Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

Pasangan pengantin menjalani ujian HIV

Soalan 55

Saya sedang melanjutkan pelajaran United Kingdom dan bercadang untuk melangsungkan perkahwinan tahun depan (Mei 06). Saya sudah pun membaca syarat-syarat bagi keperluan menjalani ujian HIV sebelum membuat permohonan bernikah dalam daerah Selangor. Saya akan bernikah di Selangor memandangkan saya penduduk tetap selangor tetapi bakal suami saya adalah penduduk tetap Alor Setar, Kedah. Didalam website JAIS ada mengatakan bakal pengantin (lelaki atau perempuan) perlu menjalani ujian HIV. Perlukah kami berdua (bakal pengantin) menjalani ujian HIV tersebut atau salah satu dari kami yang perlu menjalani ujian HIV tersebut? Dan saya tahu juga, ujian HIV tersebut adalah 'valid' untuk 6 bulan sahaja. Jika saya hendak berkahwin pada bulan mei 2006, saya perlu buat ujian HIV dalam tempoh 6 bulan sebelum tamat tempoh.

Harap dapat membantu kerana saya terpaksa mencari tarikh yang tepat memandangkan saya berada jauh dari Malaysia. Berapa lama Klinik Kesihatan akan mengeluarkan keputusan HIV? Selain KK, bolehkah ujian tersebut dilakukan di hospital swasta yang masih berada dalam kawasan selangor (Hospital Pakar Damansara atau SJMC)?

Jawapan

Seperti mana yang telah digariskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor. mana-mana pasangan yang ingin memohon kebenaran berkahwin di dalam negeri Selangor perlu menjalani Ujian Pemeriksaan HIV. Di dalam kes ini, saudari dan pasangan saudari kedua-duanya perlu menjalani ujian tersebut sekiranya merancang untuk berkahwin di dalam negeri Selangor.

Saudari dinasihatkan utk menjalani ujian tersebut 6 bulan dari tarikh pernikahan saudari dan sepertimana yang telah ditetapkan pemeriksaan pemeriksaan yang di buat di Klinik Kerajaan sahaja yang diterima.

Harap maklum, terima kasih.

Sekian, wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment