Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg
Showing posts with label pertunangan. Show all posts
Showing posts with label pertunangan. Show all posts

Bajet Tunang

Pelamin Anganku MUSNAH... TIDAK!

Suatu ketika dulu, pernah dihebohkan tentang ramai pasangan yang ingin berkahwin tetapi tidak mempunyai kewangan yang mencukupi bagi melangsungkan perkahwinan. Hal ini merupakan salah satu punca berlakunya peningkatan maksiat pada hari ini dan ada juga pasangan yang mengambil keputusan untuk duduk bersama tanpa berkahwin ataupun bersekedudukan. Selain itu, kemunculan pelbagai kemudahan kewangan sama ada daripada institusi kewangan ataupun peminjam wang tanpa lesen, telah memungkinkan pasangan yang ingin berkahwin membuat pinjaman semata-mata untuk berkahwin. Wajarkah?

Selain itu, dengan kadar inflasi dan harga barangan yang semakin melonjak naik kini, ramai pasangan pada hari ini tidak berfikir panjang lalu mengambil keputusan untuk berhutang semata-mata mahu melangsungkan perkahwinan secara besarbesaran tanpa memikirkan kesannya pada masa akan datang. Oleh yang demikian, tidak hairanlah banyak musibah yang melanda pasangan pada hari ini seperti berhutang wang hantaran walaupun sudah bercerai. Hal ini sangat menyedihkan kerana Islam tidak mengajar umatnya untuk membelakangkan agama apabila dilanda musibah. Ikatan perkahwinan merupakan satu ikatan yang suci dan istimewa yang telah diciptakan oleh Allah s.w.t untuk hamba-hamba-Nya. Perkahwinan merupakan satu ibadat yang disyariatkan oleh agama maka laksanakanlah perkahwinan dengan sempurna. Ikatan antara lelaki dan wanita yang telah diciptakan untuk bersama seharusnya dipupuk dengan sifat sederhana. Agama Islam menyuruh umat-umatnya untuk bersifat sederhana dalam semua hal.

Kos perkahwinan yang tinggi
Bagi anda yang sedang bercinta ketika ini, mungkin usia perkenalan dengan si dia sudah terlalu lama. Anda merasakan sudah tiba masanya hubungan ini ditamatkan dengan ikatan yang sah iaitu perkahwinan. Satu ikatan yang suci dan murni sebagai suami isteri dan membina mahligai cinta. Oleh yang demikian, hasrat untuk mendirikan rumah tangga ini bukanlah sesuatu yang mudah seperti anda memetik bunga di taman. Keinginan anda yang membuak-buak untuk mendirikan rumah tangga itu bagaikan terhenti apabila bajet perkahwinan yang kadang-kala mencecah hampir RM20,000. Hampir tercabut juga nyawa dari badan tatkala memikirkan jumlah wang yang banyak itu. Jumlah yang diperlukan itu tidak termasuk lagi dengan kos pengangkutan untuk ke rumah pengantin. Duit minyak, tol, penginapan bagi pihak pengantin yang bertandang, dan bermacam-macam lagi persiapan yang perlu difikirkan. Lain pula ceritanya jika pasangan anda itu duduk sekampung. Boleh juga buat majlis pada sebelah pihak sahaja bagi menjimatkan kos. Itu hanyalah kos secara kasar sahaja kerana tidak termasuk dengan kehidupan selepas berkahwin. Jika anda berhabisan semasa melangsungkan perkahwinan, apa pula yang tinggal untuk kehidupan selepas berkahwin? Persiapan seperti rumah, perabot, keperluan dapur, dan sebagainya juga perlu disediakan. Pendek kata, jika tidak mempunyai RM20,000 di dalam simpanan, impian untuk melangsungkan perkahwinan mungkin akan musnah. Jadi, bagaimana mahu melangsungkan perkahwinan jika wang yang diperlukan tidak ada? Oleh itu, jangan
terburu-buru membuat keputusan dengan membuat pinjaman sama ada daripada bank ataupun adik-beradik.

Perancangan awal
Persediaan dan perancangan yang rapi adalah sangat perlu. Persediaan di sini bukan sahaja merujuk kepada wang ringgit tetapi diri bakal pengantin itu sendiri iaitu anda dan pasangan anda. Sudahkah anda dan pasangan anda bersedia menempuh alam rumah tangga? Oleh itu, kesederhanaan dan belanja ikut kemampuan masing-masing sangat penting untuk bakal pengantin yang mahu melayari bahtera perkahwinan. Memang tidak dapat dinafikan, jika ditanya kenapa
mahu berlebih-lebihan? Jawapan yang diberikan pasti – kerana kahwin hanya sekali seumur hidup. Apa salahnya berlebih sedikit? Jawapan yang diberi adalah benar. Namun seperti yang diperkatakan tadi, perkahwinan bukanlah untuk sehari dua tetapi melibatkan jangka masa yang panjang. Oleh itu, berjimat cermatlah. Buatlah persediaan yang secukupnya supaya mahligai bahagia yang bakal anda lalui akan bahagia selamanya.

Tunang dikatakan pernah berzina

Soalan

Saya merancang untuk bertunang dengan jejaka pilihan hati tidak lama lagi. Tetapi saya telah bertemu dengan seorang sepupunya yang menceritakan bahawa bakal tunang saya itu pernah terlanjur dengan bekas teman wanitanya. Sepupunya itu mengetahui perkara tersebut setelah diceritakan oleh bakal tunang saya itu, yang kononnya telah insaf dan mahu bertaubat.?

Sekarang saya berasa ragu-ragu yang tidak tahu apa yang harus dilakukan. Selain memang menyayanginya, saya juga memikirkan faktor umur yang sudah masuk 30 tahun sekarang ini. Jika saya tidak berkahwin dengannya, tentu susah pula saya hendak mencari orang lain. Tetapi jika saya berkahwin dengannya, bererti saya berkahwin dengan orang yang pernah berzina. Adakah saya patut menerimanya atau membatalkan pertunangan tersebut. Harap ustaz dapat menolong.

Jawapan :

Bab perkahwinan bukannya perkara yang boleh di cuba-cuba, jangan kerana umur maka digadaikan agama dan masa depan keluarga saudari.

Lelaki yang telah berzina sememangnya telah melakukan kesalahan yang maha besar, tetapi saudari masih tidak boleh mempercayai maklumat sepupunya dengan mudah tanpa penyelidikan. Allah SWT mengrahkan kita agar menyelidik sebarang berita terutamanya yang berat seumpama ini. (surah al-Hujurat ayat 6)

Ingatlah perkahwinan adalah suatu keputusan yang besar. Erti hadith: “Apabila berkahwin seseorang hamba, maka telah sempurnalah sebahagian dari agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam sebahagian yang lain” (Al-Hakim)

Kriteria lelaki yang ingin dijadikan suami adalah amat penting bagi isteri kerana ia akan mencorakkan sesebuah keluarga, justeru, ciri-ciri yang disebutkan oleh Nabi SAW di dalam hadith wanita pilihan iaitu : mengutamakan agama dari kecantikan, keturunaan dan harta juga terpakai untuk wanita mencari lelaki.(dari hadith shohih riwayat al-Bukhari dan Muslim). Cuma hadith banyak menekankan ciri wanita kerana biasanya lelaki yang mencari dan memilih wanita.

Dalam hal kriteria bakal suami yang telah berzina :

Beberapa ayat berikut boleh dijadikan pedoman :

a)Firman Allah : “ Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik.’ (An-Nur :3)

b) Firman Allah : “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.”(An-Nur : 26)

Ayat di atas menyebabkan ulama berbeza pandangan dalam hal berkahwin dengan sesorang yang telah berzina. Ayat di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina juga.

Walaubagaimanapun, menurut pandangan yang terkuat; hukum ayat di atas telah di ‘nasakh’ kan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin. Iaitu ayat surah An-Nur ayat 32 . Ia adalah pandangan majoriti ulama.

Bagaimanapun, perkara berikut perlu dilakukan :-

a- Selidiki maklumat yang diberikan oleh sepupu. Dalam Islam hal berat seumpama ini tidak boleh dipercayai tanpa 4 saksi atau pengakuan si lelaki.

b- Selidiki akhlak lelaki tersebut dengan teliti sebelum membuat keputusan, jangan terburu-buru membuat keputusan walaupun umur sudah sedikit lanjut. Apa yang penting adalah suami yang baik. Benar, ia boleh bertaubat, dan harus di beri peluang, tetapi perlulah di pastikan taubatnya terbukti dengan amalan soleh yang dijaganya berbading dahulu, sekiranya tidak, pada hemat saya, seseorang yang telah sekali melakukan dosa zina, dengan mudah sahaja ia akan terjebak semula jika tiada ilmu dan taubat yang bersungguh-sungguh.

Lakukanlah istikharah dengan sebaik-baiknya. Moga Allah memberikan petunjuk yang jelas dan baik untuk saudari. Wallahu a’lam.