dan menganggapnya sebagai karut semata tanpa mengetahui kepentingan kepada bakal pengantin itu sendiri. Tetapi bagi saya, pengantin mesti berandam kerana adat ini adalah proses menaikkan seri pengantin dan perbezaan wajah akan ketara jika bakal pengantin tidak diandam berbanding dengan yang diandam,” katanya ketika di temui di butik andaman milik sendiri yang dikenali Yan Seri Andam.


Beliau yang berpengalaman 20 tahun dalam bidang mengandam berkata, berandam sebenarnya membentuk disiplin, di samping membantu pengantin memadamkan rasa gelisah dalam diri dan supaya tampak manis serta sentiasa tertib atau tidak ‘lepas laku’ ketika bersanding.


Katanya, pada masa kini ramai yang menganggap, kerja mengandam sekadar membuat solekan muka dan dandanan rambut saja. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa mak andam ada tanggungjawab tersendiri dan seharusnya melengkapkan diri dengan keperluan yang lengkap apabila memulakan urusan mengandam. Tugas mengandam pula merangkumi dari hujung rambut hingga ke kaki.


“Apabila memperkatakan berandam pengantin, ramai di kalangan kita yang hanya mengaitkannya memantis dan mencukur kening, tetapi sebenarnya ada beberapa perkara penting yang perlu dilakukan Mak Andam.


“Bagaimanapun, tidak dinafikan dalam adat potong andam sememangnya perkara sedemikian dilakukan kepada pengantin dan antara tujuan utamanya, diumpamakan sebagai mencari ketenangan di dalam diri mereka.


“Aspek psikologi dalam diri bakal si pengantin harus diambil kira memandangkan dia akan melangkah ke alam baru yang lebih bermakna,” katanya.


Kak Yan berkata, oleh kerana pasangan yang hendak berkahwin dihimpit ujian oleh godaan syaitan maka ayat dan surah al-Quran akan digunakan serta dibaca kepada pengantin sebagai ‘pendinding’ supaya dapat menempuh hari perkahwinan tanpa ada sebarang kecacatan.


Bacaan dan surah yang biasa digunakan seperti ayat Kursi, al-Fatihah, surah Yusuf serta selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.


“Membaca doa seumpama itu penting untuk memantapkan rohani pengantin dan sebagai usaha memohon kepada Allah agar sempurna semuanya sehinggalah ke akhir majlis perkahwinan itu.


“Pokoknya, doa yang dibaca adalah untuk meminta kesejahteraan pengantin dan memastikan dirinya cantik seperti bidadari atau hebat setiap kali tetamu memandangnya serta dijauhkan daripada sebarang khianat dan malapetaka,” katanya.


Mengenai acara yang dilakukan dalam adat berandam, Kak Yan berkata, antaranya termasuklah mandi bunga. Biasanya pelbagai jenis bunga digunakan dan ia diramas terlebih dulu untuk mengambil pati sarinya kemudian dicampurkan ke dalam air sebelum pengantin berendam di dalamnya.


Antara tujuan mandi bunga ialah meredakan emosi dan menyegarkan badan. Malah, secara saintifik dan mengikut hukum fizik tenaga air dan haruman bunga sebenarnya memang berupaya untuk memberikan keharmonian dan kesejahteraan pada minda serta fizikal.


Ketika ditanya tujuan mencukur bulu roma pada wajah katanya, ia membolehkan solekan tampak lebih daripada biasa di samping, jika pengantin berpeluh ia tidak mengalir di celah bulu roma sehingga menjejaskan solekan. Memantis kening pula adalah bertujuan untuk membezakan antara lelaki dan perempuan.


Bagaimanapun, apa yang pasti hari ini peranan mak andam walaupun dilihat masih penting dan diperlukan, tugas dipikul tidaklah seberat dulu yang terpaksa menjaga bakal pengantin dari awal hingga selesai majlis perkahwinan.


Tugas utama yang dilakukan juruandam hari ini sebaliknya, lebih menitikberatkan dandanan dan menyolek paras wajah pengantin supaya tampak jelita serta berbeza daripada solekan hari-hari biasa serta memastikan persalinan pakaian mempelai lengkap dan secocok digayakan.


Malah, bagi masyarakat bandar dan individu yang dilingkari gaya hidup moden, kebanyakan tugas Mak Andam lebih banyak diganti atau diambilalih oleh jurusolek. Selain itu dulu mak andam lazimnya di kalangan orang tua yang berkemahiran dan berpengetahuan luas, khususnya berkaitan rahsia serta hal rumah tangga dan membuatkan dirinya dihormati masyarakat.


Kini, usia bukan lagi persoalan utama untuk bergelar mak andam dan ada kala individu yang menjadi juru andam masih lagi anak dara atau belum ada pengalaman melalui gerbang perkahwinan. Apa yang lebih penting, selagi mempunyai kemahiran bersolek dan berdandan, ia sudah cukup syarat untuk melaksanakan tugas sebagai juru andam.


Menarik mengenai adat berandam zaman dulu



Pengertian berandam itu sebenarnya ialah wanita yang hendak dikahwinkan perlu dicukur dan diperelokkan bentuk bulu keningnya dan dicukur andam anak rambut di sepanjang dahinya.


Kemudian, gigi anak dara itu akan diasah dengan sejenis batu pengasah gigi supaya saiz dan kedudukan gigi dapat di sama ratakan. Semua ini dilakukan oleh orang tua-tua zaman dulu dengan tujuan yang baik, iaitu untuk menambah kecantikan dan seri kepada anak dara berkenaan.


Selepas selesai diandam dan diasah gigi, anak dara itu akan dimandikan serta disapukan bedak. Bakal pengantin akan dimandikan dengan air daun buah limau purut dan Mak Andam akan menjalankan upacara sintok langir yang mengikut kepercayaan, upacara itu akan membuang rasa takut, sial, malang dan malapetaka yang bakal mengganggu anak dara berkenaan.


Apabila siap dimandikan, maka hujung sepuluh jari tangan, di tengah-tengah kedua belah tapak tangan dan di sekeliling kedua belah kaki anak dara itu akan diinaikan. Upacara menepek inai ini dilakukan terlebih dulu sebelum adat berinai di pelamin dijalankan

Panduan Memilih Jodoh Daripada Rasulullah SAW

Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” [1] Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.


Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.


Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” [2]


Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. [3]


Wallahu’alam.

Mendirikan Masjid

Masjid adalah antara syiar Islam yang pertama diwujudkan. Justeru, sepanjang sejarah Islam, pembinaan masjid tidak pernah diabaikan oleh pemerintah, samada pada zaman Rasullah atau zaman pemerintahan Islam seterusnya.

Kedudukan masjid sebagai syiar Islam membawa erti yang lebih jauh daripada hanya sebagai tempat beribadat, masjid adalah tempat bermulanya segala kegiatan ummah. Di situlah mereka beribadat, mengadakan upacara pernikahan, kelas pendidikan, bermesyuarat, menganjur aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya.

Oleh yang demikian masjid adalah tempat berlangsung kegiatan dunia dan akhirat. Di sinilah tempat tumpuan mukmin yang ingin mencari keredhaan Allah.

Begitu luas dan mantap konsep mendirikan masjid kerana ia adalah rumah Allah. Dari sini terbitnya phrasa 'Mendirikan Masjid' dihubungkan dengan konsep 'Membina rumahtangga' atau ringkasnya berkahwin atau bernikah secara sah.

Perkahwinan satu ibadah. Petikan daripada Buku bertajuk 'MUTIARA PERKAHWINAN' menjelaskan bahawa perkahwinan itu satu ibadah. Lelaki dan wanita berniat berkahwin kerana ingin menjaga kesucian diri daripada melakukan zina dan meramaikan jumlah umat Muhammad s.a.w dengan kelahiran anak-anak soleh yang akan menjadi pendakwah dan pejuang dijalan Allah. Perkahwinan juga adalah satu cara untuk memperbaiki akhlak dan budi pekerti. Ia cara yang berguna untuk menjaga kebahagiaan umat dari kerosakan daan kemerosotan akhlak.

Selain itu perkahwinan juga berguna untuk menjaga keselamatan individu daripada pengaruh kerosakan masyarakat kerana kecenderungan nafsu. Ini dapat dipenuhi melalui perkahwinan yang sah dan hubungan yang halal. Seseorang yang ingin berkahwin perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan mengenai perkahwinan termasuk sosial, emosi, perhubungan ummah, hukum, ilmu dunia dan akhirat demi kebahagiaan, kerukunan dan pembentukan keluarga Islam yang lebih baik, teratur dan sempurna mengikut lunas-lunas Hukum Islam.

Menuju Alam Perkahwinan

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu disyarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan -jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir sekali "Kahwin".

KENAL
Kita disuruh kenal/ta'ruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata-mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah disuruh dan dicari orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya. Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.

"Apakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar
"Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi...
"Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?"

Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi "Pernahkah kamu bermu'amalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan-kawannya" Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya....
Adalah berdosa besar jika antara kedua-dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK-ANSUR dapat dibuat dalam apa juga perkara.

KELAS
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam, sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk menjaga akhlak dalam Islam.

KUFU
Kufu amat diberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur. Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yang serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.

KASIH
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis:-

"Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan
perkahwinan"
Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat
Islam.

Rasulullah memberitahu:-

"Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu"

Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga.. Sememangnya terdapat " Orang orang yang benar-benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki" Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga. Hadis Nabi ada menyatakan:-

"Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunannya dan Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya."

Keberkatan memang dititik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita dipasakkan dengan betul. InsyaAllah perkahwinan akan diberkati dan dilindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.

REDHA
Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya,
Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur
kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dengan pasangan
bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka.

"Apa yang dikatakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya" Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur :ayat 26:-

"Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik"

Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang. Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ....Begitu juga sebaliknya masalah berlaku Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA". Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk. Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga....