Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg
Showing posts with label jemputan kahwin. Show all posts
Showing posts with label jemputan kahwin. Show all posts

Ingin tahu panduan kesuburan

SAYA sudah berkahwin selama dua tahun dan ingin mempunyai anak.

Saya pernah mengalami keguguran (usia kandungan lima minggu) pada Disember 2010 dan sehingga kini belum berhasil hamil untuk kali kedua.

Hasil ujian makmal dan ultrabunyi mengesahkan tiada masalah dan doktor mencadangkan untuk hamil selepas enam bulan dari tarikh keguguran. Kitaran
haid saya normal iaitu antara 26 hingga 28 hari setiap bulan.

Saya juga sudah merancang untuk bersama dengan suami pada waktu subur mengikut teori. Selain itu, saya mengalami masalah lain iaitu senggugut ketika haid yang dialami pada hari pertama dan kedua.

Bagaimanapun menurut doktor, itu perkara normal. Apakah yang perlu dilakukan supaya saya boleh hamil dalam masa yang terdekat? Mungkin doktor dapat menyarankan panduan untuk suami juga.

PUAN CATHRINE,
Petaling Jaya, Selangor




MUNGKIN anda ingin berjumpa dengan pakar sakit puan, lebih-lebih mereka yang mempunyai pengkhususan tambahan dalam bidang kesuburan.

Mempunyai kitaran haid yang teratur lazimnya bermakna ovari mampu menghasilkan telur matang, namun ia tidak semestinya begitu. Anda tidak menyatakan jenis ujian darah yang sudah anda jalani.

Pemeriksaan ultrabunyi kesuburan juga lazimnya lebih jelas dan terperinci jika dilihat menggunakan kaedah trans-vaginal. Gambarannya pula subjektif, bergantung kepada peng�amatan atau pemahaman pemeriksanya.

Saya kurang jelas mengenai apa yang dimaksudkan dengan bersama waktu subur mengikut teori. Ini kerana banyak kajian yang dilakukan melaporkan peratusan kejayaan kehamilan yang lebih tinggi sekiranya pasangan melakukan hubu�ngan seks secara kerap (dua hingga tiga kali seminggu) berbanding jika hanya memberi tumpuan kepada teori waktu subur.

Kewajipan Menghadiri Jemputan

Perkahwinan merupakan suatu peristiwa yang amat besar dalam hidup seseorang, kerana itu ia ditandakan dengan upacara sambutan dan jamuan agar saat-saat yang gembira itu disyarikati sama oleh jiran sekampung, sahabat-sahabat dan anak-anak buah. Dan supaya majlis itu benar-benar diselubungi gembira, maka setiap orang yang menerima jamuan itu diwajibkan menghadirinya kecuali ia keuzuran.


Menurut al-Mahlab erti dari jemputan itu amat besar, kerana ia digerakkan oleh perasaan kasih mesra dan bergembira dari penjemputnya supaya orang-orang yang dijemputnya itu sudi merasakan jamuannya atau sudi bermesra makan bersama-sama dengannya dan perasaan yang sedemikian mulia memang wajar disambut baik. Menurut al-Imam an-Nawawi, para Ulama sepakat bahawa hukum menghadiri jemputan kahwin itu adalah wajib. Hukum ini telah dikuatkan pula oleh satu Hadith yang lain yang berbunyi:

"Barang siapa tidak menghadiri jemputan itu, maka sesungguhnya ia telah menderhakai ALLAH dan Rasul-Nya s.a.w."

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Hurairah dan hadis ini begitu jelas menjadi dalil wajib kerana perkataan 'derhakakan ALLAH dan Rasul itu' tidak digunakan melainkan dalam kesalahan meninggalkan sesuatu yang wajib.

Bagaimana dengan jemputan-jemputan yang lain?
Menurut al-Imam as-Syafi'I dan sahabat-sahabatnya, istilah jamuan "al-walimah" itu meliputi setiap jemputan yang diadakan kerana sesuatu peristiwa yang gembira seperti perkahwinan dan istiadat berkhatan dan sebagainya, tetapi penggunaan yang masyur apabila disebut walimah sahaja maka maksudnya ialah jamuan kahwin.

Dari segi hukum, pendapat-pendapat 'ulama' berselisih, kebanyakkan ulama yang menyatakan bahawa hukum menghadiri jamuan-jamuan yang lain dari jemputan perkahwinan itu adalah sunatsahaja, sementara sebahagian dari ulama Syafi'I berpendapat hukum menghadiri semua jemputan itu wajib baik jemputan kahwin mahupun jemputan bukan kerana perkahwinan, ini adalah sesuai dengan pendapat Ibn Hazm yang menyatakan bahawa pendapat ini adalah pendapat sahabat-sahabat dan para tabi'in, kerana di sana terdapat hadis-hadis yang dapat difaham sebagai menyarankan-menyaranakan hukum-hukum wajib menghadiri jemputan-jemputan yang lain dari perkahwinan, di antaranya ialah:

Sabda Rasulullah s.a.w. "Barang siapa yang dijemput kepada jamuan perkahwinan atau sebagainya maka hendaklah ia menyahutinya." Hadis ini dikeluarkan oleh Muslim dari az-Zabidi dari Nafi'.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Apabila seseorang darimu menjemput saudaranya maka hendaklah ia sahuti jemputan itu sama ada kerana jamuan perkahwinan atau sebagainya." Hadis ini dikeluarkan oleh Muslim dan Abu Daud dari Ayub dari Nafi'.

Bagaimana jika yang dijemput berpuasa sunat?

Kebanyakkan ulama Syafi'I dan setengah-setengah ulama Hanbali berpendapat bahawa berbuka puasa adalah lebih afdhal bagi orang yang berpuasa sunat yang dijemput ke majlis jamuan jika penjemputnya itu sangat mengharap dan merasa terkilan jika ia tidak dapat makan bersama. Menurut amalan sahabat besar Abdullah bin Umar apabila ia dijemput ke majlis jamuan sama ada jamuan perkahwinan atau bukan perkahwinan ia tidak menghadirinya dan jika kebetulan di waktu itu ia tidak berpuasa sunat ia ikut makan bersama mereka dan sebaliknya jika ia kebetulan berpuasa ia datang mendoakan keberkatan kemudian pulang.

Tetapi hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah seseorang itu diberi kebebasan sama ada hendak meneruskan puasanya atau berbuka.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Barang siapa yang dijemput menghadiri jamuan makan sedangkan ia berpuasa maka hendaklah ia menyahuti jemputan itu dan jika ia mahu ia boleh makan dan jika ia tidak mahu ia boleh tinggal."

Seluruh hadis-hadis yang telah dibentangkan itu menunjukkan betapa besarnya perhatian Islam terhadap tatacara pergaulan yang boleh mengeratkan persaudaraan dan mengukuhkan perpaduan umat hingga hadis-hadis itu begitu tegas menekankan peri mustahaknya jemputan-jemputan majlis jamuan itu dihadiri agar tidak menghampakan tuan rumah yang telah begitu banyak berbelanja dan bersusah payah mengadakan jamuan itu.

Walau bagaimana pun hukum wajib menghadiri jemputan walimah itu akan berubah menjadi tidak wajib apabila majlis itu mengadakan upacara-upacara yang bertentangan dengan agama seperti menghidangkan minuman-minuman keras atau makanan yang tidak halal di sisi syara' atau mengadakan majlis tari-menari yang merupakan majlis jamuan elit untuk orang-orang kenamaan sahaja dan tidak diikuti sama oleh orang-orang yang tidak berada.